Thursday, February 23, 2012

International Construction Week 2012

Di KL Convention Centre telah diadakan International Construction Week pada 14-16 Februari 2012. Aku dan officemate aku berkesempatan pergi on 16hb memandangkan bos aku ada seminar di tempat yang sama, dan aku free the whole day. Lagipun construction company macam company aku ni, memang digalakkan pergi.

Memo pulak kata, staf diberi 2 hours time off untuk pergi KL Convention Centre. So, apa lagi! Grab the chance! Aku pergi sana pun sebab nak kumpul banyak banyak souvenir macam pen and goodie bag! Huehuehuehue...

Jom layan gambar!


Yes, I was here.

Our booth. Well, this is my company. TRC. :)

Opss! Did I mentioned that our booth won The Most Beautiful Booth? Yup! We did!

Guess how much our company spent for this gorgeous booth. At least it paid off right?

Antara yang datang menjenguk ke booth kami.

Eh eh, Dex ni perasan plak aku nak amik pic dia.


Management Team. Guess where is my boss? Hahahaha takmo cakap. Sebab dalam blog ni aku ada cerita pasal dia. :D

Yeah my boss is chinese and he's sitting in front row. Guess where he is. Lalalalalalalala...

Sape yang betul betul baca blog aku je akan tau mana satu boss aku sebab aku ada mentioned aku 'Secretary to CEO/COO/CPC/GM/GMO/GMC/EC/GGM'. (pilih satu) Heeeeeeeeeeeeeeeee :D


Masa nak balik. Comel tak saya?


Yer, saya seorang Secretary.

Tapi ini adalah pic paling hebat. One of supplier yang ada booth kat sini. Nama company serius tak bole blah. Hahahahahahahaha!!!

Ko memang King la Rahdzie! :D


Okey, kesimpulan yang dapat dari pergi ICW ni adalah aku dapat kumpul 9 batang pen berbeza dari tiap tiap booth, notepad kecik lagi. Beg toksah cakap la banyak gilakkkk.

Tapi sebenarnya bagus pergi sini. Banyak info dan maklumat yang boleh dapat pasal construction kat sini. Nak cari kerja kat sini pun boleh. Selain dari tu ada jugak booth untuk renew greencard, beli touch 'n go pun ada kat booth PLUS.

Banyak gila list of exhibitors untuk ICW ni. Tak larat nak list down. Bukan ada orang kisah sangat kan. Aku nak cerita pasal aku pergi mengular kat sini jek. Rugi tak pergi. Kalau cepat ada booth Nippon Paint. Boleh bawak balik tin cat. Tapi masa kitorang sampai cat dah habis. Lambat lambat.

Sekian entri bergambar hari ni. Esok cerita lain pulak k!



p/s: Tetiba rajin update blog la plak kan.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, February 21, 2012

Family Day PKNS 2012

Lama dah nak cerita ni, tapi asyik sibuk je. Hari ni bos ada pun, nak cerita gaks. Hehehehehehehe...

Last 4 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu, ofis Encik Tingkerbell, PKNS Bahagian Kewangan dan Korporat mengadakan Hari Keluarga di Glory Beach Resort, Tanjong Gemok, Port Dickson. Jom layan gambar yer!



Mari menuju ke Port Dickson!!!


Jakun aku nak letak sume pic! Hahahahahaha!



Memories :)


Saje nak tunjuk muka Encik Tingkerbell dah gemok!



1. Rayyan main pasir, 2. Muka Rayyan takut mandi kolam, 3. Sunset :) , 4. Sunset with Encik Tingkerbell dan Rayyan tapi tak nampak muka.


Okey itulah aktiviti siang. Dalam jadual patut check-in pukul 3 tapi kami masuk awal sikit. Check in pukul 1. Lepas tu kuar cari baju mandi Rayyan. Nasib dapat murah. Tawar punya tawar, dapat RM25 je. Lepas tu cari makan. Lapar. Then, balik apartment balik.

Eh, tak snap pun gambar apartment kan. Tak best pun. Aku bole bagi 3 bintang out of 5.

