Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Tuesday, June 21, 2022

My Little Princess - Warda Sephia binti Muhamad Syahbani



Hello hello assalamualaikum semua!

Tetiba harini macam free sket kat ofis. Nak update cerita la.

Fresh from oven.

Umur berapa hari ntah masa ni.

Masa ni kena duduk wad sebab kuning, tido bawah lampu biru 3 malam.

Dah keluar wad, yeay berpantang dengan ibu yeh.

Omey lah iye tu.

Nama diberi.

Warda Sephia binti Muhamad Syahbani

As at today, 21 Jun 2022, Warda dah nak masuk 4 bulan.

Kami letak nama Warda sebab makcik suggest beberapa nama, and encik suami macam berkenan dengan nama ni, jadi kita letak Warda. Sephia tu sebab aku dari dulu memang nak nama anak Sofia. Tapi ramai sangat kawan, sepupu, semua dah letak nama anak Sofia, jadi aku amik nama Sephia la (macam tajuk lagu Sheila On 7, Sephia). Sape sezaman dengan aku memang tau lagi ni famous kot. Zaman aku sekolah weh, akhirnya letak nama anak Sephia. 

Panggilan memang kami panggil Warda. Abang abang pun seronok dah ada adik perempuan. Kadang je aku panggil dia Cik Pia. Alaa cik pia nihhh omey omey nihhhhh (jangan ikut sangat cakap macam baby eh hahaha)

Ni gambar latest.

Alololololo



Lagi 2 bulan dah boleh makan. Ehhh sekejap sangat je rasa. Huhuhu


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Saturday, March 5, 2022

Pengalaman Bersalin Anak Keempat - Part 1



Weh, tajuk tak menahan. Tau tau je dah anak keempat???

Setelah bertahun tak tulis kat sini. Hahahahaha

Dipendekkan cerita, lepas je aku cocok vaksin dose pertama, bulan 6 tahun 2021, aku disahkan pregnant anak ke-4 tanpa disangka sangka. Itu pun check lepas period lambat dah seminggu. Risau aku, berdebar rasa kalau keluar dua line kat UPT. Sekali betul dua line UPT. Rezeki tuhan bagi time PKP. 

Kali ni pregnancy dirahsiakan dari semua kawan-kawan jauh, mahupun sedara sendiri. Tak post gambar perut kat IG, tak bagitau apa apa pun. Yang terdekat je yang tau macam kawan ofis, yang tak tau, memang tak tau langsung.

Bak kata ustaz, sembunyikan kehamilan, hebahkan kelahiran. Haa gitewww..

Back to the story. Aku nak simpan kisah kelahiran anak keempat ni, supaya aku boleh recall balik camne aku bersalin. Sementara kisah masih segar di ingatan.

So here goes...

Minggu ke-38, betul betul jatuh 22.02.2022 hari Selasa. Fuh, kalau la aku bersalin tarikh ni, memang dapat tarikh cantik woooo.. Tapi baby masih sedap dok dalam perut lagi. 

Hari Khamis, 24.02.2022 dah nampak keluar tanda lendir, sikit jela. Tak banyak. Tapi tanda awal dah tu. Masa tu kat ofis, terusla wasap Encik Suami bagitau kalau esok (25.02.2022, Jumaat) nak bersalin, nanti mintak tolong Nabilah la bawak pegi hospital. Sebab 25hb tu Encik Suami ada function dari pagi sampai malam. Encik Suami ok je tapi dah start risau dibuatnye betul betul 25hb tu bersalin, dia takde. Siap call my MIL tanya kalau boleh teman masuk labour room esok. Hahahha padahal baru bagitau ada tanda je. Tak semestinya bersalin esoknye.

Esoknye 25hb Jumaat tu memang dah apply cuti, so duduk rumah je sebab takde kereta nak pegi kerja. Encik Suami dah pakai kereta. Bersalin tak nampak tanda tapi 2, 3 hari ni memang dah tak boleh nak tidur langsung. Sakit pinggang teruk. Tidur kejap kejap pastu terjaga manjang asyik nak kencing je.

Esoknye Sabtu, ada check up, 26.02.2022, kiranya 38w4d la jumpa doc. Ini first time bersalin kat hospital selain Pusrawi. Kali ni kitorang pilih Hospital Wanita dan Kanak-kanak Naluri, Wangsa Maju. Dekat sangat dengan rumah. Dalam 5 minit je naik kereta. Compare dengan Pusrawi amik masa dlm 15 minit. Kalau jalan jem, mau 20 minit ke setengah jam.

Kitorang dapat doktor Jamaliah. Tak kisah la doktor mana pun. Bersalin sama gak, sakit gak kan.

Check up minggu sebelumnya, memang doc cakap kepala baby dah engage. Tunggu masa je. Tapi seminggu dah berlalu, jumpa la balik doc. Kali ni doc nak check bukaan kalau dah bukak. 

Memula scan dulu perut. Doc cakap kepala memang dah kat bawah sangat dah ni. Ketuban ok, semua ok. Baby ni berat dalam 3.2kg nih. Besar.. tapi dah dijangka dah pun sebab 3 anak sebelum ni semua 3kg ke atas. Paling berat Eilman, 3.4kg rasanya.

Tiba masa seluk, urghhh senaknye perut sakit rasa diseluk bawah tu. Doc cakap dah 3cm bukaan. Dah boleh warded dah ni. Nak warded bila doc tanya. Harini ke esok?

Kitorang cakap esok laaa.. Tapi doc insist harini gak sebab tak sempat dah esok kalau 3cm ni. Kitorang ni dah plan nak pegi beli barang la ape la, so doc kata warded 3 petang la boleh ke? Kitorang follow je la doc cakap apa. Doc lagi pakar.

Memandangkan musim Covid-19 ni berleluasa, syarat hospital semua sama. Kena buat RTK test. Kalau negatif baru boleh bersalin normal dan suami boleh teman dalam labour room.

Jadi sebelum kami balik, kami buat RTK kat lobi hospital.

Malangnya, Encik Suami disahkan positif. Result keluar samar samar tapi confirm positif. Encik Suami ni dah gelabah. Semalam baru function, nak teman bini bersalin, dah tak leh.

Doc sarankan aku terus masuk labour room. Tak boleh keluar hospital lagi memandangkan result aku negatif. Encik Suami je kena terus balik rumah kuarantin. Aku dah blur. Ah sudah. Kena beranak terus plak. Sape nak teman dalam labour room nih.

Memula memang Encik Suami call MIL suruh teman aku dalam labour room. Tapi MIL dah kat Shah Alam, kalau gerak balik pun, petang baru sampai. Hospital pulak cakap, kena sampai sini sebelum pukul 1 sebab Covid test sampai pukul 1 je. Ah sudah, blur. Aku pikir jap adik adik aku mana boleh teman. Tiga2 adik tak boleh. Semua ada hal, aku tau.

