Saturday, April 14, 2012

Aktiviti Hujung Minggu - 8 April 2012

Ahad lepas, 8 April 2012, kami 3 beranak pergi wedding kawan sepejabat Encik Tingkerbell kat Keramat. Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan pengantin. Tak ingat nama laaaa. Hehehehehehe

Dalam kereta 1.

Dalam kereta 2.

Sempat snap pic Rayyan dan Encik Tingkerbell.


Espression muka anak ngan bapak sama je.

Masa balik dari wedding tu, DJ radio mainkan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Rayyan yang tengah berdiri tiba-tiba buat gaya berlari secara slow motion. Serius comel gila weih! Rugi tak amik video. Dia tau, kalau lagu Awan Nano je, mesti dia teringat video klip Hafiz berlari secara slow motion kat tepi pantai tu. Hehehehehehe...

Rayyan dah pandai mengajuk dah sekarang.

Masa balik pergi ke kereta, nampak slogan menarik di sekolah rendah kat Keramat ni. Teringat kat Ikah. Hehehehe... Ikah, I know you get what I mean.

A Thousand Miles.

Sampai rumah dalam pukul 3 cenggitu. Petang pukul 6 tengok wayang, dah beli tiket online pagi tu tajuk Jangan Pandang Pandang. Tayangan pukul 6:10 petang kat TGV Wangsa Walk. Ada la masa nak rehat jap kat rumah. Lagipun rumah dengan Wangsa Walk tu 5 minit je. Dekat sangat. Cuma jadi lambat sebab cari parking. Petang memang confirm FULL parking. Tapi nasib dapat Encik Tingkerbell yang pandai cari parking. Hehehehehe...


Dah kata dah, muka anak ngan bapak sama jek!

Sempat la snap pic jap dalam panggung sebelum start movie. Aktiviti wajib sebelum tengok wayang. Hahahahahaha...




Komen aku tentang cerita Jangan Pandang Pandang ni adalah kelakar gak la boleh tahan. Tapi aku suka cerita ni sebab ada Zizan. Aku kan minat gila kat Zizan tu. Laki aku pun naik fedup ngan aku sket sket Zizan sket sket Zizan. Huhuhuhuhu

Aku bagi 4 bintang untuk cerita ni. Cerita ni semuanya memang tak logik tapi bole la nak buat gelak gelak di hujung minggu. Lagipun markah banyak ni sebab ada Zizan la, ape lagi. Hahahahhaha..

Nas-T berlakon pun boleh tahan kelakor gak. Pendek kata tengok cerita ni kalau tak gelak tak sah la. Hehehehehehe..

Actually entri ni aku nak post dulu sebelum entri ni, tapi lambat plak. Takpelah.




p/s: Ikah ni gedik la nak dekat 100 kali tukar link blog. Lempang kang!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, April 13, 2012

Cuti Pertabalan Agong Bersama Wanita Hari Ini dan Drum Simfoni

Semua sedia maklum, 11hb April lepas adalah hari cuti umum sempena pertabalan agong. Aku? Tak sempat tengok apa apa pun kat TV sebab sibuk berada di set Wanita Hari Ini yang dibuat siaran langsung dari Muzium Kesenian Islam Malaysia. Sumpah muzium ni cantik sangat. Toilet cantik, lobby, hall, tapi tak amik gambar pun sebab tak teringat! :D

Chewah, ayat macam la aku pulak yang masuk TV. Padahal Drum Simfoni. Aku biasalah tumpang glemer jek.

Preparation for Wanita Hari Ini live.

Siaran selama sejam tu sumpah aku tak dengar pape sebab hall tu luas, dan yela orang yang melawat situ, foreigner ada, budak sekolah ada, jadi bising. Aku dok main tab, dok sembang sembang je dengan member.


Diorang ni memang gila sket. Sebelum start show.

Tetamu jemputan ada la Maizurah Hamzah tapi tak amik pic ngan dia pun. Takde nafsu nak tangkap gambar ngan dia. Hahahahahaha!

Tetamu jemputan yang best sebnarnya Fara Fauzana aka Fafau ngan Tasha Shila la. Ha diorang ni aku ada la gak rasa berkobar nak tangkap gambo bersama. :D

Alep ni kalau tak menyebok tak sah kan???


Adakah Tasha Shila senyum kat aku masa aku snap pic ni?

Lagu penutup, Ayat Ayat Cinta - Rossa.

Masa ni off record. Siaran tamat, tapi Fafau ngan Tasha Shila saje join nyanyi. 

