Thursday, June 14, 2012

Friendly Match, PKNS vs MASC


Tarikh: 14 Jun 2012, Rabu
Lokasi: Padang PKNS, Kelana Jaya


Kalau sebelum ni aku ada post pasal friendly match PKNS vs Astro Arena, minggu ni kita ada friendly match PKNS dengan MASC. Apakah itu MASC? Malaysian Artist Sports Club. Wowww! Artisssss! :O

Dah nama pun artis kan. Mesti la aku tergedik gedik nak pegi kannnn. Tapi Encik Tingkerbell dah pergi dulu dari ofis. Nak tak nak, aku kena drive sendiri bertemankan Rayyan dan adik adik. Nak dijadikan cerita, handphone berihitam aku jatuh petang tu, pastu lcd skrin aku retak. Maka secara rasminya handphone aku rosak!!!

Sebelum gerak pergi padang PKNS tu, aku singgah dulu Wangsa Walk memandangkan handphone ni adalah nyawa. Dengan harapan aku bole repair on the spot, pastu gerak pergi padang. Bole la ber cam-whoring nanti. Sekali cina yang repair handphone tu cakap nak repair kos harga RM190!!! Kepala hotak la mahal gila. Dengan kecewa aku pulang (sebab nak pick up Rayyan dan adik), dan redha dengan handphone yang rosak. Handphone cuma boleh receive call dan buat call tanpa nampak kat skrin apa apa. Sedih weiiiiii T_T

Dari rumah, singgah dulu mekdi drive thru sebab lapar sangat. Sampai padang PKNS dalam pukul 9:15 malam kot. Serius aku bawak kereta laju gila bai. Sebab tu sekejap je dah sampai. Janganlah laki aku baca entri ni. Masak aku, masak.

Sampai je sana, nampak dah Encik Tingkerbell. So kami lepak ngan dia la.

Game dah start dalam 10 minit kot. Aku nampak la artis yang bermain di padang dengan gagahnya. Antaranya Jep Sepah, AG Hotfm, Kamal Adli, Shahir AF, Seelan Paul, Zahid AF, Faiz Rajalawak, Azrul Cham RL, Am Rajalawak, Ridzuan Hashim, Danny X-Factor, Aidid Marcello, Zuan Wartawan Melodi, dan beberapa artis veteran yang aku tak tau nama. Hehehehehe..

Sedih wei. Kalau handphone aku baik, aku dah snap macam macam gambar. Yela, anak AG main ngan Rayyan wei. Main tab je. Hehehehe..

Keputusan perlawanan, PKNS 6 - MASC 4. Hahahahaha baik punyaaaaa!

Habis game, sesi makannnn.. Ini la masa untuk bergambar kenangan. Pinjam handphone adik yeh!



Hai Shahir! Saya nebes ni.

Okey saya control nebes eh.

Adik aku snap. Azrul Cham.

Curi gambar Zahid. Adik aku minat gila Zahid.

Zahid lagi. Lain bole tak dik?

Hai Kamal Adli. Saya berdebar sangat la. Tetiba.

Hehehe... Malu la saya awak rapat rapat. Hahahaha! Tau la saya pendek.

Ehhhh Rayyan adaaaaaa! Dan Nabilah. -_-"


Rayyan sebenarnya sebok je tetiba datang sebab tengok semua nak tangkap gambar. Macam tau tau je.

Ikutkan aku dah jumpa Jep Sepah nak bergambar ngan dia. Tapi die segan sebab dia pakai towel jek. Dah sape suruh pakai towel. Tau amik je gambar masa dia tak perasan.




p/s: Jep Sepah memang kelakar.


p/s/s: Kamal Adli sangat gorgeous!!! Dan sporting. Shahir pun. 


p/s/s/s: Memang sengaja nak snap pic ngan diorang ni je. Lain lain takde terniat pun.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday #18 : Like Mother, Like Son




Gambar dah lama nak upload tapi manjang lupa. :D







Alahai cam buruk je rupa aku ni. Hahahaha XD


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Salah Cakap #4 : Kipas


Encik Tingkerbell takde kat rumah semalam. Dia pergi Tampin, Negeri Sembilan ada game bola Piala Presiden. So balik rumah lewat sket. Start malam kelmarin kipas kat ruang tamu dah tak boleh on. Masalah apa ntah. Tu yang Encik Tingkerbell sms.