Last choice mak. Bukan taknak pilih mak first choice tapi takut ada issue sebab mak aku tak vaksin. So aku tanya la staf situ. Kalau tak vaksin takpe ke? Mak saya tak vaksin. Dia jawab boleh je. Asalkan result RTK negatif, tu je.

Terus la aku call mak tanya boleh teman ke tak. Kebetulan adik aku Apis ada, so boleh hantarkan ke hospital secepat mungkin. Masa call tu dalam pukul 11.15am. Aku suruh mak aku siap secepat mungkin, datang sini. Kabut mak aku siap cepat. Dah la aku suruh mak aku singgah umah jap amik beg hospital. (Teruk betul beg hospital tak bawak masuk kete padahal dah tau nak due)

Sementara nak tunggu mak sampai, aku diarahkan untuk naik dan terus admit labour room. Encik Suami diarahkan balik kuarantin segera. Tak sempat nak salam dia ape sume, dah tak boleh pegang dah. Adui time time ni la positif.

So aku follow SN naik level 1, masuk Labour Room, tukar uniform, bukak baju bra spender sume. Pastu dia masukkan ubat untuk buang air besar. Kosongkan perut. Sekejap je dia masukkan ubat, perut aku dah memulas, terus pegi toilet membuang.

Dalam labour room menunggu mak

Lepas tu aku dipasangkan IV kat tangan, dengan CTG untuk check contraction. Sebab memang belum sakit ape lagi, aku sempat la dok main phone, mesej Encik Suami tanya status, baca wasap group. Nampak mak dah sampai kat lobi kul 12.30pm tengah tunggu turn nak buat RTK test. 

Pastu SN datang nak pecahkan ketuban dengan check bukaan. Bukaan baru 4cm gitu. Pastu pecah ketuban punya lama. Sampai 2 orang pecahkan ketuban aku. Dok godek godek bawah tu aku tak tau la dok buat mende lama gila. Tak jumpa ketuban ke? Ada la dalam 10minit gak dia nak pecahkan. Senak toksah cakap laaa..

Nak dekat kul 1 camtu mak aku dah masuk LR, yeayy ada peneman. Peneman ni bukan teman apa sangat pun. Tolong bagi makan, bagi air sebab dahaga, sebab lepas aku dah pasang CTG kat katil tu aku memang dah tak boleh gerak mana dah. Nak duduk tak boleh, ape pun tak boleh. 

Dalam masa sama kul 1pm tu diorang check lagi bukaan. Seluk lagi, katanya dah 4 ke 5cm. Tapi katanya serviks tebal lagi ni. Kepala pun macam jauh lagi. Ah sudah.. Ghisau.. ghisau lambat bersalin. Harap harap ok je nanti. 

Dah 1.30pm camtu aku dah lapar gila weih. Diorang takkan bagi aku makan berat, lagipun nak bersalin dah. So diorang bagi milo 3in1 dengan biskut satu paket untuk alas perut. Jadi la. Sebab aku sarapan awal kul 8.30am kot. Kul 1.30pm tu memang dah tahap lapar nak mampos. Dah la sarapan tak berat sangat. Setakat roti telur satu dengan nasi lemak berapa suap je.

Masa tu contraction dah mula ada, tapi aku rasa aku masih boleh tahan lagi. SN siap tanya dah ada rasa contraction tak? Aku kata ada sikit tapi boleh tahan lagi.

Dia check CTG dia kata contraction ni nampak macam dah kuat. Dalam hati aku, kuat ke? Macam ok lagi je boleh tahan lagi. Wah dasar blagak kan? Hahahaha

Dalam kul 2 lebih diorang check lagi bukaan. Diorang kata dalam 5 nak ke 6cm. Aku pun macam wah, cepatnya. Ok la tu kan. Then diorang tanya samada aku nak amik ubat tahan sakit tak. Kalau amik ubat tahan sakit, cepat sikit la bukaan tu.

Aku ingat lagi kalau amik ubat tahan sakit, contraction tetap rasa sakit. Tapi dalam selang masa contraction hilang tu aku boleh rehat jap la. Tidur ke, lelap kejap ke. Supaya aku dapat tenaga untuk push nanti.

Dalam masa yang sama, contraction memang dah setiap 3 minit, fuh.. Bukan 5 minit dah, 3 minit dah means memang dah kerap sangat nih. Mak aku siap amik video muka aku menahan contraction bapak buruk ahhhh.

Tiap kali contraction hilang, aku mintak air. Dahaga siot. Dengan penat melayan contraction.

Then kul 3pm diorang datang check lagi bukaan. Katanya dah 6 ke 7cm pulak. Ha sejam 1cm la maknanya. Sakit bukan kepalang. Toksah tanya la sakit ke tak ke, dia punya sakit memang sampai ke pinggang menurun ke peha. Dah la tak boleh gerak mana mana. Mampu ke aku bertahan? Fuh fuh fuh aku control nafas aku. Mak aku dok la suruh selawat ape semua. Aku ni dah baca macam macam. Ayat nabi yunus tu pun dah berkali ulang, tapi kalau dah sakit kan...

Ubat tahan sakit tu banyak membantu sebenarnya. Contraction hilang, sakit pun hilang. Memang lega. Kalau aku tak amik ubat tahan sakit tu, maybe aku masih sakit walau contraction takde sebab sakit benda benda lain, macam sakit pinggang, sakit peha, sakit tangan. 

Pukul 4pm pulak, datang lagi diorang seluk check bukaan. Aku macam dah trauma bila kata nak seluk, sebab time seluk tu memang sakit weih. Aku tak tau laa apsal tapi senak sebu semua rasa.

Tapi kali ni yang seluk orang lain. Aku tak pasti siapa tapi dia kata sorry harini dia ada training tak sempat tukar uniform. Dia pakai baju hitam je. Tak tau la bidan ke SN yang senior ke, MO ke entah aku tak tau. Tapi nampak macam banyak pengalaman sket la.

Dia kata dia nak check bukaan. Dia seluk then dia kata kat kawan dia (orang yang seluk sebelum ni) "Ni baru 6cm laaa"

Aku macam what? Tadi sebelum ni pukul 3pm seluk kata 6 ke 7cm, tetiba sejam kemudian kata baru 6cm sebenarnya. Ahhh aku dah frust. Aku siap cakap kat mak, "alaa dah kul 4 baru 6cm ke mak.. Ni mau bersalin lambat lagi ni. Maghrib agaknya."

Tapi SN tadi (aku anggap SN senior la kot) masa dia seluk tu serius sumpah sakit. Sebab dia macam godek godek korek korek bawah aku tu. Aku siap cakap "Aduhhh sakittt sakitttt." Dia kata, "takpe, tahan je. Saya nak tolong awak ni bagi bukaan cepat sikit bukak."

