Tuesday, June 30, 2009

Agak agak Kau Sempurna Sangat Ke?

Tengah tengah boring ni teringat pulak kisah masa aku kat kampung dulu. Aku rapat dengan sepupu aku Nurul yang sekarang ni tengah kerja kat Kuantan. Masa tu aku form 4 kot, sepupu aku form 2 macam tu la.

Almaklumlah, dulu zaman takde handphone. Public phone la jadi peneman setia. Syiling berkepuk kepuk dalam beg sebab nak bergayut kat public phone.

Biasanya kalau kat kampung, memang aku dengan sepupu aku ni rajin menyelinap keluar rumah lepas tu pergi public phone. Masa zaman ni, kalau opah aku tau, memang bernanah telinga dengar dia membebel. Anak dara keluar rumah malam malam tak elok la, ape la, sume keluar dah.

Lantak, yang penting malam tu kitorang dapat guna public phone.

Hahaha...

Sampai kat public, memang beratur orang. Tapi aku dengan sepupu aku tunggu gak. Sementara menunggu ni, ada la sorang mamat pakai kain pelikat beratur gak nak guna public phone.

Agak agaknya dia tu peramah, pastu boring pulak tu nak beratur, tiba tiba dia tegur.

Agak terkejut gak, dah la tak kenal, tiba tiba ajak sembang. Siap tanya aku sekolah lagi ke, form berapa, amik course ape, dok kat mana. Bla bla bla

Tapi mamat ni banyak sembang ngn aku. Sepupu aku gelak senyum je. Sebab dia agak pemalu orangnya.

Dipendekkan cerita. Sembang punya sembang, langsung tak jadi call sape sape malam tu. Cuma dapat nombor telefon rumah mamat tu. Dia suruh aku call die esok sebab dia nak ajak aku and sepupu aku ke pekan Tapah ajak jalan jalan. Aku kena call dia memandangkan aku takda handphone atau telefon rumah.

Malam tu gak sebelum tidur sembang sembang ngn sepupu aku. Aku tanya. Handsome tak mamat tu? Sepupu aku kata handsome la. Walaupun masa tu malam, muka nampak samar samar, tapi memang nampak handsome. Dah la handsome, belajar bidang architecture, katanya tahun ni last raya kat kampung sebab next year dia sambung belajar kat Australia. Wawawa.. suka la hati aku. Kot kot mamat ni minat kat aku ke. Ok per.

Tak sabar nak kuar esok gi pekan dengan dia.

Esoknya,

Aku dan sepupu suruh pakcik hantar kami pergi pekan. Konon nak beli apa-apa. Balik nanti kami balik sendiri naik bas. Opah macam biasa bising sebab kami bukan tau sangat naik bas kat kampung ni. Tapi aku dengan selamba nya pergi jugak. Pakcik pun tak cakap pape pun.

So kami tunggu kat tempat yang dijanjikan. Oh ya, masa tu aku pinjam handphone abah aku. Yela, masa ni abah ada dua handphone, so satu bagi aku pinjam. Nak ke pekan la katakan. Kot kot ada emergency ke.

So, mamat ni call handphone aku and tanya kami kat mana. Last last kami jumpa kat kfc. Oh ya, dah siang. So nampak muka mamat ni dengan jelas. Oh ya, betul. Sangat handsome. Ingat lagi, baju belang, seluar jeans.

So kami makan kat kfc, then kami jalan jalan sekitar pekan Tapah masuk kedai keluar kedai tengok cenderahati la kejadah semua.

So as a guy, mamat ni lead kami jalan. Dia depan dan kami belakang.

Oh tidak!!!

Mamat ni pengkau!

Alamak! Tak bestnya. Apsal kamu perlu pengkau? Kelakar la dia jalan. (Siap kutuk kutuk kat belakang padahal malam tadi puji puji handsome)

Tapi takpe, aku buat macam biasa. Tak baik kutuk kan?

