Tuesday, June 16, 2009

Aku Dah Gemok!

Khamis ni, 18hb Jun aku nak pergi check up doctor lagi. So macamana la progress baby ibu nih? Wahahaha...

Since dari aku belajar kat sekolah dulu, aku memang nak anak aku panggil aku ibu. Mungkin sebab ada sorang cikgu sejarah yang mempengaruhi aku kot. Aku ingat lagi kata kata dia.

"Semua orang boleh jadi emak, tapi tak semua boleh jadi seorang ibu"

Sejak dari hari tu, aku memang berazam nak anak aku panggil aku ibu. Supaya aku bole jadi seorang ibu yang baik. Yela, even kita pun selalu dengar. 'Syurga di bawah tapak kaki ibu.' Tapi jarang la nak dengar 'Syurga di bawah tapak kaki emak/mummy/mama' kan?

Tak boleh bayangkan macamana la aku jadi ibu. Sebab aku ni jenis cepat marah sikit. Dengan adik adik pun mak aku kata aku ni kasar. Yela, dah adik kurang ajar, kakak marah la, tinggi la suara. Mak aku tu lembut sangat dengan anak anak. Sebab tu anak anak pijak kepala. (kot la, sebab itu yang aku rasa) Even En Tingkerbell pun cakap mak aku ni berlembut sangat dengan anak. Tu sebab adik adik aku jadik kasar sket. (termasuk aku, kot) hahahaha...

Oh ya. Sekarang kandungan dah 5 bulan. Dah pandai tendang tendang. Aku cakap kat En Tingkerbell baby tengah main takraw kat dalam ni sebab bapak dia tak dapat main takraw. So anak yang main. Hahaha.. (En Tingkerbell akan bengang bila fikir dia tak dapat main takraw)

Yela, dah la ditimpa malang jatuh masa main takraw beberapa minggu lepas. Sampai lutut lari ke tepi. Wargh, seram tak dapat dibayangkan. Pastu beberapa hari lepas, accident pulak kena langgar ngan kereta. Geram gak la bila dengar En Tingkerbell cerita pasal kereta tuh.

Yela, dah la salah, langgar orang, pastu tak nak mengaku, pastu blah camtu je. Kalo aku pun bengang. Nak dijadikan cerita, En Tingkerbell kejar kete cina pompuan tu. Siap block lagi kete tu supaya kete tu tak gerak. Yang sakit hati nya, cina tu siap langgar lagi En Tingkerbell, lagi tambah sakit la kaki En Tingkerbell. (Dah la lutut dia tu bermasalah)

En Tingkerbell cakap, ada la jugak 2, 3 mamat mamat motor yang nampak siap tolong block lagi kereta tu supaya tak lari. Pompuan cina tu siap langgar gak, pastu lari. Gile babas degil pompuan nih.

So, En Tingkerbell ni yang memang dah dikenali kerana baran dia, siap kejar lagi kete tu walaupun gear dah rosak kemek gile. (Jalan memang jem so senang sikit nak kejar) En Tingkerbell dengan selambanya menggunakan helmet ARC yang gagah tu, terus memecahkan cermin belakang kereta. Memang pecah berderai. So nampak la 3 orang dalam kete tu. Lelaki botak dok kat belakang. Even dah pecah pun, selamba badak gak diorang melarikan diri. Gile tak gile. Nampak sangat takut.

Malam, En Tingkerbell pergi ke Balai Polis Petaling Street buat report. Bawak motor tu sekali sebagai bukti. Tapi tak boleh nak dakwa sebab En Tingkerbell pun salah sebab pecahkan cermin kereta. Tapi ok lagi, sebab pakai helmet, bukan pakai besi.

Begitulah ceritanya. En Tingkerbell balik rumah je lepas accident, die dok dalam bilik meraung sakit. Tengok tangan die, memang luka. Berdarah la gak sebab jatuh. Tapi kalo kena kat aku, aku kata benda ni sikit je. Tak la teruk sangat pun. (Sebab aku ni memang dari dulu lasak sikit) Tapi En Tingkerbell ni kan manja. Sakit sikit pun bagi dia, sakit banyak. Dengan kaki lagi sakit.

So, aku la tolong sapukan minyak kat tangan die (padahal bole buat sendiri) Yela, manja la katakan. Tu pun, tolong gak sapu kat kaki die, (manjanya......... serius manja)

Best gak bila En Tingkerbell manja manja ni. Sebab selama ni dia memang takkan nak bermanja dengan aku. Dah jadi camni baru la nak manja manja.

Ops ops, iklan. Baby tendang tendang ni. Hehehe...

Sambung balik.

Berbalik kepada cerita mula mula tadi, memang aku nak anak aku panggil aku ibu. Tapi bapaknya? Entah. En Tingkerbell tak pernah cakap pun. Nama anak lagi la, tak pernah menjadi satu topik perbualan pun.