Ada la dia godek dalam berapa minit, pastu ok dia stop. Baru lega, tapi sakit tetap sakit. Contraction masih tak benti benti.

Tapi aku perasan, lepas je dia godek godek tu, contraction jadi double teruk. Lagi sakit dari sebelum ni. Kalau sebelum ni aku boleh la tahan lagi, tapi kali ni aku memang tak boleh tahan. Sakit sampai aku raup muka aku berkali kali siap rasa macam nak tampar muka sendiri je"

And memang rasa macam dah start nak berak dah. CTG aku pun aku rasa dah stat bunyi beep beep kerap. Kuat sangat ke contraction? 

Sampai SN senior tu tanya aku, "ada rasa nak berak tak?"

Aku jawab, "ada la sikit."

SN senior kata, "OK, saya nak check bukaan."

Aku kata, "Eh ni baru 4.30 petang, tadi kul 4 petang kata baru 6cm kan. Takkan nak seluk lagi"

Aku ni seram sebenarnya bila dia seluk sebab sakit weih.. Aku tak mampooooo tahan sakit tu...

SN senior tu kata, "Takpe, saya nak check je"

Then, dia kata sesuatu yang buat aku ngan mak aku terkejut.






Dia kata apa? Apa yang seram sangat tu?

Bersambung, Part 2. Hehehehehe..     




Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, July 13, 2021

Something New Is Coming!

Was wondering if there's anyone reading blogs nowadays. Sigh.

Well, PKPD 2 minggu dari 2 Julai - 16 Julai 2021 (2 minggu) ni, memang kena WFH. So dah seminggu tak masuk ofis. Kerja tak jalan sebab mostly kerja kena masuk ofis, more to documentation.

Kalau kerja boleh online, senang. Tapi tak semua la, so most of the time memang layan anak-anak PDPR. 2 komputer, 1 laptop. Imagine the electric bill! Double than usual. And kadang-kadang je selit guna komputer bila anak-anak takde GM. 

Nasib bos sekarang dah pandai sign digital so takde la kata aku tak buat apa kat umah. Still buat kerja, issue out memos, update calendar, remind boss to pay his bills, (which dia masih hutang aku duit ni tapi nak mintak kang, tak masuk ofis lagi, document sume kat ofis).

Well, that's not the point.

I got something new to share but not now. Definitely something new! Oh my. this new thing is actually going to change part of my life. Like, seriously.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, September 10, 2020

Kisah AskBenJr #3 : Dah Tua




Dalam rumah. Aku tengah baring-baring sambil layan phone. Tak sengaja baju terselak kat perut.

Syauqie nampak perut aku (yang berlemak dan berstretch mark ni) then dia tegur.




"Ibu, kenapa perut ibu dah tua?"




Aku tak tau nak cakap apa dah. 😢



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, October 16, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga - Part 2




Sambungan dari Part 1.

Then, bidan masuk. Dia pun seluk la bukaan. Kebetulan Encik Tingkerbell pun masuk. Selalu kalau doktor atau bidan seluk, rasa senak sket. Ni aku takde rasa pape dah. Macam tak seluk pun ada.

Dan terus bidan bersuara.

"Dah bukak 9 cm ni."

Aku macam, "Hah? Patutlah rasa macam nak berak sangat dah ni."

Then bidan kata, "Jangan teran lagi. Doktor belum sampai. Sebab doktor Habibah bercuti, so kena tunggu doctor on-call."

Aku tanya, "Siapa doctor on-call?"

"Dr. Asmah"

Ooo.. Aku tau la siapa doktor ni, cuma tak pernah dapat consultation dari dia je. Sebab selama ni semua Doktor Habibah je. Dari Rayyan ngan Syauqie lagi.

Aku tanya doktor Asmah dok mana? Bidan cakap die dok Bukit Antarabangsa.

Aku pun kata la aku pun dari tempat yang sama tadi. Tapi kat Ukay Perdana.

Then aku cakap kat Encik Tingkerbell, "Nak tunggu doktor sampai, mau lagi setengah jam ni." Sebab masa tu dah 10.30 malam dah.

Bidan cakap, aku kena amik gas tahan sakit. Sebab aku memang betul betul nak bersalin dah ni. Cuma tunggu doktor sampai je. Gas tahan sakit ni bukan hilangkan rasa sakit pun. Cuma bidan bagitau aku, amik gas tu supaya elakkan aku dari meneran. Kang aku rasa sakit, aku meneran kang, rahim koyak tak cantik pulak. At least kalau doktor ade, doktor boleh gunting sikit.

Perghh.. Ayat bidan cakap main gunting gunting bawah aku ni macam rilek takde pape je. Hahahahaha.. Then bidan terus prepare siap siap alatan untuk aku bersalin. Pakaikan aku sarung kaki la, macam macam la yang aku tak nampak.

Okey yang tak boleh blah tu, Encik Tingkerbell ni, dah tau bukaan aku dah 9 cm, anytime dah bole nak bersalin dah, die bole cakap die nak keluar jap beli air. Ishkkk.. Nampak seperti melarikan diri tuh.

Contraction memang makin lama makin kuat. Makin lama makin sakit. Gas yang aku malas nak sedut tu pun (malas sedut sebab nanti aku jadi mamai) aku sedut sekuat hati. Contraction hilang je, mula la aku mamai. Mata tak bole nak bukak.

Then, doktor sampai. Alhamdulillahhhh.. Lega sangat doktor dah sampai. Doktor sampai dan dia check tengok aku. Dia tengok bibir ngan mata aku, dia suruh drip air. Dia tanya, tak minum air ke? Aku cakap minum sikit. Takpela, drip air. Takut dehydrated.

Pastu doktor check bawah plak, terus dia kata, "Ha dah boleh dah ni. Eh, suami manaa??"

Aku cakap la dia keluar jap. Ada kat luar. Boleh tak tolong panggil dia? Then ada nurse sorang keluar nak panggil laki aku nih. Rupanya laki aku takde kat luar. Terpaksa aku mintak tolong doktor amik henpon aku dalam beg. Doktor siap cakap sori sebab dia kena bukak beg aku semata nak amik henpon. Tak pasal pasal doktor cakap sori.

Sementara menunggu laki aku yang hilang ntah ke mana, doktor pecahkan ketuban.

*splash* (bunyi efek macam ala ala belon air meletup)

Air ketuban aku merecik ke baju doktor! Meletup ke hape. Nampak sangat membuak buak nak meletup ni. Haa betulla kata orang yang selalu tanya aku macam "Bila nak meletup ni?"

Ha amik ko memang meletup air ketuban aku.

Tergelak gelak doktor ngan bidan berdua. Sebab aku nampak kot air tu percik ke dia. Memang doktor dah pakai apron siap siap tapi kena gak kat lengan baju dia tu. Aku cakap sorry doktor. Doktor kata takpe takpe sambil gelak gelak. Bukan aku boleh control pun air ketuban aku kan.

