Saturday, July 25, 2015

Muhamad Eilman Adha bin Muhamad Syahbani





Akhirnya post jugak gambar Eilman dalam blog ni. My third son.

Eilman sekarang as at today, dah nak masuk 9 bulan lebih nak masuk 10 bulan dah. Dah ada gigi dua batang kat bawah, dah merangkak laju, dah duduk dengan tegapnya, dah cuba cuba berdiri dan berjaya berdiri sendiri selama 2 saat gitu. Dan dah rajin menapak nak jalan. Ade la dalam 4 tapak paling banyak dia dapat lepas.

Umur baru 3 bulan dah mengengsot ke depan. Dengan laju hokeh, kiranya umur 3 bulan dah tak boleh tidur atas katil sebab dia sangat laju bergerak. Samada bergolek, mengengsot, dan sebagainya.

Mulut sekarang boleh tahan pot pet pot pet bahasa dia, makan sangat banyak, pandai gelak bila buat lawak, pandai tepuk tepuk bantal, tepuk tepuk kaki macam nak bergendang, budak baik sangat.

Panjang akal budak ni. Tak banyak ragam, senang jaga, nangis bila nak susu dan nak tido. Cukup makan, cukup susu, dia boleh layan diri main sorang sorang tak kacau ibu. Tak perlu nak berkepit 24jam dengan Eilman ni. Berbeza SANGAT dengan abang Syauqie dia.

Pendek kata jaga Eilman ni senang sama macam jaga Rayyan masa kecik.

Macamana senang beranak Eilman, (sekali push je!) macam tu punye senang gak la jaga dia.

Umur sehari.

Dalam pantang.

Dalam pantang.





Walau macamana ragam anak anak yang masing masing lain, ibu tetap sayang semua anak ibu okey.

Gambar gambar ni semua gambar dalam pantang. Next entry la baru masukkan gambar lepas pantang sampai la sekarang dah 9 bulan lebih.

Macam biasa, gambar semua ada kat instagram @askniealias. :)



Thank you for spending time reading this entry yaw!

3 comments:

  1. comelnya hero nombor tiga ni! salam Aidilfitri sis! Maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri juga.. maaf zahir batin yeerr!

      Delete
    2. Salam aidilfitri juga.. maaf zahir batin yeerr!

      Delete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?