Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #9 : Empat Askar

Rayyan sekarang kalau snap pic mesti nak senget kepala macam ibu lah. Anak ibu la katakan.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-3 ♥



Amaran: Entri agak jiwang tapi tak berapa nak karat. Agak agak tak nak muntah, tak payah baca.
 

Hari ni 30 November 2011. Genap 3 tahun kami suami isteri melayari gerbang perkahwinan. (Ayat tau nak poyo jek) Kalau diikutkan, kami dah kenal lebih dari 7 tahun. 4 tahun sebelum kahwin dan 3 tahun selepas kahwin.

Terus terang cakap, walaupun nombor 7 tu macam dah lama sangat, tapi kami masih lagi dalam fasa mengenali antara satu sama lain lagi.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kan?

Gaduh kecik pernah, gaduh besar pernah, gaduh manja pernah. Benda tu biasalah lumrah suami isteri. At the end, baik jugak. Takkan nak gaduh lama lama kan. Fikir anak lagi.

Dalam entri entri aku sebelum sebelum ni, banyak aku cerita pasal Encik Tingkerbell ni. Semenjak dah beranak ni je aku selalu post entri pasal anak. Selalu sangat cerita pasal Encik Tingkerbell, cerita la pulak pasal anak kan. Hehehehe..

Kawan baik aku, yang betul betul kenal Encik Suami aka Encik Tingkerbell ni memang tahu dia macamana. Yes, dia memang tak romantik. Nada suara tau nak tinggi tinggi je. Bila marah, kalau tak bulatkan bijik mata tu memang tak sah.

Perkataan sayang tu toksah cakap lah. Memang bole kira dengan jari berapa kali dia cakap kat aku.

Kalau aku bercerita dengan dia, ada lelaki ngorat ngorat aku. Dia buat derk je buat tak kisah. Macam tak heran je bini die kena ngorat.

Tapi aku tau. Deep down inside, dia sayang aku. Laki mana tak sayang bini weih!

Kenapa aku cakap macam tu?

Walaupun dia tak pernah tunjuk sayang dia kat aku, tiada kad luahan perasaan, tiada bunga, tiada ucapan kata kata sayang, tiada benda benda romantik, aku tetap tahu dia memang sayang aku.

Tak perlu cerita lah. Kalau tak sayang, takkan lah dia sanggup belikan aku SGT kot kan?

Belikan aku kasut sport yang agak mahal jugak walaupun aku cakap tak payah beli mahal mahal. Aku nak beli RM30 jek.

Dia nampak je macam tak amik berat hal aku, tapi stalk aku senyap senyap kot. Blog ni, ikutkan, dia tak pernah amik tau, tak pernah nak baca pun. 

Eleh, tapi orang tau. Senyap senyap awak baca kan? Kan? Kan? Betul betul berubah jadi stalker dah laki aku ni.

Encik Tingkerbell ni nampak je tak jealous. Tapi kuat jealous tau! Banyak bukti menunjukkan dia jealous tapi mati mati dia tak mengaku dia jealous.

Banyak lagi sebenarnya tapi takkan nak cerita sini. Malu saya. ^_^ Malu juga Encik Tingkerbell yang baca entri ni. :P

Pendek kata, walau apa pun yang awak buat, orang tetap sayang kat awak. Thanks for everything.

Akhir kata, 


HAPPY 3RD YEAR WEDDING ANNIVERSARY SAYANG!

Tepek la satu pic kami. Muka tak bole nak blah. :P



Muarrrhhhhh Muarrhhhhh! ♥♥♥




p/s: Tadi call Encik Tingkerbell wish Happy Anniversary. Dia gelak jek. Siot. Bukan nak wish balik. :D


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Monday, November 28, 2011

Bila Dah Bosan Sangat

Seharian hujan turun. Seharian juga duduk di rumah. Tanpa Rayyan. Hari cuti. Agak bosan, dan semestinya rindu tak terkira kat si kecik tu.

Apalah Rayyan tengah buat sekarang ni. Hmmm...

Encik Tingkerbell dah tentu tentu takde keje lain kat umah ni melainkan tidur. Adoii.. Nasib baiklah tadi lunch dia yang masak nasi goreng. Kalau tak, mau mengamuk gak aku tadi sebab seharian dia takde tolong buat pape kat umah ni.

Nasi goreng dia buat sedap tau! Hehehehehehehehe

Takde idea nak tulis ape dah. Bosan sangat sebenarnya ni. Sambung main game jelah. :-) daaaaaaaa



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #8 : Cubaan Pertama


Ini adalah gambar cubaan pertama si kecik snap gambar sendiri guna BlackBerry Ibu. It's okay Rayyan. Boleh cuba lagi sampai berjaya dapat muka full yeh!

Tuesday, November 15, 2011

I Got Tagged!

I GOT TAGGED!

Aku kena tagged dengan adik aku, Ikah untuk entri bengong ni. Thanks sebab menyusahkan aku. Sebab benda ni, hanya untuk orang takde keje. And yes, kebetulan aku tengah takde keje and super boring!