Sakit contraction dah sampai, patutnya aku dah bole teran dah ni. Tapi doktor suruh tunggu laki aku. Ya ampun, mane la laki aku ni hilang. Contraction hilang, baru la laki aku sampai.

Sekarang sume dah ready, tunggu masa contraction sampai je baru aku boleh teran.

Tak lama je lepas tu, contraction datang, amik nafas 2, 3 saat dan terus aku push sekuat hati aku dan selama mana yang boleh. Sambil doktor cakap, "Haaaa pandai awak teran, sikit lagi sikit lagi."

Dan terus baby keluar. Sekali push je wei! Perghhh.. Memang nak keluar sangat nih. Hanya sekali push.

Tepat jam 11 malam, malam raya, 4 Oktober 2014, Aku dengar baby nangis. Sekejap je dia nangis tu. Laki aku kat seblah berulang ulang cakap Alhamdulillah. Aku juga. Yup, baby boy lagi. 3 hero dah aku dapat nih.

Dah settle baby, tali pusat dah potong, dah sedut lendir bawak keluar, baby yang hot dari oven diletakkan atas dada aku biar dia rasa badan ibu dia. Sambil tu doktor jahit 'bawah' aku ni. Terasa ngilu benang. Tak sakit sebab dah bius, tapi rase cam ngilu je bila benang tu ditarik.

Alhamdulillah, selamat semua. Mata aku pun segar lagi. Yela, dah puas makan kan. Tenaga still ada lagi. Sementara doktor dok jahit bawah tu, aku sembang sembang ngan Encik Tingkerbell.

Aku: Tadi pergi mana? Hilang pulak.

ET: Pergi Petronas sebelah. Beli air cincau. Dahaga. Kedai bawah semua dah tutup.

Aku: Tak pasal pasal doktor amik henpon orang dalam beg suruh call awak masuk labour room cepat.

ET: Alaa.. Tadi hospital ada call gak, suruh masuk labour room cepat. Isteri nak bersalin.

Aku: Haa kan.. tak pasal pasal hospital pun call. Ke nak melarikan diri sebenarnya?? Hahahaha

ET: Ishk, mane ade. Dahaga la. Rasa nak muntah sebab tadi makan kelam kabut. Orang mane bole makan kelam kabut nanti nak terkeluar balik.

Aku: Tau tak tadi sebnarnya dah boleh teran dah. Tapi doktor suruh tunggu suami gak.

ET: Tau. Tadi kan orang lalu kat blakang doktor. Nampak dah kepala baby. Eeeiii...

Aku: Eh, yeke? Crowning eh? Dah crowning la tu. (Sila google birth crowning kalau tak paham terms ni)

ET: Entah. Eh jangan cerita la. Geli la. Rasa nak muntah ni. Eeeeiii

Aku: Alaaa.. patut amik gambar je. Nak gak tengok camne.

ET: Mane boleh amik gambar la. Eeeiii.. geli.

Aku: Hahahaha..

Sempat gak la bergelak gelak lepas beranak. Lepas doktor habis kerja, bidan plak dok buat kerja dia. Aku pun tak tau dia buat apa. Then, bidan cakap dah boleh azan dan iqamat baby. Lepas tu boleh susukan badan terus.

Pelik gak, sebab selalunya susukan baby lepas baby dah siap mandi, dah bedung baby siap siap. Tapi this time, fresh fresh camtu terus susukan. Pastu dok tunggu tunggu, sampai pukul 1 pagi baby tak mandi lagi.

Aku think positif je. Tak cukup staff, lagipun aku dengar bunyi CTG bilik sebelah kuat gila. Maybe ade patient lain tengah operation ke ape ke. Lagipun malam raya. Siapa nak kerja kan?

Masa aku bersalin pun ada 2 orang je. Doktor ngan bidan. Masa Rayyan dan Syauqie dulu, meriah labour room. Sume sorak sorak bagai.

Dipendekkan cerita, aku dipindahkan masuk ke wad post natal kat tingkat 6, dalam pukul 2 pagi. Kesian kat laki aku sebab dia dah ngantuk gila sebnarnya. Dah la aku dok merengek rengek lapar la nak makan la ape la. Padahal dah melantak banyak nasi himpit tu. Lupe plak. Lepas beranak confirm lapar. Huhuhu

Tetiba rasa dejavu lagi. Katil ni pun katil sama aku dok masa lepas beranak Syauqie tahun lepas. Hahahaha.. Banyak jodoh ngan no 4 nih. No IC baby nanti confirm 141004-14-XXXX.


Katil tahun lepas, 2013, bersalin Syauqie dengan Doktor Habibah.

Katil sama tahun ni, dengan Dr. Asmah Yun.

Papehal pun, selamat datang ke dunia ni sayang.

Muhamad Eilman Adha Bin Muhamad Syahbani.

Gambar baby? Nanti nanti lah okey. :)



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, October 15, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga - Part 1




Wow! Rasa macam baru je taip entri pasal pengalaman bersalin baby nombor 2. Dah nak taip pasal baby nombor 3. Pejam celik pejam celik, dah setahun. Dah 3 anak. Perghh! How time flies.

Boleh refer previous post pasal pengalaman bersalin kat sini.

Pengalaman baby first, Muhamad Rayyan Danish.

Baby second, Muhamad Syauqie Naeem - Part 1 dan Part 2.

Betullah orang cakap. Lain anak, lain pengalaman,

Dan anak ketiga ni adalah pengalaman bersalin paling singkat antara ketiga tiga anak. Tapi saje je nak buat Part 1 ngan Part 2 biar panjang sket cerita. Hahahaha.. Saspen sket.

Due date bersalin sebenarnya 13hb Oktober 2014 (Due date adalah pregnant pada minggu ke-40). Tapi seksa sakit perut, tak larat jalan bawak perut, semput, sakit kaki, sakit ari ari, dari pregnant minggu ke-36 dah rasa. (Minggu ke-37 baby dah matang, so dah boleh bersalin anytime).

Rasa macam nak bersalin je terus tapi baby tak nak keluar lagi. Nak buat camne. Doktor cuma cakap, banyakkan berjalan supaya mudah bersalin. Beriya iya aku berjalan jalan kat opis siap naik tangga supaya cepat sket aku bersalin.

Check up pregnant minggu ke-38 pun still baby tak mo keluar lagi. Tapi kepala baby dah engage. So doktor cakap, just tunggu jela masa. Sakit kuat je datang la hospital.

Yang aku tau, kalau dah keluar lendir, memang nak dekat dah bersalin. Tapi lendir pun takde ape pun takde langsung. Macam Syauqie, 5 hari sebelum bersalin, lendir dah keluar dah. So dah boleh waspada dah masa tu. Tapi yang ni memang satu hape pun takde tanda. Setakat discharge keputihan sket sket ade la. Tapi tu normal je lah kan.