Encik Tingkerbell sempat tidur jap sementara turun pukul 4 petang. Aktiviti akan bermula. Macam macam game main. Aku yang banyak main sebab Encik Tingkerbell sakit kakinya. OKU lah katakan. :D

Dah habis game semua, aktiviti bebas la. Teruslah menuju ke kolam renang. Mak aiiiii ramai gila umat. Memang tak lah aku nak mandi dengan umat umat yang memenuhi kolam renang tu. Aku mandi kat tempat budak budak je sebab nak mandi dengan Rayyan.

Last last Rayyan yang tak nak mandi. Muka takut mandi kolam. Cis!

Dah nak kul 7, ape lagi. Gegas balik bilik. Sebab pukul 8 dah start makan malam, persembahan, bla bla bla.

Mula mula biasalah ucapan bla bla bla, pastu penyampaian hadiah untuk aktiviti siang tadi. Kami kumpulan biru muda dapat no 2. Nombor satu kumpulan biru tua, dan tempat ke 3 kumpulan hijau.

Lepas dah habis penyampaian hadiah, terus pertandingan karaoke. Tak sangka rupanya Encik Tingkerbell daftar diri untuk masuk pertandingan. Tak bole blah Rayyan pulak bole naik stage masa ayah dia tengah nyanyi. Siap joget joget bagai. Nyanyi lagu Cari Jodoh by Wali Band. Siap bagi ucapan, "Saya tujukan lagu ni khas buat awek awek yang jadi waiter malam ni." Cilakak! Nasib aku open minded.


Tengah nyanyi with backup dancer, Rayyan The Cutiepie!

Ibu dan Anak. :)

Ibu dan Ayah. :)

Dah kenyang makan, biasalah. Penyampaian hadiah untuk karaoke. Tak sangka Encik Tingkerbell menang nombor 1 pulak tuh! Dapat cash RM200 tau. Jangan memain! :D

Bukti kemenangan, tapi tak snap pulak pic RM200 tuh. :D

Hari Keluarga Bahagian Kewangan & Korporat PKNS Tahun 2012. :)

Cabutan bertuah pulak, Encik Tingkerbell dapat voucher Giant RM150! Paling banyak wooo! Lain semua rata rata dapat RM50, RM100, bape puluh jek. Memang luck laaaa malam nih!

Balik, ape lagi tido laaaaa...

Malam tu committee umumkan waktu sarapan adalah pukul 8 pagi sampai 11 pagi.

Esok pagi bangun pukul 9:30 pagi. Gile terlajak. Siap siap semua, dah kul 10 lebih baru keluar bilik. Sampai tempat makan, staf staf PKNS sume dah habis makan dah. Kitorang baru nak makan. Hehhehehehe.. Biasalah hujung minggu memang bangun lambat punya.

Dah habis makan, kami jalan jalan pulak kat sekitar swimming pool dan pantai. Cuci mata pagi pagi nih.

Burung yang jinak, kura kura yang lembap, arnab yang laju, dan umat yang memenuhi kolam. Memang tak lah aku mandi kan.

Tak sangka kat sini pun ada macam mini zoo. Tapi binatang ni je yang kami nampak. Lain takde. Hehehehehe


Rayyan berposing konon comel lah.

Dah habis pusing pusing, ape lagi. Check-out lah! Bye bye Glory Beach Resort!


Masa untuk pulang dengan bergaya!!! 

Tapi kitorang terus pergi Bayu Beach Resort. Tak jauh dari sini. Sebab pakcik makcik Encik Tingkerbell semua stay sana. Saja jalan sana jumpa. Then, sekejap je, balik la KL!


Kesian penat.
Sampai KL, order makanan, tapau bawak balik rumah. Lapar weihhhhh!!! :D



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Dah Lama Tak Jenguk Sini!

Dah lama gila tak update blog! Nanti ada masa aku update. Banyak benda nak cerita nih. Banyak suka duka gembira tawa sedih sume. Tunggu free yeh!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #14 : Serius Posing

Posing yang serius.


Rayyan memang dah pandai posing depan kamera. Siap berlakon nak aim target lagi. Hebat!

Ada bakat jadi pelakon pun ye jugak.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, January 12, 2012

Oh! Kad Pengenalan

Semua orang sedia maklum bahawa kita semua kena tukar kad pengenalan baru sebab ada sistem baru dalam kad pengenalan kita. Ntah apa ciri ciri baru aku pun tak ingat. Google sudah. Tak pun pergi check sendiri kat website JPN, iaitu www.jpn.gov.my. Tak susah pun.