Petang kami jalan jalan tu, banyak kali gak la mamat ni berani pegang tangan aku, lengan bertemu lengan, cakap pun kadang kadang nak bisik bisik kat telinga. Geli geli geli.

So, dah puas berjalan, kami balik naik bas sama sama. Dia duduk sebelah aku, sepupu aku dok tempat lain.

Cakap dengan aku dalam bas macam bercinta. Geli geleman beb. Aku mana pernah rapat dengan laki sangat tahap macam tu.

Sebelum turun bas, aku bagi no telefon rumah aku kat KL. Dia cakap nanti kat KL dia nak jumpa aku lagi. Dia akan call dulu. Huhuhu...

Hati aku ikutkan dah bunga bunga sebab aku tak pernah rasa camni. Macam best je.

Tapi aku pelik la dengan perangai mamat ni. Masa malam kami sembang kat public phone tu, dia cakap bahasa melayu je semua.

Tiba tang siang, SPEAKING MAT SALEH bagai. Nasib aku memang terror BI. Aku pun tunjuk pandai skipping london gak ngn dia. Hahaha... :þ

Kat KL, seperti yang dijanjikan, dia nak jumpa aku. Kebetulan sepupu aku yang sama pun singgah umah aku kat KL gak, so aku mintak dia temankan aku. Takut beb sorang sorang.

Aku ingat lagi, hari Jumaat. Dia jumpa aku lepas sembahyang Jumaat. Jumpa kat CM.

Then, dia call handphone aku (abah aku - aku pinjam lagi) jumpa kat depan pintu besar. Sepupu aku dengan adik dia tunggu aku kat medan selera sementara kitorang dating. (chewah!)

So dia jumpa aku, first word dia kata, yang aku takkan lupa sampai mati "Apsal pakai baju macam ni? Macam ape je ntah"

Wattefak?!

Baju aku ko kutuk? Siyotnya. Aku sabar. Aku senyum je.

Then jalan jalan sekitar kedai sambil sembang sembang then tiba tiba dia cakap "Apa minah ni pakai baju tu, buruk betul la!"

Wattefak?!

Aku tengok akak tu pakai baju ok je. And kalau tak ok pun, biarla dia pakai baju apa pun. PERLU ke nak kutuk?

Lepas tu, dia cakap lagi. (Minah lain pulak) "Gemoknya dia! Buruk nya!"

Wattefak?!

Jalan kedai depan tu dia cakap lagi. "Eh, buruknya muka dia. Banyak nya jerawat"

Wattefak?!

Siriyesli, aku start annoying dengan mamat ni. Bunga bunga dalam hati aku semua dah gugur berwarna hitam dah. Perasaan aku kat dia, ZERO. Dari suka, jadi menyampah!

Kebetulan aku beli majalah remaja masa tu. Dia nampak, then dia nak baca. So kami duduk kat depan CM. Dia baca. Dia baca. Baca je. Sampai setengah jam. Baca je.

Aku?

Macam orang bodo kat sebelah tak bercakap dengan siapa siapa selama dia membaca.

Hello! Aku yang beli tau!

Habis dia baca, dia nak balik rumah dah. Hah! Bagus, balik. Aku pun tak nak lepak lama lama dah. Boring dengan perangai kau yang annoying tu.

Last word, aku ingat lagi. Dia kata dia akan call aku. Nanti nak jumpa lagi.

Tu kisah 8 tahun lalu. Sampai sekarang dia tak call call aku pun lepas kami jumpa kat CM.

Aku tak kisah, sebab aku dah takde hati pun.

Siriyesli la, masa dia buat perangai annoying dia kutuk kutuk orang sekeliling dia, (termasuk aku pun dia kutuk) dia tak terfikir ke orang lain kutuk dia?

Nak je aku sound "Eiiii.. awak ni kaki pengkau la. Kelakar la awak jalan macam orang cacat. Agak agak bole tak saya panggil awak Si Capik?"