Aku ada video diorang nyanyi aku rakam. Tapi takde la pulak aku nak post sini kan. Macam jakun sangat la plak aku ni.


Siaran tamat. Tangkap gambar la.

OMG! Fafau!!!

OMG! Tasha! ...dan Arep! 

Arepppppppp!!! Semak ahhhh pic koooooooooooo!!! -_-"


Sumpah pic ni smart! Mari teka mana Zarina Shahrin???

Masa snap pic smart kat atas ni, aku ingat lagi masa ni Tasha dok pegang pegang laki aku. Ok fine, aku tak jeles. -_-"

Habis je siaran, kitorang balik. Diorang yang lain lain pergi makan kot. Kami kena balik studio kat Ukay Perdana. Amik Rayyan yang family-in-law dah amik, lagi pun ada meeting sempena rombongan pertunangan sepupu, Am ke Bentong 21hb April nanti.

Dalam kul 6:30 petang baru la aku, Encik Tingkerbell dan Rayyan balik ke rumah. Sempat snap pic dalam kereta dengan si kecik yang dah pandai posing nih! :D


Rayyan kata "Haaaaaa"

Rayyan kata "Hooooooo"

Okey tu je nak cerita. Hehehehehehehe...




p/s: Budak budak jangan jeles kayyyyyy!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, April 12, 2012

Berhantukah Pejabatku?

Nak dijadikan cerita, Isnin lepas 9hb April, aku balik lambat sikit dari kebiasaan. Yela, bos ada. Lagipun bos ada kat ofis seminggu sekali, lain lain hari semua dia kat Brunei. Terlalu sibuk. So, why not seminggu sekali je aku stayback temankan bos kerja kat HQ ni. *tangankatbahumatapandangatas*

Nasib lah Yanti ada. Boleh temankan. Sampai kul 7 gak la aku stayback. Dah kul 7, baik gerak balik. Kang dah maghrib susah pulak nak turun pergi parking lot yang agak berhantu tu. (Peh! Ayat nak seram bagai)

Memandangkan nak ke parking lot, aku kena pergi tingkat 3, boleh la aku singgah tingkat 3 jap nak drop dokumen kat pigeon hole. Untuk budak budak yang baca entri aku ni mesti tak tau pigeon hole tu apa. Bukan 'lubang merpati' okeh! Pigeon hole tu menatang ni. Sila rujuk gambar di bawah. (Siapakah yang terasa budak budak tu ha? Hahahahahaha)

Lubang Merpati a.k.a Pigeon Hole.

Tapi kat ofis aku takde la banyak begini. Ada dalam 12, atau 14 lubang je untuk setiap department dan bos bos. Nama bos aku atas kanan sekali, tapi bos bos lain atau department lain aku tak ingat la susunannya.

Masa tu pukul 7 malam. Aku memang dah sedia maklum bahawa level 3 ni memang 'ada benda' tapi aku buat bodo buat dek jek. Lagi lagi pukul 7 ke atas. Memang la 'benda' tu lagi nak keluar tunjuk diri.

Aku masuk department admin yang memang dah sedia gelap sebab semua dah balik. Masa aku bukak pintu tu, benda pertama yang aku dengar adalah bunyi air. Bunyi air yang ada udara keluar tu, macam bunyi 'gulp gulp gulp gulp' tu. Alaaa.. Kalau korang kentut dalam air, ada keluar bunyi, bunyi macam tu la.

Aku tau kat situ memang ada water dispenser. Kalau ambik air tu, memang akan keluar bunyi gulp gulp gulp tu. Tapi masalahnya, berbunyi, tapi mana ada siapa kat level 3 yang amik air pun! Sila rujuk gambar untuk siapa tak tau water dispenser tu apa. -_-"


Ini water dispenser yer adik adik.

Okey, aku masih lagi bersabar dan tabah bila aku dengar bunyi bunyian itu. Dalam keadaan gelap gelita aku mencari nama GGM kat pigeon hole tu. Memang tak nampak. Apsallah bengong sangat tak nak bukak lampu kan? Bijak sangat kan nak tengok dalam gelap gelap. Bajet superman ke ape?

Dalam dok mencari nama tu, aku dengar pulak bunyi 'seseorang' tengah buat kerja. Bunyi seperti orang selak kertas, bunyi meja diketuk, menaip keyboard la. Aku siap toleh sambil fikir, "Siapalah pulak buat kerja dalam gelap ni." Aku pandang tempat Kak A, sebab bunyi tu memang datang dari tempat Kak A. Aku ingat Kak A masih kerja tapi tak logik la pulak buat kerja dalam gelap kan.

