Monday, November 8, 2010

Aku Pelik

Camne la korang-korang semua boleh update blog hari-hari? Sehari update sampai 3-4 kali plak tu.

Korang-korang la.

Sape?

Korang la.

Pelik tul aku. Kat ofis tak kerja ke? Kalau kat rumah, tak de kerja umah nak buat ke?

Sebab aku sangat jealous ok?

Yela, aku kalau boleh hari-hari nak update blog. Tapi kerja banyak menyebabkan masa takde.

And kalau ada masa terluang pun, idea takde pun nak menulis.

Macam kat ofis, dah tentu tentu la aku takde masa nak menaip sebab bos ada. Kalau bos takde pun, still takde masa gak sebab nak kena buat banyak benda lain.

Kalau kat rumah, lagi la hampeh nak tulis blog dengan si kecik Muhamad Rayyan Danish ni. Nak masak pun kadang-kadang kena bangun awal pagi siapkan rencah sebelum Rayyan terjaga tidur. Die dah bangun tidur, kena la mandikan dia. Bagi dia makan pulak. Layan die kejap. Nasib ada baby cot. Kalau tak, habis satu rumah die 'kemas'.

Pas buat susu, tidurkan die yang sangat susah nak tidur, masak pulak. Sebelum tu basuh kain. Dah masak, kain pun dah basuh, jemur pulak kain.

Lepas tu kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, agak-agak dah puas ati baru la makan.

Eh, mandi belum lagi.

Baru la mandi. Pastu Rayyan terjaga, layan Rayyan pulak, bagi Rayyan makan tengahari pulak. Main-main dengan Rayyan.

Adoiii.. Letih betul. Pastu nak hujan, berlari ke luar angkat kain. Pastu kain yang dah kering tu nak lipat pulak. Warghh.. Petang dah menjelma. Bila pulak nak online???

Encik Tingkerbell pulak dah pulang dari kerja. Layan die pulak.

Tengok tv kejap.

Letih, nak tidur kejap.

Weih, bila aku nak update blog?

Malam dah ni.

Bukak laptop jap. Ada masa, Rayyan dah tidur.

Wah, dah bukak. So nak update.

No idea.

Bukak fesbuk jela. Tengok jap boifren no 2, Edward Cullen jap. Dah lepas rindu, ok tutup laptop.

Ishk, kalau cerita pasal kerja kat rumah, seharian tak habis buat kerja.

Salute dan tabik spring kat mak aku sebab berjaya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan hasil kerjanya menakjubkan.

Walaupun mak aku jaga 3 budak kecik (jadi pengasuh) termasuk anak aku, mak aku masih lagi boleh masak tengahari, kemas rumah, buat semua kerja-kerja rumah. Dan rumah mak sangat bersih ok. Jarang nampak habuk.

Ok, berbalik kepada tajuk entri di atas.

Yer, aku pelik.

Kalau kat rumah tak boleh update blog sebab busy dengan kerja rumah aku faham.

Tapi kat ofis?

Takde kerja ke? Bos tak kasi kerja ke? Atau bos kasi kerja, tapi korang tulis blog konon-konon macam kerja?

Aku pun nak kerja kat tempat korang la.

Boleh update blog hari-hari.

Boleh?



xoxo





p/s: Korang tu merujuk kepada sesiapa yang update blog di ofis. Atau sesiapa yang terasa. Eh, ada yang terasa ke? Aku bukan marah, tapi aku jeles je.

p/s/s: Aku update blog ni di ofis. Dan ditaip dalam masa kurang setengah jam. Sepantas kilat. Plus, bos aku belum masuk ofis lagi. Lepas ni terus sambung buat kerja. Okeyh!

2 comments:

  1. salam..

    Jom join baby contest 'ANAKKU'

    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/11/si-manja-bersama-anakku-di-sinar-raudah.html

    ReplyDelete
  2. join sini...
    follow me back..
    http://aiyennk.blogspot.com

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?