Huh! Kenapa aku tak cakap camtu aa? Ruginya tak sound hari tu.

So far, tiap kali balik kampung aku tak pernah jumpa mamat tu. Entah betul entah tidak dia pergi Australia. Duhhh!! Rasa macam semua perkataan yang dia cakap tu dia tipu kot. Psyco la dia.

Oh ya, sampai sekarang aku tak ingat langsung nama dia walaupun aku pernah minat dia, dulu...





p/s: Tak baik kutuk orang especially yang cacat ke. Diorang tak mintak pun. Tapi kalau dah tau diri sendiri tak sempurna, tak payah nak kutuk orang lain macam la kau tu sempurna sangat. Wattefak la!

p/ss: Encik Tingkerbell pun budak ofis dah panggil dia "Si Capik" Wakakakakakakakaka!!!!!

Friday, June 26, 2009

Kisah Semasa Memandu

Pernah tak korang drive balik kerja naik kereta, penat penat, pastu bukak radio nak dengar lagu yang boleh bagi korang sedap sikit memandu, tapi sakit hati sebab SEMUA radio tengah pasang iklan?

Macam lagu tengah hot sekarang, Love Story ke, Love Magic ke, Bencinta ke, Touch My Hand ke, atau lagu aku tengah suka gila sekarang, The Climb by Miley Cyrus soundtrack dari filem Hannah Montana The Movie.

Montana? Chet, teringat kat pemain bola PKNS. Lari laju macam kuda. Hensem plak tu.

Sambung balik.

Semalam, masa aku balik kerja, iklan iklan iklan saja yang aku dengar kat SEMUA channel radio.

Tak kira la hot ke, era ke, x ke, hitz ke, mix ke, semua tengah pasang iklan. Kalau bukan iklan pun, dengar suara deejay pot pet pot pet mengarut pape ntah. Mengarut itu la, mengarut ini la, contest la, menang juta juta la, hotak korang. Aku nak dengar lagu la!!!

Kalau ada lagu pun, lagu tahape hape ntah. Buat aku lagi sakit hati je. Dok tekan tekan tekan, iklan, pastu iklan, pastu deejay cot cet cot cet, pastu lagu macam cilake, pastu tekan lagi, lagu cina plak kuar, pastu kuar iklan lagik.

Tekan lagi channel lain, berita pulak, yang channel ni pulak info trafik la pulak. Cilake! Bile aku nak dengar lagu?

Aku nak dengar lagu best! Sekarang! Bukan dengar iklan!

Bodo!

Semua perkataan aku keluarkan masa tengah drive.

F word!

Bodo!

P***!

Ba alif ba ya!

Syial!

P******!

S#!+!

Lengkap semua perkataan takde satu pun tertinggal.

Sakitnya hati aku selama beberapa minit sebab cari channel yang tengah pasang lagu sedap sedap.

Last last, aku ambik keputusan. Aku dengar channel 91.5 FM.

Aku diam.


...


...


...


Aku rasa tenang bila sampai rumah.

...

Mendengarkan ayat-ayat suci Al-Quran di IKIM FM.



Tuesday, June 16, 2009

Aku Dah Gemok!

Khamis ni, 18hb Jun aku nak pergi check up doctor lagi. So macamana la progress baby ibu nih? Wahahaha...

Since dari aku belajar kat sekolah dulu, aku memang nak anak aku panggil aku ibu. Mungkin sebab ada sorang cikgu sejarah yang mempengaruhi aku kot. Aku ingat lagi kata kata dia.

"Semua orang boleh jadi emak, tapi tak semua boleh jadi seorang ibu"

Sejak dari hari tu, aku memang berazam nak anak aku panggil aku ibu. Supaya aku bole jadi seorang ibu yang baik. Yela, even kita pun selalu dengar. 'Syurga di bawah tapak kaki ibu.' Tapi jarang la nak dengar 'Syurga di bawah tapak kaki emak/mummy/mama' kan?