Sampai la hari Sabtu, 4 Oktober 2014. Aku sebenarnya belum beli lagi keperluan berpantang. Memandangkan Sabtu cuti, aku ajak gak Encik Tingkerbell jalan jalan pi beli barang pantang. Lagipun aku memang nak berjalan banyak. Biarla semput ke letih ke, janji aku banyak berjalan.

So kami pergi Giant Taman Permata cari kat situ je. Lagipun Encik Tingkerbell nak potong rambut dia dengan Rayyan. Sementara menunggu Encik Tingkerbell, aku dok melayan Syauqie tu. Boleh tahan meragam. Sampai semput aku melayan dia. Encik Tingkerbell sedap sedap potong rambut siap cuci rambut tu yang aku hangin tu. Patut la lama!

So lepas tu kami jalan jalan jap kat Giant beli selipar Syauqie, mitten and booties untuk newborn baby nanti, lepas tu baru beli barang set bersalin. Aku pulak memang tak lalu dah nak jalan, decide nak balik je. Tapi Encik Tingkerbell nak singgah jap umah umi dia. Tapi bila call, umi cakap umi puasa arafah plak. So kami singgah rumah umi malam jela. Beli KFC siap siap, tapau, balik makan kat umah sudaaaa...

Lepas Maghrib, kami terus siap pergi umah my mom in law, umah umi. Dari 7.30 malam, aku dah start sakit. Tapi rasa pelik sebab selalunya aku sakit (braxton hicks), sakit perut menegang je. Tapi kali ni aku rasa sakit tu datang dari pinggang, membawak ke perut, membawak ke bawah. Memang sakit, tapi aku kan kuat. (Sempat lagi bangga diri) Tahan je sakit. Sambil tu, kira gak bape minit datang sakit.

Mula mula sakit datang dalam 10 minit. Tapi masa nak naik lif pergi umah umi ni, rasa sakit macam kuat pulak. Aku siap berhenti jalan sebab sakit. Masuk umah umi pun aku boleh stop kat pintu kejap sebab sakit datang.

Kul 8 malam sampai umah umi, aku kira plak sakit datang dalam 5 minit! Serius, dalam 5 minit. Sakit kuat sampai aku tak dengar ape umi ngan kakak ipar cakap kat aku. Sakit ade la berpanjangan dalam 20 ke 30 saat.

Yang Encik Tingkerbell plak turun kat dobi self service kat bawah apartment umi tu nak cuci toto malam tu gak. Yelah encik suami oi.

Memandangkan malam tu malam raya, memang kakak ipar dah masak siap siap dah nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, kuah lodeh semua. Aku pulak masa tu memang dah menunjukkan tanda macam sakit nak beranak. Sebab kakak ipar aku tengok aku lain macam. Dia siap tanya, "Sakit nak beranak ke As?"

Aku jawab, "Agaknye kot. Sakit boleh tahan kuat ni. Tapi tak tau la pulak. Kot kot false alarm ke"

Umi pulak tanya, "Ada tanda pape tak?"

Aku kata, "Takde langsung. Darah takde, kuar lendir takde. Tu yang tak sure tu."

Aku pergi toilet sampai dua tiga kali sebab rasa macam nak berak. Tapi bila pi toilet duduk, takde rasa plak nak berak.

Aku memang dah pikir, kalau betul aku nak beranak malam ni, baik aku makan banyak banyak. Esok raya dah, kempunan aku nak makan nasi himpit kuah kacang my feberet.

So aku cakap, aku nak makan dulu la. Takut beranak plak malam ni. Lagipun kalau betul beranak, memang kena makan siap siap. Biar ada tenaga nak meneran nanti. Encik Tingkerbell lantak dia la. Sebok benor ngan toto dia nak basuh sangat tu.

Tengah makan, sakit datang. Makan je, sakit datang. Kak ipar la tolong monitor check sakit datang bape minit. Memang konsisten sakit datang 5 minit sekali. Kak ipar pun kata, macam betul je ni nak bersalin. Masa tu dah pukul 8.40 malam dah. Encik Tingkerbell masih lagi ngan toto dia. Aku pulak masih lagi melantak selagi boleh. Melantak gak dalam dok tahan tahan sakit tu.

Sakit dah makin kuat. Dah kul 8.50 malam dah ni tapi Encik Tingkerbell tak naik naik lagi. Umi, abah, kak ipar sume dah risau. Siap wassap Encik Tingkerbell suruh naik bawak aku pergi hospital sekarang.

Tau Encik Tingkerbell reply apa?

Dia kata, "Ada lagi 15 minit ni, nak keringkan toto. Lagipun abang tak makan lagi ni. Lapar gila."

Umi terus call Encik Tingkerbell suruh tinggalkan je toto tu. Naik atas makan cepat, bawak aku pegi hospital segera. Toto tu suruh Wanie (Adik ipar) yang tolong jagakan.

So, Wanie pun turun la bawah. Dia plak jaga toto. Encik Tingkerbell terus naik nak makan. Lapar katanya.

Encik Tingkerbell tanya aku, "Sakit nak beranak dah ke?"

Aku kata, "Entah. Tapi rasa macam nak berak pun ade ni."

Dia boleh jawab, "Ha pi berak dulu."

Ha yelaa.. Dibuatnya aku terberanak terus masa teran kan naya. Nampak sangat tak tau pape.

Dalam 9.20 malam Encik Tingkerbell selesai makan. Wanie pun dah naik atas bawak toto. Terus bentang toto, Rayyan ngan Syauqie gembira la sebab kenal toto tu toto diorang slalu tido. Maka, kami amik kesempatan tinggalkan diorang kat umah umi sebab nak gegas pergi hospital.

Rayyan okey lagi tinggalkan dia sebab dah biasa. Syauqie tu first time. Memang kami keluar senyap senyap.

Encik Tingkerbell dok la pimpin aku pergi lif, pergi ke kereta sebab aku memang dah sakit sangat dah rasa. Bila tengah tak sakit, sempat la aku wassap kat group family aku and geng besfren sekolah pasal aku nak pi hospital.

Group adik beradik aku.

Group besfren aku.

Oh yer, sebenarnya 5 Oktober besday adik bongsu aku. Kalau aku beranak 5hb dah serentak la beranak hari raya dan sama besday ngan adik aku.

And my besfren Wanie dah bersalin hari yang sama 4 Oktober tapi dalam pukul 2.30 petang.

Ok sambung balik cerita.

Dalam kereta on the way nak ke hospital tu, time sakit tu memang habis aku grab peha laki aku kuat kuat. Aku rasa memang kuat gila la aku pegang peha Encik Tingkerbell masa tu. Entah entah merah merah peha dia. Tapi dia tahan je kot sebab dia senyap je dalam kereta.

