Wednesday, March 24, 2010

Let's Do This Tag!

Memandangkan hari ini adalah hari pening dan hari malas aku, maka aku buat menatang tag ini. Wokeh... Aku amik dari blog ko yer Qemar ku sayang...

1. Siapakah diri anda di rumah?

| Seorang isteri kepada Muhamad Syahbani Parun (Encik Tingkerbell) dan ibu kepada Muhamad Rayyan Danish (Little Cutiepie)

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
| Seorang yang baik tapi suka kutuk kawan kawan sampai muka kawan jadi bengang dan menyampah dengan aku. Kalau member jatuh longkang, aku akan gelak terbahak bahak, selepas 5 minit gelak baru aku tolong dia. Kejam tak aku?

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
| i. Melancong ke luar negara (lambat lagi)
| ii. Gaji sebulan 10K (tunggu kucing bertanduk)
| iii. Kereta Myvi (tunggu WKM tu sakit kot baru tukar. Huhu~)
| iv. Dapat jawatan lagi tinggi dari sekarang (ok, ok, usaha)
| v. Menang contest 'Jutawan'. So boleh jadi jutawan. Takde luck lagi ni. Hahaha

4. Siapakah nama pasangan anda?
| Muhamad Syahbani bin Parun

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
| i. Kelakar a.k.a. loyar buruk
| ii. Hormat orang tua
| iii. Semenjak dah kawin, dia pandai jaga hati isteri. Tengkiu cayang!
| iv. Hensem tapi tak hensem. Camne tuh?
| v. Gagah. Hihihihi...

6. Bila tarikh anda couple?
| Couple : 2 Sept 2003
| Tunang : OMG! Tak ingat! (2007)
| Nikah : 30 Nov 2008

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
| Just me, him, good friends and god knows what. No need to recall all those bitter memories.

8. Lagu tema cinta anda?
| Jangan Pisahkan - OMG! Pitching aku lari!!!

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
| Tak yah la ubah pape. Kerana semua keburukan dia melengkapi hidup aku.

10. Nama anda jika anda diberi peluang untuk tukar nama
| Tiada.

Maka mangsa seterusnya adalah 10 orang yang hapdet blog dia hahahahaha.
| Sape yang baca blog aku
| Sape yang boring
| Sape yang takde kerja
| Sape yang mengong
| Sape yang kepala pusing
| Sape sape la!
| Penat aku taip

Saturday, March 6, 2010

Kekasih Lama Masih Di Hati?

Tiba tiba teringat kekasih lama bila termimpi dia minggu lepas. Aku harap Encik Tingkerbell tak marahkan aku. Tapi, aku rasa dia tahu sebab aku ni memang menggatal. Haih, aku dah kawin pun dia kata aku menggatal. Ingat lagi satu malam dia kata, "Pompuan memang, tengok laki hensem sikit, cair."

Sori sayang, memang orang cair pun.

Kekasih lama aku nih, memang handsome. Even aku dah kahwin pun aku still tak boleh lupakan dia. Ke'handsome'an dia, memang meluluhkan jiwa raga aku ini. Sudahlah gagah, macho lagi.

Kami terpaksa putus disebabkan tugas dia untuk negara ini. Aku faham. Aku mengerti. Jadi, aku mengizinkan dia pergi demi tugas yang dicintainya. Kerana aku tahu, antara tugas dan aku, dia pasti memilih tugasnya. Itu adalah wasiat ayahnya.

Namanya Don. Aku berjumpa dengannya pun secara tak sengaja. Beberapa tahun lepas. Semasa menonton televisyen di kedai mamak, tiba tiba dia berada di depan mata.

Oh, cinta pandang pertama.

Aku terus jatuh cinta padanya. Dia senyum kepadaku. Aku membalas senyuman itu. Lalu dia memperkenalkan diri, dan berhajat untuk berkenalan lebih rapat lagi dengan aku. Dari situlah bermula percintaan kami. Bertukar nombor telefon, berbalas sms, bergayut telefon berjam lamanya sehinggalah kami membuat janji temu.

Sangat bahagia aku dan dia.

Sehinggalah suatu masa yang lama, dia terpaksa meninggalkan aku. Dan meneruskan hajatnya untuk meneruskan kerja yang selama ini dirahsiakan dari aku. Patutlah bila malam saja, dia pasti menghilang. Rupanya dia ada kerja yang boleh dikatakan top secret.

Aku mengangguk saja, dan biarkan dia berlalu. Pergi, pergi meninggalkan aku. Betapa aku sedih. Sedih yang teramat. Sebelum dia pergi, dia memberikan gambarnya untuk aku kenang. Gambar itu masih lagi di tanganku. Takkan ku buang begitu saja.

Setelah pemergian Don, aku berjumpa dengan Encik Tingkerbell. Lelaki yang telah menjadi suami sahku. Dialah pengganti Don. Walaupun tidak setanding ke'handsome'an Don, Encik Tingkerbell la yang telah mengubati hati yang lara ini. Sehinggalah kami dikurniakan anak yang comel, Little Cutiepie.

Tapi kenapa aku boleh termimpikan Don akhir akhir ini? Ya, sebab dia muncul di kaca tv tempoh hari.