Tak boleh bayangkan macamana la aku jadi ibu. Sebab aku ni jenis cepat marah sikit. Dengan adik adik pun mak aku kata aku ni kasar. Yela, dah adik kurang ajar, kakak marah la, tinggi la suara. Mak aku tu lembut sangat dengan anak anak. Sebab tu anak anak pijak kepala. (kot la, sebab itu yang aku rasa) Even En Tingkerbell pun cakap mak aku ni berlembut sangat dengan anak. Tu sebab adik adik aku jadik kasar sket. (termasuk aku, kot) hahahaha...

Oh ya. Sekarang kandungan dah 5 bulan. Dah pandai tendang tendang. Aku cakap kat En Tingkerbell baby tengah main takraw kat dalam ni sebab bapak dia tak dapat main takraw. So anak yang main. Hahaha.. (En Tingkerbell akan bengang bila fikir dia tak dapat main takraw)

Yela, dah la ditimpa malang jatuh masa main takraw beberapa minggu lepas. Sampai lutut lari ke tepi. Wargh, seram tak dapat dibayangkan. Pastu beberapa hari lepas, accident pulak kena langgar ngan kereta. Geram gak la bila dengar En Tingkerbell cerita pasal kereta tuh.

Yela, dah la salah, langgar orang, pastu tak nak mengaku, pastu blah camtu je. Kalo aku pun bengang. Nak dijadikan cerita, En Tingkerbell kejar kete cina pompuan tu. Siap block lagi kete tu supaya kete tu tak gerak. Yang sakit hati nya, cina tu siap langgar lagi En Tingkerbell, lagi tambah sakit la kaki En Tingkerbell. (Dah la lutut dia tu bermasalah)

En Tingkerbell cakap, ada la jugak 2, 3 mamat mamat motor yang nampak siap tolong block lagi kereta tu supaya tak lari. Pompuan cina tu siap langgar gak, pastu lari. Gile babas degil pompuan nih.

So, En Tingkerbell ni yang memang dah dikenali kerana baran dia, siap kejar lagi kete tu walaupun gear dah rosak kemek gile. (Jalan memang jem so senang sikit nak kejar) En Tingkerbell dengan selambanya menggunakan helmet ARC yang gagah tu, terus memecahkan cermin belakang kereta. Memang pecah berderai. So nampak la 3 orang dalam kete tu. Lelaki botak dok kat belakang. Even dah pecah pun, selamba badak gak diorang melarikan diri. Gile tak gile. Nampak sangat takut.

Malam, En Tingkerbell pergi ke Balai Polis Petaling Street buat report. Bawak motor tu sekali sebagai bukti. Tapi tak boleh nak dakwa sebab En Tingkerbell pun salah sebab pecahkan cermin kereta. Tapi ok lagi, sebab pakai helmet, bukan pakai besi.

Begitulah ceritanya. En Tingkerbell balik rumah je lepas accident, die dok dalam bilik meraung sakit. Tengok tangan die, memang luka. Berdarah la gak sebab jatuh. Tapi kalo kena kat aku, aku kata benda ni sikit je. Tak la teruk sangat pun. (Sebab aku ni memang dari dulu lasak sikit) Tapi En Tingkerbell ni kan manja. Sakit sikit pun bagi dia, sakit banyak. Dengan kaki lagi sakit.

So, aku la tolong sapukan minyak kat tangan die (padahal bole buat sendiri) Yela, manja la katakan. Tu pun, tolong gak sapu kat kaki die, (manjanya......... serius manja)

Best gak bila En Tingkerbell manja manja ni. Sebab selama ni dia memang takkan nak bermanja dengan aku. Dah jadi camni baru la nak manja manja.

Ops ops, iklan. Baby tendang tendang ni. Hehehe...

Sambung balik.

Berbalik kepada cerita mula mula tadi, memang aku nak anak aku panggil aku ibu. Tapi bapaknya? Entah. En Tingkerbell tak pernah cakap pun. Nama anak lagi la, tak pernah menjadi satu topik perbualan pun.