Dalam 9.45 malam sampai dah kat depan hospital bahagian emergency. Encik Tingkerbell keluar kereta pastu cakap ape ntah ngan front counter tu, pastu aku nampak semua. Yer, semua orang yang ade kat hall emergency tu toleh kat kereta aku, pandang aku. Semacam.

Erk, kuat sangat ke laki aku ni cakap? Sampai sume orang pandang aku.

Pastu staff nurse datang bawak wheel chair. Time nak pindah dari kereta dok kat wheel chair tu, dan dan la datang plak contraction. Benti la kejap bagi laluan kepada contraction. Hahahaha..

Encik Tingkerbell pergi park kereta, aku pulak ditolak masuk naik ke tingkat 4, wad bersalin. Staff situ cakap, nanti diorang inform laki aku nak kena pergi tingkat berapa, wad berapa.

So aku dimasukkan ke labour room no 4. Tiba tiba rasa cam dejavu. Hahaha.. Rupanya masa bersalin Syauqie dulu pun kat labour room yang sama ni. Memang no 4 jugak. Jodoh ngan bilik labour room no 4 nih. Hahahaha..

Aku diberikan sepersalinan baju hospital, kena tukar, and pergi kencing siap siap. Pastu aku baring kat katil sebab nurse nak pasang CTG nak tengok contraction aku kuat mana.

Ade la soalan dia tanya. Agak banyak la. Ni anak ke berapa. Start sakit kuat dari pukul berapa, ada keluar tanda tanda lain tak.

So CTG dipasang, sambil dia dok explain kat aku rules kat dalam labour room yang aku rasa rules tu semua aku ingat lagi. Sebab benda sama dia ulang kat aku masa aku nak bersalin Syauqie dulu.

Then masa contraction datang, nurse tengok, and dia kata, "Hmmm.. contraction ni kuat ni. Nanti saya mintak bidan check berapa bukaan takut dah bukak besar. Lagipun ni dah anak nombor 3 kan. Mane tau awal."

Aku pun okey jela. Aku punye berharap agak bukaan dah 5, 6 cm. Biar cepat sket aku nak bersalin ni. Dah tak tahan sangat rasa sakit.

Then, bidan masuk. Dia pun seluk la bukaan. Kebetulan Encik Tingkerbell pun masuk. Selalu kalau doktor atau bidan seluk, rasa senak sket. Ni aku takde rasa pape dah. Macam tak seluk pun ada.

Dan terus bidan bersuara.

.

.

.

.

.

.

.

.


Bersambung Part 2.


Apakah yang bidan katakan? Hahahahaha.. Tunggu sambungan Part 2 okeh.

Jeng jeng jeng...



p/s: Saje kasi saspen.

p/s/s: Saspen lah sangat! Puuuuiiii!

p/s/s/s: Dah kata saje nak buat panjang sket cerita kan? Hahahaha



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Saturday, October 11, 2014

I'm Officially Mom of 3 :)



Assalamualaikum...

Wah.. Lama tak menulis kat sini. Mentang mentang kat opis banyak link kena block, so banyak website tak bole bukak, maka memang senyap la blog aku ni.

Guess what. Aku kat rumah mak ni bercuti selama 60 hari. Ape lagi. Maternity leave laa weeii..

Baby malam raya. Selamat bersalin 4 Oktober 2014 jam 11 malam secara normal dan dapat baby boy (lagi??) seberat 3.41 kg.

Secara rasminya aku dah jadi ibu beranak 3 dah. Well, 3 before 30 orang kata kan. (Sebab sekarang ni 29 dah umur).

Nanti next entry aku cerita saat saat dan detik cemas melahirkan anak no 3 ni.

Nama? Mesti lah ada kaitan ngan raya aidiladha sebab baby malam raya lah kata kannn...


Instagram: askniealias


Wait for my next entry!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, June 17, 2014

Kesian Rayyan... - Part III




Sambungan dari Part I and Part II.

6 Jun 2014 (Jumaat)

10 malam - Seperti yang doktor suruh, kami pergi ke Hospital Pusrawi selepas 24 jam amik darah yang pertama kali tu. Sebelum tu platelet 179.

So, amik darah lagi malam ni. Nak tengok platelet berapa. Tapi Rayyan dah tak demam tau. Cuma badan lemah. Suhu badan pun 36°c je masa check. So rasa macam ok kot. Cuma lemah, and mata sembab sebab asyik tido sepanjang hari.

Rayyan budak kuat. Masa amik darah kat lengan hari Khamis malam, dia tak nangis. Hari kedua amik darah pun dia tak nangis. Memang dia tahan diri dari nangis. Sakit tauuu..

Lepas bape minit tunggu, doktor panggil masuk bilik and bagitau result darah.

Platelet dah turun jadi 150 lebih. Tak ingat la berapa. Tapi doktor kata, memang kena tahan wad. Saspek denggi ni. Aku kata la, dia tak demam pun. 

Pastu doktor cerita.

Yer, dia memang tak demam. Denggi memang macam tu. Mula mula demam, lama lama badan jadi suhu normal. Tapi badan dia lemah. Nampak je sihat, tapi sel darah dalam tu semua dah pecah. Sebab tu dia akan lemah je walaupun suhu dah normal.

Memang Rayyan lemah semacam pun. Tak larat sangat muka dia.

Penyelesaiannya, cuma banyakkan minum air, banyakkan makan, atau masuk hospital, drip air dalam badan untuk recover balik sel sel darah yang dah pecah tu.

Doktor cakap something yang buat aku tersentak. "Sebab tu banyak kes mati denggi, diorang tak sedar diorang denggi. Diorang pergi kerja jugak sebab kata, dah tak demam. Badan dah ok. Padahal tak tau, sel sel darah dalam badan semua dah pecah"

Aku pun ape lagi. Takpe la doktor, masuk jela wad. Terpaksa la, sebelum apa apa jadi.

Then, kami dibawa ke wad temporary sementara menunggu katil kat bilik atas.

Drip air.

Ngeri. Aku pernah rasa. Sakit sangat. Tak tau macamana Rayyan boleh tahan diri dari sakit. Dah la nurse salah cucuk masa first time. 2nd time, okey dah betul masuk drip tu. Tapi Rayyan tahan sakit masa nurse cucuk tangan dia. Dia tak nangis pun.

Cuma dia berdesah resah gelisah jela. Aku pujuk dia suruh tidur je. Tahan je sakit. Nanti ibu ayah bawak gi jalan jalan k.

Encik Tingkerbell sementara tu balik jap rumah. Amik kelengkapan untuk aku tidur hospital temankan Rayyan. Susu Rayyan, pampers, baju aku, baju dia, tuala, ubat gigi, berus gigi. Yela, nak 'menginap' kat hospital kan.


Sebelum drip. Muka resah gelisah.