THE RULES
  • Must post these rules.
  • Each person must post 11 things about their selves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you in their post. Then create 11 questions for the people you tag to answer.
  • You have to tag 11 people.
  • Go to this page and tell them
  • No tag back
  • No stuff in the tagging section about "you are tagged of you're reading this."
  • You legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) tag 11 people :D

11 THINGS ABOUT ME!

  1. Nama penuh aku Nurhasni diberikan oleh abah aku, Alias. Asalnya mak nak letak nama Nur Aliya (something like that) Tapi abah aku tak setuju sebab nanti aku jadi liar. (Ada kaitan ke???)
  2. Date of birth, 26 January 1985. And FYI 26th January is Republic Day for India. Dang!
  3. Sapa sapa yang betul betul kenal aku, akan tau aku ni banyak cakap non-stop sampai la aku tersedar sendiri bahawa aku terlalu banyak bercerita. -_-"
  4. Dari sekolah, sampai belajar politeknik, sampai kerja, semua orang cakap aku makan bersungguh sungguh. IS IT? Dulu je la. Sekarang tak dah.
  5. Aku ni kasar. Cakap kasar, semua kasar. But at the same time, aku ni gedik. Oh, boleh kan? :O
  6. Dari sekolah sampai kerja, tak pernah pakai handphone selain Nokia. Cuma bila dah bersalin baru start pakai LG sekejap pastu BlackBerry sampai sekarang. :D
  7. Kalau rajin, rajin sangat. Kalau malas, malas sangat.
  8. HANTU LAKSA! Kalau menu laksa ada, confirm makan. Walaupun dah makan.
  9. Suka bagi member bengang dengan cakap "kalaulah kan, kalaulah (benda benda negatif)" sampai member annoying gila.
  10. Kuat gelakkan orang. Sampai orang sakit hati ngan aku. Erk! Aku memang suka gelakkan orang kot. Hahahahahaha!
  11. Aku pandai mengorat. Sape nak belajar, meh sini aku ajar camne nak ngorat laki laki ensem. :D

SOALAN IKAH

Q - Apa yang ada dalam otak korang sekarang?
A - Apa aku nak taip dalam entri ni lah sengal oiii!
 
Q - Suggest me how to improve in my blogging? 
A - Soalan susah macam SPM lah! NEXT!!!

Q - Why blogging?
 
A - Sebab one of the method on expressing yourself other than twitter.:p
 
Q -  Describe LOVE. 
A - CINTA.Woi! Susahnya soalan ko!

Q - Horror movie OR Love story?
A - Love story
 
Q - Your tall?
A - 5' tinggi. Around 152cm or 153cm.

Q - Pernah pergi luar negara? If yes, sila nyatakan.
A - Tak pernah. Lalalalalala

Q - Hometown? Dua dua belah sekali okay.
A - Tapah Road, Perak belah mak. Abah kat Gombak jek.

Q - Simply describe me. In essay also cannnnnnnn. :D
A - Ko ni kepala otak gila sikit. Eh bukan sikit. Banyak !!!

Q - Waktu and age yang sesuai yang korang rasa nak kahwin? Hee.
A - 29 bagi lelaki dan 27 bagi perempuan
 
Q - Favourite TV shows?
A - How I Met Your Mother. (Love this show forever and ever)
 
 
OKAY, NOW ANSWER MY QUESTION GUYS!

  1. What do you think about me?
  2. Header blog baru aku cantik tak? Komen sket. Penat weh buat.
  3. Which fast food do you prefer? McD, KFC, PizzaHut, Dominos, Burger King
  4. Siapakah orang yang paling korang sayang?
  5. The best song you ever heard?
  6. Jika korang boleh putar kembali masa, masa bila korang nak balik?
  7. Apakah benda yang paling korang menyesal sangat tak buat?
  8. Hadiah apa yang paling best untuk bagi pada lelaki?
  9. Kalau korang ada 1 juta, apa korang nak buat?
  10. Pernah tak mimpi, lepas tu jadi kenyataan? Kalau ada, ceritalah sket.
  11. Korang buat benda tag ni ikhlas tak? Ikhlas lah yer. ☺

MANGSA YANG KENA TAG

Ramainya nak tag sampai 11 orang??? Adoiii...



Penat la wat benda ni. Nak kena pikir. Okay guys yang kena tag. Rajin rajin buat lah. Nanti inform balik. Bole baca. :D


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, November 10, 2011

It's Priceless

Aku dah lama berangan nak dapatkan satu Samsung Galaxy Tab 10.1. Macam macam cara aku dah fikir untuk dapatkan satu untuk diri sendiri. Walaupun bukan keperluan, tapi kehendak, aku masih rasa yang I must have it one someday.

Siap planning nak jual mylappytappy. Lappy tu aku beli pakai duit bonus aku 2 tahun lepas tau. Sebab lappy tu selalunya malas nak bukak. Nak start, nak pasang broadband, nak connect, pastu nak tutup, kena shut down. Malas. Aku malas nak menunggu. Lagipun aku bukak setakat nak bukak FB, main game. Tu je. Bukan ade assignment nak kena buat ke ape ke. Tak perlu nak menaip sangat lah kan.

