Tuesday, February 24, 2009

New Day, New Life, New Experience

Last 2, 3 days, banyak benda berlaku dalam family aku. Actually not appropriate untuk aku cerita kat sini. Tapi benda benda yang berlaku tu buat aku sedih dengan keadaan sekarang nih. Mungkin next time bile dah ok, dah baik, mungkin aku akan cerita pasal kisah sedih nih.

Baik, tutup cerita itu.

Macam last post, haritu aku dah pergi pun Quarter Final PKNS Idol tuh. Serius buat malu je aku masuk. Dah la nyanyi lagu tinggi. Jangan Pisahkan - Deddy Dores & Mayang Sari.

Malu ar bile kuar suara sumbang aku tuh. Tapi suara En Tingkerbell pulak boleh tahan sedap pulak. Aku ni sepatutnya nyanyi sedap tapi jadi sumbang pulak. Tensi siyott.. Lepas nyanyi tu, memang kepala naik pening sampai aku balik umah. Serius kepala sakit terus. Macam nak pengsan rasa. En Tingkerbell cakap aku fikir sangat. Ishk, mane ade fikir sangat. Biase je..

So, just dapat hadiah tuala, Sijil Penghargaan dan Piala jek. Comel piala. OK gak tak dapat pegi Semi Final sebab Semi Final kena nyanyi 2 lagu. Lagu lama dan lagu tradisional. Gila aku nak nyanyi lagu gitu. Jangan harap...

Malam tadi aku pergi Hospital Pusrawi (panel En Tingkerbell, PKNS). Check doc sebab aku selalu sakit kepala dan pening2. Doc cakap, die akan bagi ubat selepas aku buat pregnancy test.

Duhhhh!

Result????

Ok, sekian terima kasih.





p/s: Aku bernazar nak pakai tudung kalau aku pregnant. Baik kan??

p/s/s: Aku akan start pakai tudung esok.

Thursday, February 12, 2009

Latest Update

First of all, aku sendiri tak tau nak taip ape. Sebab tu aku blur sangat dan tak sempat nak post apa-apa dalam blog ni.

Latest update:

1. 4 Januari yang lepas bersamaan dengan hari Ahad, aku audition Roda Impian kat Kelana Jaya. Mulanya memang tak nak, tambahan aku ni agak kuat nervous and pemalu giler ar. Tup tup, next week dia call, kate aku dapat masuk Roda Impian. Recording 14 Jan 2009 hari Rabu. Aku sorang yang dapat plak tuh. So terpaksa mintak cuti, Encik Tingkerbell pun kena cuti gak bagi sokongan kat isteri die nih walaupun die tak dapat masuk. Hahah..

2. So, pada hari tersebut aku pegi. Dipendekkan cerita aku menang cash RM2,470 dan RM3,000 voucher kecantikan muka dari Kanebo mase bonus round. Okla tu dapat duit kan? Tapi yang tak bestnya, masuk TV bulan 7. Dapat hadiah 2 months later iaitu bulan 9. Lambat betul kan.

Date: 14th Jan 2009, Wed
Venue: Studio Bunyi, Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya


Suasana dalam studio

Game dah nak start, tgh pasang mic, then test suara

Masa Bonus Round tunggu green light dari producer

Gambar lain banyak lagi, tapi malas nak upload, semua aku upload kat facebook. Friendster malasnye nak upload. Tengok lah nanti.

3. 31hb Jan 2009 bersamaan hari Sabtu, malam tu. Ade pra-tonton filem Setem anjuran PKNS. (Tempat kerja Encik Tingkerbell la) Memang best cerita die. So akan keluar wayang dalam bulan 3. Rugi tak tengok wooo.. Pelakon dalam cerita ni, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Que Haidar, Vanida Imran, Isma Yusoof, Bront Palarae, Sathiya, dan ramai lagi.

Bile aku cerita dengan orang, ramai tak tau cerita Setem nih. Lantak pi la. Janji aku dah tengok filem arahan Kabir Baktia ni. Aku bagi 5 bintang. Hahaha...