(1)

(2)

Sampai hati cakap bini ngok. Hahahahahaha!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, June 12, 2012

Aktiviti Hujung Minggu - 9 Jun 2012

Note: Ini adalah entri bergambar. Kualiti handphone BlackBerry 9700 sahaja.

Tarikh: 9 Jun 2012, Sabtu
Lokasi: Celi Chalet, Kg. Kemensah

Sabtu lepas, aku, Encik Tingkerbell dan Cutie Pie berkelah kat Sungai Kemensah. Keluarga mertua semua ada. Termasuk la pakcik makcik Encik Tingkerbell.

Kami kat sana dari pagi sampai la ke petang. Kul 8:30 pagi mertua dah sampai. Kami kul 9 baru sampai. Pagi breakfast nasi lemak, Cik Yam masak. Kakak ipar pulak beli lagi nasi lemak 20 bungkus. Ha amik ko. Masing masing tak tau ada bawak nasik lemak.

Kami ni dah banyak kali la piknik kat sini, pernah jugak bermalam kat sini. Sewa semua kawasan lagi masa tu. Cuma kali ni kitorang sewa 1 chalet ngan 1 pangkin/gazebo je. Suasana best sangat walaupun tempat takde la besar mana pun. Best sebab suasana sini macam kampung. Siap ada ayam kampung, Rayyan main kejar kejar ayam tau! Lagipun kat belakang Zoo Negara je. Dari rumah ke sini, baru 5 minit. Satu hari nanti aku nak bawak family aku dan pakcik makcik belah aku plak datang sini.

Sewa chalet baru berapa je untuk pagi sampai petang. Kalau nak chalet, tak tau la berapa. Selalu mertua arrrange kan. Aku lagi minat sewa macam pangkin/gazebo tepi sungai. Lagi selesa. Sewa pangkin/gazebo tu tak sure la berapa. Tapi range dalam 20 - 30 ringgit je kot. (merujuk kepada Encik Tingkerbell)

Jom layan je gambar.


Rayyan muka sembap baru bangun tidur.
Ntah ape ape ntah.
Ha! Ada ayam belakang Rayyan!
Ayah nak ajak Rayyan mandi ni.
Punya lah takut air!
Masa ni tok dapat tangkap sekor ikan! Bagi rayyan pegang pancing.
Rayyan semangat!
Rayyan cakap, "Fish! Fish!"
Amboi suka fish!
Konon macam Rayyan yang pancing laaa.
Okey, atok letak fish dalam jaring ni bagi die hidup dalam air ok.
Rendam kaki Rayyan. Ni pun takut.
Cam whoring!
Rayyan dah bosan. -_-"
Adik ipar dan sepupu dah rasmi mandi dulu.
Wajib pakai pelampung (bagi aku) sebab sangat dalam!
MIL rehat kat chalet tepi sungai jap. Rayyan ni baru pas mandi ni.
Rayyan sejuk!
Rayyan bajet comel!
Okey, Rayyan dah bosan.
Adik ipar, sepupu, kakak ipar. 
Rayyan dan Ibu!
Like mother, like son. :)
Mak tok mancing dengan Rayyan setia menanti.
Masa ni tok dapat lagi ikan ni. Rayyan nak pegang joran gak!

Fishhhhhhh!
Okey main bola pulak.
Rayyan dengan Tok Ayah dia main sepak sepak bola.
Macam kat kampung kan suasana.