Dia cuma pernah pesan, "Nanti awak sediakan list nak beli barang baby, apa yang patut, ape tak. Tengok kat buku tu (Buku Tentang Kehamilan dan Kelahiran)"

Tu pun dia cakap masa baru pregnant 3 bulan. Awal lagi beb. Takkan cepat sangat nak wat list kot.

Tu pun cakap dengan muka selamba, takde la muka excited sangat. Pendek kata la, En Tingkerbell ni poyo sket. Konon la tak nak tunjuk excited dia tu, tapi sebnarnya excited sangat. Hahahaha...

Wah, baby tendang lagi ni.

Best dowh kalo baby tendang. Kadang kadang terkejut gak kalau ada time dia tendang kuat la. Bagi aku, kalau die menendang tu, tanda dia sihat, dia hidup dan bernyawa dalam perut ni. Kan?

So tendangla seberapa banyak pun.

Eh, bagi kawan kawan yang dah lama tak jumpa aku. Aku sertakan gambar masa tengah pregnant ni. Huhu.. Also kenangan aku pregnant kat dalam blog ni.




This pic masa aku pregnant baru 3 bulan. Tu pun dah kira besar. Sebab tambah ngan lemak aku memang buncit. Hehehe...



Ni pulak gambar latest. 5 bulan la ni. Makin gemok kan? Waaaa...

Ramai kata aku dak gemokkkk!! Pipi dah naik, dagu pun dah berlipat. Oh tidak!

Aku pernah tanya En Tingkerbell, kalau aku gemok, macamana? Agak agak awak nak suruh orang kurus tak?

Dia jawab, tak payah. Awak gemok ke, kurus ke, sama je. Orang tak kisah.

Hehehe.. Ikhlas ke sayang???

Tapi sebagai perempuan, kena la jaga jugak. Walaupun husband kata tak kisah, tapi manalah tau kan. As a safety precaution gak.




p/s: Gara gara En Tingkerbell punya helmet digunakan untuk memecahkan cermin, dia beli lagi satu helmet ARC harga RM150+ pastu repair motor lagi. Sekarang duit dia dah penes, aku kena la tolong menolong sedangkan aku pun dah sengkek.

p/ss: Aku kuat makan sekarang ni. Agak agak lusa check up naik brape kilo lagi? Sebab pipi pun naik sangat dah ni.

Friday, June 12, 2009

Roda Tak Impian

Malam tadi, biasalah bersama adik-adik bergurau senda bersuka ria sebelum solat maghrib. (Kitorang memang macam ni, suka lengah lengah solat main main dulu) Abah tak balik lagi, sebab tu boleh lepak lepak lagi. Kalau tak, jangan harap.

So kitorang menconteng kat white board. Main game ala ala roda impian. Aku la master so aku bagi soalan. Aku kan memang terer bab bab main game ni. (Mentang-mentang dah menang besar main Roda Impian TV3, berlagak plak)

Klu: SEBELUM & SELEPAS

_ _ _ _ _ _
_ _ _ _
_ _ _ _ _ _

So adik aku bertiga perempuan tu bergilir gilir mintak huruf masing masing. (Masa ni tak main markah, sebab dah maghrib, tak bole main main gelak gelak sangat)

So sampai la ke huruf yang terakhir jadik camni;

_ _ R M _ N
M A T A
J U L _ N G

Kalo korang, mesti dah dapat jawapan kan? Tiga tiga adik aku sangat sengal sampai tak tau jawapan nih. Aku ulang balik, klu SEBELUM & SELEPAS.

Cis, last last adik aku paling bongsu dapat. Itu pun lepas En Tingkerbell bagi jawapan tersembunyi. Sangat tak adil.

So jawapan yang adik aku beri adalah "Cermin Mata Juling"

Maka aku jerit, "Yeahhhh, betul!!!"

