Friday, July 26, 2019

Kenapa Dah Lama Tinggalkan Blog?

Assalamualaikum wbt...

Hari ni Jumaat, penghulu segala hari. Wah, bertahun tahun tak bersiaran. Gile ah. Kenapa gitu?

Aku rasa aku tau kenapa.

Sebab sekarang ramai yang lebih aktif kat Instagram dan Twitter. FB tu dah biasa sangat.

Zaman sekarang, kalau nak bercerita pun, dah takde orang nak cerita kat blog dah. Sume post kat Twitter. Ayat permulaan pun mesti camni.
[INI ADALAH THREAD] 

Chewah.. Pastu sume orang RT. Dari thread tu orang dah boleh baca cerita hantu la, kisah dera la, macam macam kisah dah sekarang. So blog?? Hmm.. Berhabuk semua.

And aku pun sekarang prefer baca Twitter. Latest news, live updates, semua laju. Compare dengan FB, Twitter is up to date all the time. FB lambat sket dalam 2 3 hari. Slow dapat info. Hahahaha

So bagi aku, blog ni more to public diari penulis tu lah. Sebab, bila aku baca balik entri aku yang lama lama tu, tetiba macam, eh haah la aku tak ingat pun benda ni. Nasib aku post kat blog. Kalau tak, memang tak ingat. Especially pengalaman bersalin aku.

Aku taip entri pengalaman bersalin tu semua betul betul lepas bersalin. So memori tu still fresh. Sebab lepas seminggu dua, aku memang dah lupa habis. Wayar sume tercabut dah.

You guys boleh baca pengalaman aku bersalin kat SINI.

Ok, so pasni aku nak cuba, nak cuba je ye, merajinkan update blog. Hahahaha.. Itu pun kalau aku free, and ada benda nak cerita. Baru la boleh.

K, see you at the next entry!



Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?