Aku masih lagi mengadap depan pigeon hole. Masih lagi tak jumpa nama yang aku cari sebab gelap. Walaupun aku dah dengar bunyi bunyian tu, aku masih gagah lagi berada di situ.

Dalam masa yang sama, bunyi air, bunyi 'orang' tengah buat kerja tu masih ada. Makin lama makin kuat. Makin lama makin galak bunyi meja diketuk. Ah sudahhhhhhhh...

Aku dah tak tahan, dalam kelam kabut, aku letak je dokumen tu semua dalam pigoen hole bos aku. Atas kanan sekali. Bukak pintu, keluar, cabut, lari pergi ke kereta kat parking lot, terus pecut balik rumah. Wooooooooo serius tak boleh blahhhhh... Tobat la aku nak pergi level 3 pukul 7 macam tu. Memang takkan laaaaa...

On the way balik tu, aku update status kat BBM dan Twitter mengenai pengalaman berhantu tu. Si Jep BBM aku tanya, "Ko dengar bunyi air ke, bunyi meja?"

Whadda? Jep pun tau pasal bunyi air??? Sah! Aku tak salah dengar. Jep siap cakap, "Kalau nak kerja lewat, paling lambat 6:50 petang. Lepas tu jangan. Nanti macam macam bunyi boleh dengar kat level 3 tu"

Sebelum ni pun Jep penah cerita kat aku, dia selalu nampak kelibat perempuan rambut panjang pakai baju kurung berdiri kat level 3. Timing mesti nak dekat dekat maghrib la ofkos.

Kak Ina yang baca Twitter aku siap call aku terus tanya. Aku cerita dari A-Z, dan dia pun bukak cerita pasal Kak A pun memang selalu kena kacau kat tempat dia tu. Sah! Aku tak salah. Memang tempat Kak A tu haunted. Even kat ofis aku jumpa Kak A, cerita balik, Kak A cakap dia pun selalu kena. Dengar bunyi pintu gedegang gedegung padahal takde orang. Nampak kelibat orang lalu la. Ishk seram kottttt...

Cleaner kat ofis yang selalu datang awal tu lagi la. Selalu nampak pompuan rambut panjang baju kurung pink, kadang kadang duduk kat level 3, kadang kadang berdiri sebelah toilet. Diorang ni lagi tabah sebab nampak depan mata. Aku tak nampak lagi, baru dengar bunyi dah gelabah. Serius, sape tak gelabah kan? Nasiblah aku dengar bunyi je. Kalau aku nampak, mau pengsan aku jerit kat situ. Hehehehe

Adik ipar aku, Huda ex-staff company aku ni. Dia dulu account department kat level 2, lagi la dulu selalu kena sebab dia selalu datang awal ke pejabat. Bunyi meja diketuk la, bila angkat kepala tengok, bunyi tu stop. Nampak kelibat lalu la. Ishkkkk.. Account Manager pun pernah kena masa dia stayback, tinggal sorang sorang kat account department tu. Dengar bunyi orang main suis kat luar bilik dia, bila jenguk ke luar, bunyi tu stop. Bila masuk balik bilik, dengar lagi orang main suis lampu. Ishk gile aaahhh..

Pendek kata, selalu bunyi bunyi dan kelibat ni semua, berlaku kat tingkat 2 dan tingkat 3 je. So far, tingkat lain takde. Syukur la sangat aku dok tingkat 4. Padahal setingkat je dengan tingkat 3 tu. Banyak lagi kes lain aku boleh list down kat sini. Kes lampu terbukak sendiri la, kes lif la etc etc etc.

And the best story pasal kisah seram ofis aku ni adalah, pasal CCTV dengan lif. CCTV kitorang kat ofis ni hanya akan merakam jika ada pergerakan (movement) sahaja dan keadaan terang atau bercahaya. Jika keadaan statik dan gelap, CCTV tak rakam. Blank je skrin.

Nak dijadikan cerita, one of my colleague kena check CCTV sebab ada kes rompakan kat kedai makan sebelah. Tapi lain nak tengok, lain yang jumpa.

CCTV kat lobby rakam kat lif, (jam berapa pagi pun tak tau la. Tapi pagi tu maknanya tengah malam tau. Ofis kosong takde sape sape) lif terbukak, tapi takde siapa tekan butang lif. Seram tak? Seram tak?









p/s: Bagi aku seram weh. Hantu mana plak la yang naik lif ni kannnn...