Maafkan aku Encik Tingkerbell. Aku masih teringatkan Don. Wajahnya masih lagi jelas terbayang di depan mata ini saat dia menangis memutuskan hubungan kami.

Mujur Encik Tingkerbell faham situasi aku yang masih mengingatinya. Terima kasih, sayang.











Inilah Don, kekasih lama yang bertakhta di hatiku.

Ini pic terakhir yang diberikan Don di hari perpisahan kami. Oh, Don!


p/s: Don terpaksa meneruskan kerja membunuh jembalang dan hantu di dunia ini. Tradisi keluarganya. Haih...

Rayyan Tak Sihat

Kesian Rayyan. Kecik kecik dah kena tahan wad. Ni semua gara-gara batuk la ni. Batuk dari Sabtu, melarat ke Rabu. Check up dengan Dr. K dari Pusrawi, katanya kena tahan wad. Katanya minimum 3 hari. Gile la aku kena EL 3 hari ni. Anak punya pasal, takpela...

So kat sini tiap 6 jam kena amik gas untuk cairkan kahak. Gila first time teruk betul nak pakai benda alah yang kat mulut tu. Melalak lalak si Rayyan ni. Tapi 2nd time, 3rd time pakai, dah tau la taktik dan teknik yang membolehkan dia tidak melalak.

Tiap pagi 0830 hrs, nurse akan ambik Rayyan masuk ke bilik rawatan untuk sesi sedut kahak plak. Sedut kahak ni tak tau la pakai apa sebab ibu tidak dibenarkan tengok. Tapi dari luar bilik dah dengar si kecik menangis kuat gila, of course sakit kot. Bila dah abes, Rayyan keluar dengan nurse mata merah dan berair, menangis sakit la kot. Takpe cayang, tahan sakit k, nak baik cepat kan...

Masuk wad Rabu tengahari, ingatkan Jumaat pagi dah boleh balik. Last last Ahad pagi gak bole discharge. Adoiiii.. Lambat betul. Nasib ada Mr. Lappytappy ni. Takde la bosan sangat. Rayyan tidur, ibu layan game Nancy Drew. Yeay!!

Ahad 7/03 dah boleh keluar. Ahad juga officemate aku Ekin bertunang, ingat nak pergi. Tapi tak dapat pergi la. Dah kena jaga Rayyan ni. Anyway, congrats to her!!!

Papehal pun, Rayyan sekarang dah ok. Cuma kena still makan ubat dan antibiotik. So far, takde masalah lagi.



p/s: Entri ni aku nak publish dari last week lagi. Tapi sibuk memanjang, memang tak dapat la. Ni pun baru ada kelapangan. Huhu..

p/s/s: Rayyan pun sekarang nih dah pandai meniarap. Memanjang nak meniarap je. Bahaya tidur atas katil. Nasib kitorang memang tido bawah pun. Bentang toto. Aritu pun dah berguling guling die sampai ke hujung toto. Sabar jela Rayyan ni.

My cutie sweetypie. Dah pandai meniarap. Hik hik.

Monday, March 1, 2010

Siri Bercakap Dengan Rayyan #1

Rayyan sekarang dah tak macam masa umur 2 bulan dulu. Dulu Rayyan rajin bercakap. Suka bercerita, pasal mimpi dia malam tadi, pasal ayah dia marah marah dia tak mau tido, cerita pasal main main dengan makcik dia, macam macam lagi la Rayyan cerita. Aku angguk angguk tanda faham je kalau dia bercakap. Kadang kadang aku bersembang jugak dengan dia, dia diam tanda faham lepas tu senyum. Senyum gatal plak tu.

Sekarang tak nak cakap lagi macam dulu dah. Dah malas ke? Nape Rayyan? Sedih ke?

Tapi sekarang dok gigit gigit benda. Dapat jari dia, dia gigit, dapat tangan ibu, digigitnya. Gatal gusi kot. Nak tumbuh gigi yer Rayyan? Ok ok, ibu beli benda gigit gigit tu, Rayyan gigit yer. Rayyan sengih gatal lagi.

Rayyan cuma bercakap dengan ibu bila dia nak menangis je. Baru la dengar suara. Suara macam merintih pulak tu nak susu. Macam merayu rayu, sayu je bunyi. Bila lambat bagi susu, baru melalak.

So satu hari Rayyan diam macam biasa. Tiba tiba dia cakap. Oh, dia bertanya rupanya.

A: Yer, kenapa sayang?

R: Ibu, nak tanya. Kenapa kulit Rayyan cerah. Tapi kulit ibu gelap sikit. Kulit ayah lagi la gelap. Rayyan ikut warna kulit siapa ibu?

A: Oh, ingatkan nak tanya apa tadi. Rayyan kan anak ibu dengan ayah. Rayyan ikut kulit ayah la.

R: Eh, tapikan ayah bukan putih pun. Ayah kan gelap macam ibu jugak.

A: Sama la putih. Tang ketiak. Kan sama putih dengan Rayyan.

R: Ha'ah la ibu! Rayyan lupa.
Rayyan sengih gatal lagi.

Encik Tingkerbell malu malu kucing kurap



P/S: Armpit Encik Tingkerbell putih. Ibu sangat jeles. Huh!