Artis yang ada malam tu, Rashidi, Vanida, Que Haidar, Linda Jasmine (mesti la ade), Isma Yusoof, Sathiya, Harun Salim Bachik, director Kabir Baktia dan sorang producer pompuan tu sape ntah name die. (sori tak ingat anda)

Gambar tak banyak snap, sebab malu nak tangkap gambar ngan artis. Heheh.. Just kakak ipar dan adik ipar semangat tangkap gambar ngn semua artis yang datang tuh. Mom in law aku pun semangat. Aku dok tepi je tgk. Aku sempat snap satu pic dengan Liza Hanim. Sempat pegang perut die, (amik berkat, hahah) Tapi kat kamera kakak ipar. Tak sempat amik kat die.

Date: 31 Jan 2009, Sat
Venue: De Palma Hotel, Ampang
MAJLIS PRA TONTON FILEM SETEM ANJURAN PKNS

Snap curik curik sebab ramai sangat, lgpun I malu la...

Seriously Vee sangat cantik, memang natural beauty, mekap tak tebal pun. Ape die pakai aa??

Bersama artis, Encik Tingkerbell dan aku juga artis. Hahaha...

4. Bercakap pasal artis kan, memang aku jadi artis pun. Baru teringat. 30hb Jan hari Jumaat, saringan pertama untuk PKNS Idol. Guess what. Aku dengan Encik Tingkerbell masuk tau. Malu nyeerrr..

Aku ni nyanyi pun tunggang langgang macam itik kena sembelih. Nyanyi lagu My Heart tu kire senang sangat sebab tone tak tinggi sangat. Tu pun suara ketar kuar gak. Hahahaha...

Terkujat gak dapat masuk suku akhir. Bile tgk balik, kitorang rangking No 6 dari 30 peserta tau. Gile tak gile? Maybe kitorang ni lain dari yang lain sebab satu-satunya peserta duet suami dan isteri. Peserta lain semua nyanyi single la. Boleh dikatakan kitorang naik pentas je, memang semua tumpu perhatian la. Tak pernah ade rekod suami isteri masuk PKNS Idol sebelum ni. Kire kitorang ni peserta 'favorite' gak la. Hahaha...

So sekarang ni tengah buntu nak cari lagu duet. (Ade idea tak?) Susah la duet ni. Bak kata Encik Tingkerbell, ade sesetengah lagu pakai 1st voice dengan 2nd voice, yang tu susah sikit. Dah la aku punya suara memang tak sedap. Bile tengok balik video, suara aku macam budak-budak la. Daa, malu siyot..

Date: 30th Jan 2009, Fri
Venue: Dewan PKNS, Kelana Jaya

Artis dengan penyokong setia di belakangnya sebelum on stage

Artis jugak, dengan penyokong setia jugak

Artis tanpa suami di sisi kerana sebok merakam nyanyian orang lain dengan kamera digital

Oh ya, lupa pulak. Adik Encik Tingkerbell merangkap adik ipar aku (tudung oren tuh) pun masuk PKNS Idol ni. Most probably dia yang akan menang tempat pertama (dan menang cash RM1,000) masa final nanti sebab nyanyian dia memang superb.

Tak boleh nak cerita lebih nanti die kembang. Dah la kembang tuh.

Anyway, doakan aku berjaya di suku akhir untuk ke separuh akhir pada 20hb Feb ini. Chayok chayokk!!!

5. Last week, 3hb Feb - 5hb Feb 2009, aku terpaksa berada di Awana Resort, Genting sebab ade bengkel untuk projek baru anjuran JKR dan APMM. Aku kena ada sana gak. Mulanya aku tak nak. Tapi bos aku cakap, takpe, ajak skali husband tidur sini, ape lagi. Laju la aku. Hahah.. Part of honeymoon gak since kitorang tak pergi mana-mana honeymoon lagi.

Tapi bukan berjalan sangat pun. Aku kerja kan kat situ. Encik Tingkerbell pun kerja. So malam jela 'belasah'. Hahahah.. Orait la tu. At least ade gak kenangan tidur hotel dengan Encik Tingkerbell...

Pemandangan dari balkoni bilik hotel. Sejuk gile beb.

Pemandangan dari tingkat 22

Encik Tingkerbell takde sebab die pergi kerja. Dia ada waktu malam sahaja. Heheh..

Tu jela kot. Next time aku update lagi. Hihihi...