Serius memang best. Lagi lagi tang mandi tu. Aku banyak kali lompat lompat dalam sungai tu, terasa macam budak kecik je. Padahal dah mak orang. Gambar je takde sebab takde sape nak snap kan.

Gila lompat tinggi tinggi pastu terjun, pastu terduduk sampai dasar. Dah berdiri, siap jengket, still tak timbul sebab dasar sungai dalam sangat. Tinggi aku 5 kaki je, so aku assume dasar sungai tu 5 kaki setengah la. Hehehehe.. Dah la tak reti berenang. Aku gerak gerak jela badan sampai ke tepi. Bukan semua dalam, kat tepi tepi tu takde la dalam sangat. Bole lagi mandi. Tak mungkin hanyut mandi sini sebab kawasan die kecik je. Alaaaa nanti gi sendiri baru tau la.

Gambar ni aku amik dari flickr someone. Aku google nak cari gak gambar kawasan sini. Mau kena saman aku kalau tuan dia baca. Jangan saman saya. Saya orang susah. Hehehehehe

Credit Pic to Azmi Bogart's Flickr. Here's link.
Gambar dia snap cantik la! Tetiba rasa nak beli DSLR. Eh tetiba. Hahahahaha puiiiiii!!!!!


p/s: Entri senang hati namanya ni. :)

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Monday, June 11, 2012

Aktiviti Hujung Minggu - 2 & 3 Jun 2012

2 June 2012 lepas, banyak wedding invitation yang dapat. Tapi dapat attend satu je. Tu pun colleague punya wedding, Kak Leen. Datang pun pengantin belum sanding lagi. Makan kejap, pastu jumpa pengantin kat bilik, then terus rush pergi Ampang. Sepupu Encik Tingkerbell bertunang.


Bergambar bersama pengantin, Kak Leen.

Sampai kat Ampang, rombongan lelaki belum sampai lagi. Maka kami ni yang jakun jakun ni, rasmikan dulu la tempat duduk pengantin. Hehehehe...

Rayyan suka buat muka camni sekarang. -_-"
Rayyan yang comel!
Rayyan dan Ayah

Gambar kami bertiga ni selalu tak jadi.

Rombongan lelaki dah sampai.
Selesai sesi berpantun semua la hape la bincang ape, doa semua, sesi sarung cincin. Tapi tak snap pic la sebab aku bukan kameraman pun. Hehehehe





Sepupu perempuan.

Sepupu perempuan lagi.

Adoi Rayyan ni...

Last but not least. A pic with tunangan orang. Congrats Elly!

Dah pakai contact lens, sampai tak tau mana kamera ke Elly? Hahahaha

Kami melepak kat rumah pakcik sampai ke petang. Membawak ke malam. Malam tu keluarga mertua bawak Rayyan balik Batang Kali. Maka tinggallah kami berdua je laki bini di hari minggu.

Makanya di hari Ahad, kami laki bini saje la jenjalan tengok wayang cerita Man Sewel Datang KL. Nama macam dah takde nama lain jek. Man Sewel la ape la. Nama elok sikit tak bole ke kan? Cerita boleh tahan la, setakat nak gelak gelak je bole laaa...

Aku bagi 3 bintang dari 5. Okey!


Lepas tengok wayang, saje ajak Encik Tingkerbell makan kat kedai makan tepi padang kat Permata. Office mate cakap laksa sedap, nasi lemak sedap. Aku memang hantu laksa. Kira ni jalan jalan cari makan la ni. Tambah plak Encik Tingkerbell memang suka makan nasi lemak.

Kedai makan tepi padang.

Suasana.

Tepi padang.
Rumusan, laksa tak sedap mana pun. Nasi lemak okey la sedap. Tapi best suasana kat sini la sebab angin sepoi sepoi bahasa (amboi ayat macam dalam novel) lepak petang petang best. Angin bertiupppppp... Okey tu je nak cerita.



Thank you for spending time reading this entry yaw!