Dia cuma pernah pesan, "Nanti awak sediakan list nak beli barang baby, apa yang patut, ape tak. Tengok kat buku tu (Buku Tentang Kehamilan dan Kelahiran)"

Tu pun dia cakap masa baru pregnant 3 bulan. Awal lagi beb. Takkan cepat sangat nak wat list kot.

Tu pun cakap dengan muka selamba, takde la muka excited sangat. Pendek kata la, En Tingkerbell ni poyo sket. Konon la tak nak tunjuk excited dia tu, tapi sebnarnya excited sangat. Hahahaha...

Wah, baby tendang lagi ni.

Best dowh kalo baby tendang. Kadang kadang terkejut gak kalau ada time dia tendang kuat la. Bagi aku, kalau die menendang tu, tanda dia sihat, dia hidup dan bernyawa dalam perut ni. Kan?

So tendangla seberapa banyak pun.

Eh, bagi kawan kawan yang dah lama tak jumpa aku. Aku sertakan gambar masa tengah pregnant ni. Huhu.. Also kenangan aku pregnant kat dalam blog ni.




This pic masa aku pregnant baru 3 bulan. Tu pun dah kira besar. Sebab tambah ngan lemak aku memang buncit. Hehehe...



Ni pulak gambar latest. 5 bulan la ni. Makin gemok kan? Waaaa...

Ramai kata aku dak gemokkkk!! Pipi dah naik, dagu pun dah berlipat. Oh tidak!

Aku pernah tanya En Tingkerbell, kalau aku gemok, macamana? Agak agak awak nak suruh orang kurus tak?

Dia jawab, tak payah. Awak gemok ke, kurus ke, sama je. Orang tak kisah.

Hehehe.. Ikhlas ke sayang???

Tapi sebagai perempuan, kena la jaga jugak. Walaupun husband kata tak kisah, tapi manalah tau kan. As a safety precaution gak.




p/s: Gara gara En Tingkerbell punya helmet digunakan untuk memecahkan cermin, dia beli lagi satu helmet ARC harga RM150+ pastu repair motor lagi. Sekarang duit dia dah penes, aku kena la tolong menolong sedangkan aku pun dah sengkek.

p/ss: Aku kuat makan sekarang ni. Agak agak lusa check up naik brape kilo lagi? Sebab pipi pun naik sangat dah ni.

10 comments:

  1. eee....stupid nye orang tu...
    belasah je la cina tu...
    kurang ajaa...
    atleast mintak maaf ke ape ke...
    ni x...laggar lari plak tu....
    wei kaklong ko paparkan la no plat dia tu...bagi semua orang tgk....

    p/s: teringat kat abg jai bertumbok ngn sorang cina, yang kurang aja....tunding2 jari & startkan pergaduhan... (mase aku kerja dr.backbone dlu la..)

    ReplyDelete
  2. Ala... No plat die WRJ XXXX. Nombor tak hengat. En Tingkerbell ade la no nye. Dah repot polis pun. Tgk la polis watpe.

    p/s: Ko tak penah cite la pasal benda tu, tak tau punggg

    ReplyDelete
  3. wahaaaa...
    rindunye kat as!
    dpt tengok muke as ngn perut boyot tu, lepas rindu! :))

    ReplyDelete
  4. Hihihi.. Malu...

    Malas nak post gambar kat facebook. Nanti tunjuk sgt plak. dah la *tut* besar tak hengat. Hehehe..

    Oh yer, as aktif Facebook je. Frienster sangat sangat jarang skg.

    ReplyDelete
  5. dah tendang2 anak ko tu, die besarkan perut tu, nak kc luas sikit
    pasal driver tu, penakut gile, agaknye pale botak orang yang dok belakang tu calar balar tak?

    ReplyDelete
  6. Yela kot. Perut aku kan kecik. Tendang sikit pun terasa.

    Serius beb, cepat2 la korang mengandung. Best siyot ade benda idup dalam perut gerak gerak. Hahaha

    Pale botak dok blakang tu, laki aku cakap die senyap jek. Sume buat bodo dalam kete, terus blah. Sape tak hangin.

    ReplyDelete
  7. Best kan ngandung??? heheee baru akak faham kenapa orang suke ngandung tiap2 tahun...heheeee as...*tut* naik same besar dgn peyut...huhuuu jgn mare erk... tak per,nant senang nak susu kan anak...kalau tgk anak menyusu badan lagi bahagia rasanya...

    ReplyDelete
  8. Hahaha, nampak sangat akak nak peknen lagi ni. Dapatkan adik untuk Qaisara.

    Suke la husband akak. Heheh

    ReplyDelete
  9. heheee dulu mmg p.k nak ngandung setahun sorang...nak ganti tahun pertama kawin tu..sbb akak kan lambat dapat anak... tp skrg ni takut pun ade...huhuuu
    ermm mlm td cakap dgn husband,rasa nak mkn jeruk mangga...
    husband kate dekat Qaisara...'haaa sudah, ibu ngandung lagi la kakak...'
    kihkihkih....

    ReplyDelete
  10. comeynye ask..serius comey..
    nak ngandung gak la..hehehe

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?