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday #17 : Dulu dan Kini

Dulu

Akhirnya...

Kini

Berwajah baru jugak la tag aku ni ha. Tag lama pun dah tak cantik sangat, buruk. Dah la muka kat tag dulu macam mintak pelempang je kan?




p/s: Misya pernah cakap (masa pakai tag lama) "Kak As, bole tak terbalikkan tag kau tu? Rasa macam nak lempang jek" 


:'(


p/s/s: Tau la gambar je macam alim tapi kenyataannya, cam harommmmmmm! Hahahahahaaha!!!



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, April 3, 2012

Salah Cakap #3 : Kerana Bantal

Kisah ni dah lama gak la. Dan aku dah post kat FB pun. Saja post kat blog, in case aku terlupa lah kan. :D

Pesalah : Encik Tingkerbell
Saksi : Aku
Situasi : Di rumah sedang beristirehat.


Kami berdua di ruang tamu. Encik Tingkerbell melayan TV dan aku melayan samsung galaxy tab.

"Awak, mintak bantal. Nak duduk atas bantal. Sakit bontot la duduk atas lantai lama-lama"
"Eh, mana boleh duduk atas bantal. Nanti KETUMBIT"
"Hahahahahahahahahaha! Bukan ketumbit lah! BISUL baru betul. Hahahahahahahahaha!"

Encik Tingkerbell senyap je sebab dah malu. Dan memang Encik Tingkerbell kena bahan kaw kaw punya dengan bini dia!






p/s: Celah mana lah pulak ketumbit kat bontot kan. Ketumbit kat mata lahhhhh.

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Monday, April 2, 2012

Salah Cakap #2 : Tangan, Jari dan Mulut

Baru saja berlaku ni. Antara Encik Tingkerbell dan Rayyan.

Rayyan sekarang suka sangat isap jari. Mungkin sebab gusi gatal nak tumbuh gigi kot. Encik Tingkerbell tanpa melengahkan masa menegur Rayyan.

"Rayyan... Kenapa masukkan tangan dalam jari ni???"

Aku pun ketawa berdekah dekah sebab tak tahan kelakar gila. Patutnya kenapa masukkan tangan dalam mulut. Hahahahahahahahaha!




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aktiviti Hujung Minggu - 31 Mac & 1 April 2012

Adik aku Ikah dah balik dari UiTM Arau Perlis, yeayyyyy!!! Barulah rasa seronot sket dah complete set adik adik aku ada kat KL. Selalunya kalau adik beradik pompuan ni dah complete set, memang ada je aktiviti.

Asalnya aku nak ajak diorang makan Burger Kaw Kaw kat Wangsa Maju. Tapi bila fikir balik, dari membazir masa 2 jam beratur, baik pergi karok. Dah lama tak karok weihhh...

Lepas kerja hari Sabtu tu, aku balik rumah mak pick up adik adik semua ajak pergi karok. Blur gak nak karok kat mana sebab banyak sangat tempat karok dah sekarang. Memandangkan KL Festival City ada, ape lagi. Karok kat Superstar Karaoke, KL Festival City aje laaaa... Dekat je pun.

Serius best kat sini. Tapi lupa nak snap pic la. Ada pic kitorang karok jela.

Dari dulu lagi, kalau nak karok, mesti blur nak lagu apa. Dah siap buat list, tapi bila nak karok je, list lupa bawak. Blur gak nak nyanyi lagu apa. Kat rumah je nanti mesti nyesal, rasa nak karok lagu ni la lagu tu la.

Asalnya nak amik sejam je bilik kecik tanpa refreshment. RM20 jek. Sorang RM5 je. Tapi cashier tu cakap baik amik RM33 sejam, dapat 2 air, 2 makanan. Free setengah jam. So, amik jela promotion yang akak ni dah bagi. :D

Layan pic yooooo...

From Left: Yayah, Adik, Ikah, Me

With my beloved sister, Ikah. :)

Yayah dan Ikah.

Tengah tengah nyanyi tu, mak pulak call. Mak cakap pakcik dan makcik (yang tinggal kat Rompin Pahang) dah sampai. Mak suruh balik cepat. Aku cakap kat mak lagi sejam sebab kitorang baru je masuk ni.

(Karok sejam setengah memang tak cukup. Kami perlu sekurang kurangnya 3 jam.)

