Lama dah nak cerita ni, tapi asyik sibuk je. Hari ni bos ada pun, nak cerita gaks. Hehehehehehehe...
Last 4 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu, ofis Encik Tingkerbell, PKNS Bahagian Kewangan dan Korporat mengadakan Hari Keluarga di Glory Beach Resort, Tanjong Gemok, Port Dickson. Jom layan gambar yer!
|
Mari menuju ke Port Dickson!!! |
|
Jakun aku nak letak sume pic! Hahahahahaha! |
|
Memories :) |
|
Saje nak tunjuk muka Encik Tingkerbell dah gemok! |
|
1. Rayyan main pasir, 2. Muka Rayyan takut mandi kolam, 3. Sunset :) , 4. Sunset with Encik Tingkerbell dan Rayyan tapi tak nampak muka. |
Okey itulah aktiviti siang. Dalam jadual patut check-in pukul 3 tapi kami masuk awal sikit. Check in pukul 1. Lepas tu kuar cari baju mandi Rayyan. Nasib dapat murah. Tawar punya tawar, dapat RM25 je. Lepas tu cari makan. Lapar. Then, balik apartment balik.
Eh, tak snap pun gambar apartment kan. Tak best pun. Aku bole bagi 3 bintang out of 5.
Encik Tingkerbell sempat tidur jap sementara turun pukul 4 petang. Aktiviti akan bermula. Macam macam game main. Aku yang banyak main sebab Encik Tingkerbell sakit kakinya. OKU lah katakan. :D
Dah habis game semua, aktiviti bebas la. Teruslah menuju ke kolam renang. Mak aiiiii ramai gila umat. Memang tak lah aku nak mandi dengan umat umat yang memenuhi kolam renang tu. Aku mandi kat tempat budak budak je sebab nak mandi dengan Rayyan.
Last last Rayyan yang tak nak mandi. Muka takut mandi kolam. Cis!
Dah nak kul 7, ape lagi. Gegas balik bilik. Sebab pukul 8 dah start makan malam, persembahan, bla bla bla.
Mula mula biasalah ucapan bla bla bla, pastu penyampaian hadiah untuk aktiviti siang tadi. Kami kumpulan biru muda dapat no 2. Nombor satu kumpulan biru tua, dan tempat ke 3 kumpulan hijau.
Lepas dah habis penyampaian hadiah, terus pertandingan karaoke. Tak sangka rupanya Encik Tingkerbell daftar diri untuk masuk pertandingan. Tak bole blah Rayyan pulak bole naik stage masa ayah dia tengah nyanyi. Siap joget joget bagai. Nyanyi lagu Cari Jodoh by Wali Band. Siap bagi ucapan, "Saya tujukan lagu ni khas buat awek awek yang jadi waiter malam ni." Cilakak! Nasib aku open minded.
|
Tengah nyanyi with backup dancer, Rayyan The Cutiepie! |
|
Ibu dan Anak. :) |
|
Ibu dan Ayah. :) |
Dah kenyang makan, biasalah. Penyampaian hadiah untuk karaoke. Tak sangka Encik Tingkerbell menang nombor 1 pulak tuh! Dapat cash RM200 tau. Jangan memain! :D
|
Bukti kemenangan, tapi tak snap pulak pic RM200 tuh. :D |
|
Hari Keluarga Bahagian Kewangan & Korporat PKNS Tahun 2012. :) |
Cabutan bertuah pulak, Encik Tingkerbell dapat voucher Giant RM150! Paling banyak wooo! Lain semua rata rata dapat RM50, RM100, bape puluh jek. Memang luck laaaa malam nih!
Balik, ape lagi tido laaaaa...
Malam tu committee umumkan waktu sarapan adalah pukul 8 pagi sampai 11 pagi.
Esok pagi bangun pukul 9:30 pagi. Gile terlajak. Siap siap semua, dah kul 10 lebih baru keluar bilik. Sampai tempat makan, staf staf PKNS sume dah habis makan dah. Kitorang baru nak makan. Hehhehehehe.. Biasalah hujung minggu memang bangun lambat punya.
Dah habis makan, kami jalan jalan pulak kat sekitar swimming pool dan pantai. Cuci mata pagi pagi nih.
|
Burung yang jinak, kura kura yang lembap, arnab yang laju, dan umat yang memenuhi kolam. Memang tak lah aku mandi kan. |
Tak sangka kat sini pun ada macam mini zoo. Tapi binatang ni je yang kami nampak. Lain takde. Hehehehehe
|
Rayyan berposing konon comel lah. |
Dah habis pusing pusing, ape lagi. Check-out lah! Bye bye Glory Beach Resort!
|
Masa untuk pulang dengan bergaya!!! |
Tapi kitorang terus pergi Bayu Beach Resort. Tak jauh dari sini. Sebab pakcik makcik Encik Tingkerbell semua stay sana. Saja jalan sana jumpa. Then, sekejap je, balik la KL!
|
Kesian penat. |
Sampai KL, order makanan, tapau bawak balik rumah. Lapar weihhhhh!!! :D
Thank you for spending time reading this entry yaw!