Rentetan dari entri sebelum ni.
Khamis (semalam) dah kira hari ke-4 Rayyan demam. Demam masih tak kebah. Cuma tak panas macam hari pertama. Hari pertama 39.9°c memang tinggi. Tapi malam tadi check lagi klinik, suhu 37.2°c tapi doktor sarankan juga pergi hospital sebab dah 4 hari berturut demam. Takut ada apa apa. Doc suruh jugak pergi malam tadi ke hospital, check darah terus.
At the same time, malam tadi gak cocok Syauqie since dia dah setahun kan. Imunisasi untuk setahun adalah MMR. Entah ape kah itu pun tak tau. Janji amik. And berat Syauqie timbang semalam 10.2kg. Okey la kot. Hehehe
Ok berbalik kepada si abang Rayyan ni ha.
Lepas ke klinik, kami makan jap kat kedai makan. Lapar la katakan. Rayyan betul betul cerewet sangat malam tadi sampai kami nak makan pun dah tak lalu. Syauqie apatah lagi. Kan dia anak yang paling banyak ragam. Dah dua dua meragam, memang la tak lalu makan walaupun makanan sedap gila.
Since Syauqie meragam, nak tidur kot. Kami hantar la dia pergi rumah mak jap. Mintak mak tolong jaga Syauqie sementara kami hantar Rayyan pergi hospital.
Kat hospital, check lagi suhu Rayyan. 37.7°c pulak. Dah naik sikit. Berat dia 15kg je. Haduhh.. dah kurus dah Rayyan tak makan sangat.
So amik blood test dulu kat makmal. Rayyan is a very very good boy. Dia tak nangis pun masa amik darah. Amik darah kat lengan hokeh. Sakit. Aku amik darah aritu kat lengan pun, lama gak la nak tahan sakit. Pastu biru tak hilang 2 hari. Ni pulak Rayyan. Memang kuat. Tapi masa tu aku pegang dia sebelah and tenangkan dia la. Syukur dia tak nangis.
Tapi balik rumah pulak dia merengek rengek cakap sakit tangan sakit tangan. Okey takpe. Paham memang sakit pun.
So doktor tengok keputusan blood test. Dia kata, Rayyan buat masa ni kena demam virus. Sebab keputusan darah tidak memenuhi kriteria untuk denggi. Walau bagaimanapun, esok kena datang balik hospital dan buat ujian darah skali lagi untuk tengok pola result darah dia macamana. Takut menjurus ke denggi.
Sumpah tak faham ape maksud ini semua. |
Jadi buat masa ni, kena bagi Rayyan makan dan minum macam biasa, tapi banyakkan air masak. Sehari biar sebotol besar minum. Antibiotik teruskan makan. Ubat demam paracetamol kena amik.
Selepas briefing dari doktor, amik ubat, kami balik. Amik Syauqie kat rumah mak dan shoot ke rumah kami. Sampai rumah pun 12 tengah malam. Ngantuk gila.
So, malam ni kami akan ke hospital lagi. Sebab doktor nak tunggu 24 jam. Doakan Rayyan sihat dan bukan denggi. Takut sangat. :'(
By the way, kan hari tu cerita sepupu Rayyan (anak adik laki aku) si Aireen Humaira pun demam kan. Memang sama sangat dengan Rayyan. Hari pertama demam 39°c. Dan diorang pun pergi hospital jugak malam tadi, tapi Hospital Ampang. Kami pergi Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak.
Demam Mera malam tadi 38°c. Platlet darah dia 120 je. Kalau 119 dah sah denggi. So hari ni tengahari (dalam masa 12 jam) kena buat blood test lagi. Takut lagi turun, kalau turun, confirm denggi. Buat masa ni doktor kata benda yang sama macam doktor Rayyan kata, demam virus. Banyakkan air masak bla bla bla...
My conversation with my bro. |
Rayyan masa menunggu giliran. Dok baring je kat riba ibu ni. Bibir merah sangat. |
Thank you for spending time reading this entry yaw!
kesiannya rayyan...so cmane dah sihat ke?
ReplyDelete