Dah drip. Aku suruh tidur. Dia tidur. 

Masa Rayyan tidur ni aku dah nangis nangis dah. Teringat Syauqie kena tinggal kat rumah pun yer, terkenangkan kes Rayyan kena demam tarik masa 3 tahun lepas, teringatkan betapa Rayyan sakit sangat. Memang menitis nitis la air mata ibunya ni ha...


10.45 malam, drip air.

Dalam kul 11 lebih nak dekat kul 12 baru kami dapat katil sendiri. Duduk kat wad kanak kanak, Wad Ar Raihan, Tingkat 6, Bilik No. 11, Katil No. 3.

4 bedded je panel mampu tanggung. Nasib ade panel laki aku ni ha.

Dr. Kamaruddin. Doktor yang rawat Rayyan dari lahir lagi.

Tidur keletihan. 

7 Jun 2014 (Sabtu)

Bangun pagi pun sememeh je muka. Sedih la konon. Dalam kul 10 pagi, nurse datang amik darah. 


Ceria sebab belum amik darah lagi ni.

Nurse datang, amik darah. Cocok jari hantu tangan kanan, then picit picit jari sampai cukup kuantiti darah yang dia nak. Sekali lagi Rayyan tak nangis pun. Macam biasa la, berdesah gelisah jela.

Result darah, platelet turun lagi. Jadi 126. Risau gak. Apsal makin turun ni. Ingatkan masuk air, makin lama makin naik. Tapi makin turun pulak. Risauuuuu..


8 Jun 2014 (Ahad)

Pagi Ahad nurse amik darah awal sangat. Time tengah tidur. Kul 6 pagi kot. Nurse cocok jari manis tangan kanan plak. Kali ni Rayyan memang menangis. Sebab kacau tidur. Pastu tak tahan sakit. Yela, pagi pagi kot amik darah. Menangis kuat gila.

Habis amik darah, terus tidur balik.

Doktor datang pagi dalam kul 11, bagitau result. Platelet turun lagi jadi 92. Ishkkk.. lagi risau. Makin turun plak. Air dah masuk berbotol botol ni.


Tidur petang, mengigau sambil gelak gelak. Okey, memang kelakar.

9 Jun 2014 (Isnin)

Rindu tak tertahan dengan anak no 2, Syauqie ni. Request Encik Tingkerbell suruh bawak gak Syauqie nanti masa datang pagi ni. Yela, anak kot. Satu hari tak jumpa pun dah rindu gila. Setakat video call je tak puas. Dah la Syauqie ni jenis tak minat nak tengok henpon sangat.

Pagi ni gak nurse sekali lagi amik darah Rayyan. Tapi kali ni amik kat jari tengah kaki kanan dia. Sebab jari sume dah habis cocok dah. Tak tau kenapa dia tak amik kat jari telunjuk atau kelingking. Hmmm...

Tapi Rayyan memang menangis teruk kali ni. Nurse sampai cakap darah tak nak keluar. Punya lama picit picit, then nurse stop la amik darah.

Bila doktor datang, tengok keadaan Rayyan, doktor tanya masa result darah, nurse bagitau darah tak cukup. Nanti kena amik darah lagi. Then doktor cakap, denggi ni biasanya seminggu dah okey kalau konsisten bagi cukup air. Janji ada selera makan, minum. Memang Rayyan dah ade selera makan dah pun.

Doktor kata lagi, platelet naik je, okey dah boleh terus keluar hospital.

Tak sabar nak keluar hospital k. Bosan gila dok hospital asyik nak tidur je keje. Dan makan sebab lapar sesaja. (Sejuk aircond kot)

Tak lama lepas tu, staf nurse panggil Rayyan untuk masuk bilik rawatan. So dukung la Rayyan yang konon tak boleh jalan sebab dah cocok jari kaki tu kan. Mak buyung ni dukung la Rayyan yang nasib baik 15 kg je berat. Syauqie pun dah 10 kg.

Nurse suruh ibu keluar bilik. Tinggalkan Rayyan. Diorang nak amik darah Rayyan la tu.

Dari luar bilik dengar kuat gila Rayyan melalak. Sambil jerit jerit cakap "sakit sakit sakit."

Aku ni dok la berjalan jalan ke ruang rehat tengok tv tu, konon nak ngelak dengar Rayyan nangis la. Sekali hamik ko. Kuat gila melalak sampai ke ruang depan dengar.

Sekejap je, pastu dukung balik Rayyan pegi balik kat katil. Suruh die berhenti nangis, pastu die baring, termenung, tidur... Alaa... kesian...

Tak lama pastu Encik Tingkerbell datang dengan Cik Ta dan Syauqie! Yeay! Terus sambar Syauqie bawak pi main. Rayyan suruh Encik Tingkerbell layan pulak.


Layan Syauqie!

Cheeky boy!

Sebelum Encik Tingkerbell balik, dalam pukul 1 gitu, Encik Tingkerbell tanya kat nurse macamana result darah Rayyan. Sebab kalau platelet naik dah bole balik.

Gembiranya rasa hati bila nurse bagitau platelet hari ni naik dari 92 terus ke 156. So boleh balik hari ni. Insurans dah settle baru bole balik, amik masa dalam 5 jam. Laa tunggu lagi. So, diorang balik dulu. Dalam petang kul 5 Encik Tingkerbell bole datang amik.

Tepat kul 5 nurse datang and dia kata insurans dah settle, sain sana, sain sini, ok bersiap balik.

Alhamdulillah...


Dah siap kemas. Rayyan layan mata je.

Tunggu Encik Tingkerbell sampai, kul 6 baru sampai. Chehhhhhh..

Balik tu, singgah amik Syauqie kat umah mak, then terus balik rumah. Singgah umah mertua jap. Layan la karenah Rayyan nak KFC, nak nugget KFC, nak ayam KFC. Kitorang laki bini nak makan sate.

Sampai umah mertua, dia tak makan pun KFC, makan sate. Aduiii..

Layan jela. KFC tu sume bagi kak ipar ngan adik ipar je. Huhuhu..

Nama pun baru baik sakit. Layan je ehh...


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, June 5, 2014

Muhamad Syauqie Naeem Turns 1 ♥






Hari ini, 5 Jun 2014, genap lah Muhamad Syauqie Naeem Bin Muhamad Syahbani berumur 1 tahun!

HAPPY 1ST BIRTHDAY, MUHAMAD SYAUQIE NAEEM

Ibu, Ayah, Rayyan, Opah, Atok, Mak Tok, Toknden, Makcik makcik, Pakcik pakcik, semua sayangkan Syauqie. Semoga adik menjadi anak yang soleh dan dengar cakap ibu ayah tau!

Okey, ibu nak post gambar Syauqie dari lahir sampai la adik dah setahun.

Warning: Ini adalah entri bergambar. Cuteness overload. 

Let start with when you were born, sayang.