Kemudian Yaya (adik 2nd last) yang dari tadi senyap sunyi tiba tiba bersuara.

"Eh, ade ke?"

Maka kami yang lain lainnya ketawa berdekah dekah termasuk la Mak dan En Tingkerbell.

En Tingkerbell dengan baik hati menerangkan kepada Yaya. "Itukan kategori Sebelum dan Selepas, maknanya Cermin Mata dengan Mata Juling. Bukan Cermin Mata Juling"

Aku terus mengutuk Yaya, "Ko ni kalau masuk Roda Impian betul betul buat malu jela"

Baru dia angguk tanda faham.

Yaya ni memang ada masalah nak faham. Agak lambat sikit. Kami semua memang memahami beliau.





p/s: Kalau betul ada Cermin Mata Juling ni, aku bagi kat kawan aku masa kecik dulu name die Ijan sebab juling sangat. Sampai aku geram aku bole tanya die, "Ko pandang aku ke?" hahaha

p/ss: Bile ntah muka aku nak masuk TV nih. Bulan 7 lambat sangat. Duit pun dapat 2 bulan lepas tayangan. Giler tak best. Lambat, dah sengkek nih. Dapat duit bole beli barang baby. Hihi, lagi 4 bulan ni beb.

Tuesday, June 9, 2009

Kenangan - 1992

Aku dan Wan dah bersiap untuk mengaji di rumah Nek Sah petang itu. Aku dengan baju kurung dan Wan dengan baju melayu. Agak panas jugak la petang ni. Datang satu idea bernas yang tak terhingga. Maka aku luahkan pada Wan, geng terbaik aku masa itu.

"Wan, kita ponteng ngaji nak? Nek Sah tu suka cocok cocok peha ngan lidi la. Tak suka kaklong"

"Jom, nak lepak mana?"

Aku terus mengajak Wan ke belakang kedai Ghaffor. Situ tersorok sikit. Dengan pagar berdaun masa zaman zaman tu. Aku ingat lagi pokok tu ade buah macam ceri kecik kecik kaler merah kalau dah masak. Kalau makan masa tu pun, sedap je rasa. Sekarang tak jumpa dah pokok tu. Mana entah menghilang ditelan zaman.

"Ok, sekarang kita nak tunggu sampai bila?" Wan bertanya. Seakan bertanya kepada bos, kepala segala projek.

Aku pun memberikan idea kepala hotak aku yang sangat bernas lagi.

"Kita kira sampai 100"

Maka kami dengan bersungguh sungguh mengira sehingga seratus.

"Ok, dah 100" kata Wan.

"Kita kira lagi 20 la, banyak sikit" idea bernas aku lagi.

Kami menyambung mengira lagi 20.

"Ok, dah 120 kita kira. Lepas tuh?" Wan tanya lagi. Seakan tidak tahu arah tuju. Mesti nak bertanya kepada bosnya. Aku la tuh.

"Ha dah. Jom kita balik"

Kami pun melangkah kegirangan pulang ke rumah. Projek kali ini berjaya. Ponteng mengaji seakan akan satu projek yang sangat cemerlang. Kami tersenyum gembira.

Sampai di rumah,

"Aik, cepatnye balik?" Mak yang sedang sapu sampah ketika itu kehairanan kami balik agak cepat dari biasa.

"Alaa mak. Tak ramai orang. Kitorang je yang ade mase mengaji tadi" pantas aku menjawab dengan bijak.

"Ooo..." Mak terus sapu sampah. Buat donno saja dengan kami.

Yes! Ini bermakna misi berjaya. Tiada siapa syak apa apa. Bagus.

----------

Setelah bertahun tahun berlalu. Baru aku terfikir. Kenapa 120 saat je? Bukan tu 2 minit je ke? Logik ke dua orang mengaji hanya untuk 2 minit? Dah la aku mengaji Quran, adik aku Muqaddam.

Sah, aku sangat bijak masa darjah satu.