Aku dapat tahu pasal IC baru ni pun lepas Buleting Utamang bagitau. Tapi seminggu sebelum berita tu keluar, aku memang dah pergi JPN Taman Melawati nak tukar IC baru memandangkan IC aku ni dah buruk, muka aku tak cantik malah hodoh, senyuman tak ikhlas macam mintak pelempang, takde logo touch n go, chip 64K berkarat, alamat lama tahun tok kadok dan keliling kad dah warna kuning macam kena muntah. So aku buat keputusan nak tukar IC baru di atas sebab sebab yang diberikan tadi.


Muntah 1

Muntah 2

Takde keje aku post gambar IC lama aku ni. Yela, nak menunjukkan bahawa buruknya IC aku ni kan.

Akhirnya pergi gak aku ke JPN Taman Melawati pada 23hb Disember 2011. Dalam kertas resit (yela kan kena bayar RM10 untuk kad baru) ada tulis, sila semak status kad anda selepas 10 hari dari tarikh resit.

Betul betul lepas 10 hari, aku check laman web JPN tapi sampai ke sudah dalam proses lagi. Sampai la hari ni aku check, baru siap. Nak check senang je pergi SINI.



Lepas 10 hari bekerja - Permohonan sedang diproses.

 
Harini, 12 Januari 2012 - Sedia diambil.

Bukan aku tak caya dengan laman web ni, tapi aku ragu ragu sket. Aku siap call lagi JPN 03-88808066 nak tanya sendiri. Awek tu cakap, "Dah siap, boleh ambil di Melawati." Baru aku percaya. Dengan semangat berkobar kobar sebab aku dah nak muntah tengok IC lama ni kan, aku terus pergi JPN pukul 3 petang tadi.

Nasib bos memang dah keluar pergi site office, aku apa lagi gerak gerak gerak khasssssss... (Nyanyi la sket)

Nasib tak ramai orang. Tak panas bontot aku duduk, nombor aku dah dipanggil. Betapa hancur dan kecewanya aku dengan kad aku. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis, mengundang ang ang ang ang. (Nyanyi lagi)

Gambar aku kelabu weh. Apsal? Kenapa? Why? Kiu? Porke? Senyuman tu memang dah tak ikhlas memang mintak penampar dah sebab akak amik gambar aku aritu sampai 10 kali snap gambar aku. Sampai senyum dah tak ikhlas tapi takpe lagi aku boleh terima. Tapi kenapa kualitinya sangat teruk? Nak nangis tengok gambar sendiri. (Lempang muka sendiri laju laju)



Kenapa gambarku kelabu??? Kamera rosakkah???



Belakang dah tentu cantik.


And one more yang buat aku kecewa adalah, ini kad pengenalan jenis lama. Bukan jenis baru yang digembar gemburkan di berita tempoh hari. Ini bikin panas. Takkan nak aku tukar IC baru lagi skali. Nak kena bayar RM10 lagi sekali. Ha ni betul mintak pelempang ngan penyepak terajang.

Memang tak lah kalau nak aku tukar IC lagi skali. Tunggu kad ni dah bertukar jadi muntah hijau, okey baru aku tukar. Mujurlah aku ni bersabar orangnya. (Erk???) So, aku redha. Bukan aku nak tayang IC ni kat orang ramai pun kan. Lantak pi la. Duduk la ko diam diam dalam wallet aku.



p/s: Nampak sangat beza IC lama ngan IC baru aku. Warna kad lama memang warna biru muntah.

p/s/s: Plastik cover kad pengenalan RM1 aku beli kat JPN tadi. Takut warna bertukar lagi jadi warna biru muntah.

p/s/s/s: Mungkin IC aku tak tukar pun format baru sebab masa aku tukar tu, belum ada lagi pengumuman pasal IC baru ni.

p/s/s/s/s: Next mission nak tukar alamat lesen plak. Tapi tak nak la. Gambar lesen aku cute kot. Kah kah kah!





Thank you for spending time reading this entry yaw!