Selalunya, kalau aku dapat duit bonus, aku akan beli something yang aku boleh ingat.

Contoh 2 tahun lepas, duit bonus aku beli lappy. At least adalah something untuk aku ingat. Kalau tengok lappy tu, aku tau la aku beli pakai duit bonus.

Pastu tahun lepas beli BlackBerry pulak. Hehehehe.. 

Macam biasalah untuk orang gila gadget macam aku ni, aku plan la bonus tahun ni nak beli SGT 10.1. Perkara tu dah pun dikeutarakan ke Encik Tingkerbell. Seperti biasa, Encik Tingkerbell ni suka melenting.

Masa beli lappy pun, die bising. Last2 dia gak pakai lappy tu. Beli BlackBerry tu pun die masih bising gak, tapi belikan jugak untuk aku. And macam biasa la. Nak beli SGT, still bising.

Sampai la satu hari Encik Tingkerbell cakap bos dia pun nak beli SGT jugak untuk anak dia. Tapi bos dia tak reti nak beli kat mana, beli macamana, internet package macamana.

Dipendekkan cerita, Encik Tingkerbell suruh aku belikan je. Yelah, aku dah survey SGT ni lama dah. Lagipun ada kawan bole dapatkan harga murah lagi.

Jumaat 4/11/2011, lunch 2 jam. Aku pun tuju ke tempat yang dituju. Jumpa adik Nana kat sana. Nana tak dapat datang sebab dia keluar ngan kakak dia. Pong pang pong pang, aku angkat satu SGT harga RM1,850. Original set (ada usb connector + charger + headset) + screen protector + Cover + fully installed.

Balik ofis, godek godek siap buat macam SGT sendiri. Siap dah pikir nanti aku nak beli, aku dah tau mana nak dapat murah la bla bla bla. Berangan macam sendiri punya. Tapi tau, pakai sekejap jer. Selasa nak kena pulangkan bagi bos Encik Tingkerbell. Sebab Selasa dah start kerja kan.

Balik rumah, makan malam kat kedai penuh kelkatu dengan Encik Tingkerbell, aku tanya lah. 

"Bila nak pulangkan tab tu kat bos awak? Selasa eh?"

Encik Tingkerbell jawab,

"Awak pakai la dulu sementara ni"

"Laaa.. Apsal pulak? Bos awak pergi mana?"

"Awak pakai jelah tab tu sampai bila bila"

"Hah? Biar betul? Apsal? Tipu ahhhhh"

"Tak caya dah. Awak pun satu dol. Kalau dah orang suruh awak beli sendiri, dah tentu tentu untuk awak punya. Ape lah dol awak ni"

Aku terdiam. Aku dalam hati berbunga cinta.

Panjang lagi conversation kitorang. Tiba tiba Encik Tingkerbell cakap pasal pengorbanan la pulak la ape la. Poyo jek. Konon nak suprise at the same time die bagitau betapa die berkorban nak bagi aku SGT tu. Pergh, mentang mentang Ahad tu terus Hari Raya Korban kan. Buat drama betulla laki aku ni.

Sayang jugak laki aku ni kat aku kan? Dalam marah marah dia, dia belikan jugak untuk aku satu. Padahal aku tak mintak pun. Aku siap cakap nak tunggu bonus bulan 1 nanti. Pakai duit aku sendiri jek.

Betullah cakap orang. Laki mana tak sayang bini kan?

I ♥ you so much, Encik Suami aka Encik Tingkerbell. Thanks for everything.

Thanks again Encik Muhamad Syahbani bin Parun. ☺

Akhirnya Samsung Galaxy Tab 10.1 menjadi milikku jugaaaaaaa! Gembira tak terkata! *lompat lompat*

To Encik Tingkerbell: Walaupun harga SGT ni ribu riban gak, apa yang awak bagi kat orang is PRICELESS. Thanks again. ☺



Ehsan: Website www.samsung.com



p/s: Encik Tingkerbell kata bulan ni dia dah kopak. Siap nak pinjam duit aku lagi. Tu laaa.. Sape suruh main beli jekkkk. Takpe sayang, orang bagi pinjam. Bukan orang lain pun. Suami sendiri. :D

p/s/s: Dengan SGT ni, bole sms. Cuma tak bole buat call jer. Sebab aku masukkan simkad Celcom Berukband dalam slot simkad kat SGT ni. So, aku dapatkan servis internet 3G 24 hours. :D

p/s/s/s: At the same time, aku sms adik aku Ikah konon konon aku secret admirer dia. Dengan sengal sampai sekarang dia tak tau itu aku. Since aku dah post kat sini, KANTOI SUDAAAAA! Hahaha...

p/s/s/s/s: Sorry Ikah! Sebab aku sms ko, ko dah bazirkan kredit ko sms nombor Celcom aku! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday #7 : Comolot

Gambar Rayyan dan Merah comolot di FB telah menimbulkan kontroversi dan pelbagai spekulasi di ruangan komen.