Kalau karaoke tak bergaduh tak sah. Dah nama adik beradik. Gaduh sape nyanyi dulu, turn sape nyanyi, kalau nyanyi grouping bergaduh plak masing masing nak part mana, part mana. Kalau amik lagu Alhamdulillah - Too Phat & Yasin tu, memang bergaduh masing masing nak rap. Dah la ade 3 part je rap. Kami ni berempat. Ha memang berebut mic semua nak rap. Belum lagi lagu Beribu Sesalan, bergaduh masing masing. Aku je cool. (Padahal gadoh gak. Hehehehehehe)

Ini belum Apis ada. Mau lagi Apis sorang je conquer nyanyi lagu Faizal Tahir dia tu. Eeeeeiiiii... Sebelum balik ke kereta tu, Apis dah sms tanya "Kenapa tak ajak aku karok???" HAHAHAHAHA SORI APIS. Sape suruh ko takde kat rumah tadi. Hehehehe

So kami balik ke rumah, tengok pakcik makcik sepupu semua ada. Makteh ngan Cik Ani pun ade. Dok pung pang pung pang sembang, ajak makan malam luar. So kami semua beramai ramai menuju ke Cengal d'Garden Cafe, Gombak. Makan ramai ramai, Mak Teh belanja. Terima kasih Mak Teh! Hehehehehehe

Big Family
Sorry Ikah, can't see your full face. Forgive the cameraman or should I say, the kid. :D


So malam tu, Encik Tingkerbell suruh aku tidur je kat rumah mak. Memandangkan memang seharian dia takde hari Sabtu lepas. Kami sekeluarga tidur pukul 2 pagi sebab dok sembang sembang. Biasalah kalau dah dah lama tak jumpa kan. Kul 12 tengah malam tu Encik Tingkerbell sms suruh aku gi cari car wash cuci kereta yang dah berkarat tu. Nasib memang ada car wash bukak 24 jam. Kat Shell Taman Melati. Itu pun beratur gak kereta. Ramai plak orang cuci kereta tengah tengah malam ni kan...

Sebab Ahad pagi pagi nak kena keluar pergi ofis MBPJ hantar pakcik Encik Tingkerbell nak gi umrah. Tak sempat nak cuci pagi pagi. Tu yang suruh cuci gak tengah tengah malam buta.


Nak dijadikan cerita, pagi Ahad dah la bangun lambat. Encik Tingkerbell kata sebelum kul 10 balik rumah. Sekali pukul 8:45 pagi Encik Tingkerbell call suruh balik cepat sebab nak pergi rumah pakcik pukul 9. Masa tu memang la dah bangun tidur, tengah sembang sembang ngan pakcik, makcik, mak sume, belum mandi plak tu. Terus la shoot balik rumah Keramat on the spot.

Pendek cerita, aku sempat siap sepantas kilat. Terus pergi Petaling Jaya. Lepak minum kat Syed Restaurant & Catering yang konon best la bak kata Encik Tingkerbell. Mak dan abah mertua bersama Rayyan dah siap menunggu kami kat restoran. Rayyan dari jauh dah nampak dia jerit jerit, "Ayah! Ayah! Ayah! Ayah" Ibu tak nak plak sebut kan. Kecik ati la kan kan kan. Bila tanya Rayyan, "Ibu tak nak sebut ke?" baru la dia sebut. "Abu. Abu" Ibu lahhhhhhhhhh. Bukan Abu. Ishkkkkkkkkkkkk -_-"

Then kami terus ke Ibu Pejabat MBPJ. Tunggu sampai kul 12 tengahari sebab pakcik ikut rombongan pergi naik bas. Semoga Uncle Lan selamat pergi dan balik nanti. InsyaAllah.

Rayyan main game kat handphone atok dia.

Hamik ko. Terkangkang kangkang ngan terjuih bibir dok ralit main game jek.

With beloved hubby Encik Tingkerbell. :)

Habis semua, kami anak beranak balik rumah. Letih woo dari pagi. So tidur la jap. Rayyan dari pagi sampai petang tak tidur langsung. Sebab petang tu pukul 5 kitorang pergi rumah mak balik. Nak say bye kat pakcik yang datang dari jauh Pahang. Lagipun tak jumpa Rayyan lagi kan.

Malam tu lepas maghrib gegas pulak pergi Studio Ukay Perdana. Rayyan yang memang tak tidur dari pagi, boleh lentok dalam kereta. Ishk, tulah. Suruh tidur tak nak.


Rayyan yang exhausted.

And berakhirlah Sabtu dan Ahad. Ishk. Isnin kerja. Sangat tak best.



p/s: Next week nak karok lagi. Ape lagi jom!


Thank you for spending time reading this entry yaw!