Terus terang cakap, masa lahirkan Syauqie ni, semua cakap anak aku ni hitam la, buruk la, tak comel la. And yer, even aku sendiri pun cakap, compare Rayyan ngan Syauqie ni, Rayyan masa lahir memang comel sangat. Masa umur seminggu Rayyan, dah comel gila tapi Syauqie plak umur seminggu bapak aku cakap muka macam alien. Sampai hati. :'(

Yela, dia umur 7 hari dah cukur rambut botak. Sunnah nabi kan. Tu yang macam alien tu. Even mak aku pun cakap, "Kaklong ni masa mengandung dok marah marah orang Somalia ke? Anak hitam semacam." Tapi mak aku tak cakap la depan depan. Ni baru minggu lepas mak cakap. Dah setahun baru mak luahkan perasaan. Hahahaha..

Syauqie baru lahir.

Hari ke-4.

Dah seminggu. Baru lepas cukur rambut. Bak kata atok dia, macam alien. *sob sob sob*
Syauqie lahir, kuning. Lepas seminggu balik rumah, ada appointment doktor, tengok kuning turun atau tak. Malangnya kuning dia masih tinggi lagi. Tak ingat berapa tapi belas belas dan doktor kata MESTI masuk wad.

Okey la. Syauqie warded la. Ibu balik rumah. Just bekal kan susu ibu yang memang dah siap pam awal awal. Ingatkan dua, tiga hari dia dok bawah lampu biru tu dah boleh balik. Rupanya kena tahan wad SEMINGGU. Aduh... kesian adik Syauqie. Dok jauh ngan ibu.

Nasib dia dah okey lepas tu. Alhamdulillah...

Dah 2 minggu.

Ha masa ni dah 2 bulan umurnya.

Ni gambar masa hari raya. Syauqie 2 bulan. 
Syauqie 3 bulan. Dok ngan mak tok dia kat tepi pantai.

Syauqie 4 bulan. Ade rambut haluss je. Dah comel dah sket.

Dah 3 bulan lebih. Dah mula menunjukkan kecomelan dia.

Syauqie 5 bulan. Kulit dah start cerah sket dah masa ni. And makin adorable!

Genap 6 bulan. Makin tembam setembamnya. Kulit makin cerah. Comel overload.

6 bulan lebih. Masa ni pipi dah start naik ruam ruam.
Sebelum ni ada post entri pasal problem kulit Syauqie. Baca entri ni. Kesian sangat kat adik. Masa ni sikit. Dok lengah lengah tu yang makin lama makin melarat kulit dia.

6 bulan lebih. Dah start angkat bontot, nak merangkak.

Dah 7 bulan. Kalau tengok betul betul, ruam dah naik kat pipi kiri dan kanan dan dahi.
7 bulan. Kulit makin mencerah, dan kulit dah start nak bersopak. Disebabkan eczema tu.

7 bulan nak masuk ke 8 bulan. Dah mula nak naik tangga dahhh...

Dah 8 bulan. Dah pandai duduk dan buat muka comel.

At the same time dah start isap ibu jari kaki.

Ni pun sama dah start isap ibu jari kaki. Ibu gelak je sebab kelakar.

Okey, nak dijadikan cerita. Masa gambar gambar Syauqie isap jari kaki ni, memang dok rasa kelakar je. Siap post instagram, ooo nak dapat adik eh. Bole bole. Lambat lagi. Masa ni memang tak expect ape ape langsung! Sampai laa 2, 3 minggu kemudian, aku punye period lambat seminggu. Hahahaha

Pandai sangat anak aku ni tilik nasib. Boleh tau dia nak dapat adik dah dalam masa terdekat. :D

9 bulan dah pandai selongkar barang dan semua barang macam hak milik dia sorang. Ha, kena tegur je, bulatkan mata!

10 bulan dah ada gigi 4 batang! Dua atas, dua bawah.

10 bulan. Makin comel!!!

10 bulan nak masuk 11 bulan. Dah makin cerah and makin comel dah ko dik.

11 bulan lebih nak masuk setahun. Semua benda nak usik!

First time tengok dia gigih nak berjalan (11 bulan lebih), which is jatuh, bangun, jatuh, bangun, dengan sendiri, is on 21st May 2014. Dari duduk, berdiri sendiri, dan berjalan sendiri sejauh 5, 6 tapak dan jatuh. Gembira sangat sebab progress dia depan mata. Dan of course siap rakam video okey.

25th May, dia dah jalan jauh betul. Jatuh sekali sekala. Dok berjalan je keje budak kecik ni sekarang. Mentang mentang dah pandai kan...

Syauqie belum setahun, dia dah berjalan. Rayyan dulu lambat. Setahun lebih maybe setahun dua bulan baru boleh berjalan. Sekarang Syauqie jalan dah laju dah.

Terus terang cerita, jaga Syauqie memang mencabar. Mungkin sebab memang sindrom anak nombor dua, atau sebab dia nak dapat adik. Dari lahir, sampai dah umur setahun, memang mencabar jaga budak ni. Compare dengan abang Rayyan. Senang sangat jaga. Rayyan is a very good boy. Tak banyak meragam. Nangis bila nak susu je.

Syauqie? MasyaAllah. Dugaan. Tapi tak kata dia bukan good boy, cuma terlalu banyak ragam. Hilang sekejap nangis. Lapar nangis. Nak tidur nangis. Gi kerja nangis. Takde sape sebelah dia nangis. Nak mengikut je ibu 24 jam ke dapur, ke bilik air, ke bilik, ke luar, pergi kerja. Menangis je keje dia.

Even masa pantang pun susah jaga. Kuat muak, muntah susu balik. Kuat nangis. Suara kuat kalau melalak. Huiii.. cabaran betul.

But Syauqie is a very smart boy. Bijak sangat. Nak cerita pun tak tau macamana, tapi anak sendiri kan. Kita tau la dia macamana. Eh, Rayyan pun smart boy gak. Nanti nanti cerita pasal Rayyan k. ☺

Anyway, Syauqie yang dulu ramai sangat kata dia tak comel, especially makcik makcik die tu, last last sekarang ni makcik makcik dia plak yang lebih lebih kata Syauqie ni comel sangat. Cubit pipi la, gomol gomol pipi Syauqie tu. Ha tu la, lain kali jangan kutuk kutuk anak aku tak comel. Sekarang dah comel la, siap korang kata lagi comel dari Rayyan masa kecik kan. Kan. Kan.

Syauqie ni comel sebab mata buntang dan bulat macam ayah dia sebenarnya. Suka booooolatkan mataaaa dak cik ni. Kalau mata tak bulat, bukan Syauqie namanya.


Anyway Syauqie, kami semua sayang adik. Nanti dah ade adik kecik jangan notti lagi k. Manja manja ok. Hehehe..



Thank you for spending time reading this entry yaw!