
Thursday, April 6, 2023
Kisah AskBenJr #10 : Bangla

Tuesday, April 4, 2023
Kisah AskBenJr #9 : Banyak Tanya
Syauqie: Ayah, pintu tu pintu apa?
Ayah: Tu pintu belakang. Ayah kunci sebab kita tak guna pintu tu.
(Pintu memang dah kena block dengan mesin basuh)
Syauqie: Ooo.. ingatkan ada bilik rahsia.Tak lama lepas tu dia diam. Dia fikir lagi. Then dia tanya lagi.Syauqie: Ayah, Syauqie masuk bilik ibu. Kan ada line line macam ni (dia tunjuk jubin/tiles lantai)
Ayah: Ha kenapa?
Syauqie: Syauqie tengok, lepas tu Syauqie pijak, lepas tu kenapa dia goyang-goyang? Ada tempat rahsia ke?
Ayah: Taklah, itu dah longgar. Tu pasal goyang-goyang. Nanti ayah repair.
Syauqie: Ooo.. ingatkan ada tempat rahsia.

Friday, March 31, 2023
Kisah AskBenJr #8 : Kentut
Syauqie : Ayah, Syauqie ada soalan.
Ayah : Ha apa dia?
Syauqie : Kalau kita kentut banyak-banyak, orang boleh mati ke?
(Ibu tergelak sikit, tak boleh gelak banyak nanti dia marah)Ayah : Taklah. Itu kan dalam cerita Boboiboy je.

Thursday, March 30, 2023
Kisah AskBenJr #7 : Mandi
Eilman: Ibu, janganla mandi dengan ayah.
Ibu: Eh kenapa tak boleh?
Eilman: Tak boleh sebab nanti ayah nampak t*t*k ibu.
Ibu: š³ Eh, ibu mandi pakai kain la. Ayah tak nampak.
Wednesday, March 29, 2023
Pejam Celik Pejam Celik
![]() |
Saya dah setahun! - 26 Feb 2023 |
Kisah AskBenJr #6 : Mengandung
Syauqie: Ibu, semua orang di dunia ni boleh mengandung ke?
Ibu: Eh tak. Perempuan je boleh mengandung.
Syauqie: Perempuan? Semua perempuan ke?
Ibu: Haah. Tapi kena kawin dulu, baru boleh mengandung. Macam ibu kawin dengan ayah, lepas tu ibu mengandungkan abg Rayyan, Syauqie, Eilman...
Syauqie: Oooo.. ibu kawin dengan ayah 3 kali ke?
(Adoi masa ni tengah fikir lagi nak jawab apa. Soalan terlalu menarik)
Ibu: Eh tak, ibu dengan ayah kawin sekali je. Tapi mengandung 3 kali.
Tiba-tiba si adik Eilman menyampuk. Dia cakap dengan Syauqie.
Eilman: Ibu dengan ayah kawin, lepas tu ibu berdoa, ibu cakap “YA ALLAH YA TUHAN KU, BAGI LA SAYA 3 BABY. Ha macam tu la”
Kisah AskBenJr #5 : Durian
Ibu: Wahhh durian la! (Tunjuk orang jual durian tepi jalan)
Rayyan: Ibu.. kenapa tak beli durian? Saya dah lama nak makan durian ni.
Ibu: Alaaa.. nanti ibu beli la. Ayah kan tak boleh bau durian. Nanti ayah marah, dalam kereta bau durian. Kalau ibu beli, nanti ibu balut banyak2 tak nak kasi bau.
Rayyan: Eh ibu. Takpe, tak payah balut. Ibu beli je bekas yang ada jual kat Go Shop. Ibu tau tak, bekas tu takkan berbau bila dah tutup. Mesti ayah tak tau ada durian.
Ibu: Aaaaahhhh Go Shop pulak dah ko ni.
Kisah AskBenJr #4 : Shopee
Rayyan: Ibu ada download Shopee kat handphone ibu?Ibu: Ha, kenapa dengan Shopee?Rayyan: Ibu download la. Ibu tau tak Shopee tu. Penghantaran percuma tau!Ibu: ...
Tuesday, June 21, 2022
My Little Princess - Warda Sephia binti Muhamad Syahbani
![]() |
| Fresh from oven. |
![]() |
| Umur berapa hari ntah masa ni. |
![]() |
| Masa ni kena duduk wad sebab kuning, tido bawah lampu biru 3 malam. |
![]() |
| Dah keluar wad, yeay berpantang dengan ibu yeh. |
![]() |
| Omey lah iye tu. |
![]() |
| Nama diberi. |
![]() |
| Warda Sephia binti Muhamad Syahbani |
![]() |
| Alololololo |
Monday, March 7, 2022
Pengalaman Bersalin Anak Keempat - Part 2
| Camni la keadaan aku. Kaki letak camtu, tangan pegang besi. |
| Welcome aboard, newest addition of #askbenjr |
Saturday, March 5, 2022
Pengalaman Bersalin Anak Keempat - Part 1
Nak dekat kul 1 camtu mak aku dah masuk LR, yeayy ada peneman. Peneman ni bukan teman apa sangat pun. Tolong bagi makan, bagi air sebab dahaga, sebab lepas aku dah pasang CTG kat katil tu aku memang dah tak boleh gerak mana dah. Nak duduk tak boleh, ape pun tak boleh.
Dia check CTG dia kata contraction ni nampak macam dah kuat. Dalam hati aku, kuat ke? Macam ok lagi je boleh tahan lagi. Wah dasar blagak kan? Hahahaha
Tuesday, July 13, 2021
Something New Is Coming!
Thursday, September 10, 2020
Kisah AskBenJr #3 : Dah Tua
Wednesday, March 11, 2020
Kisah AskBenJr #2 : Bunny
So satu hari Eilman baca satu buku, tak ingat la buku apa. Perkataan dengan gambar sekali. Dia baca dengan penuh semangat. Sampai lah ke satu perkataan ni.
Eilman: B.. Bunny... (eilman sebut betul) Eh ibu! Bunny! (mata terbuntang pandang ibu) AYAH RABBIT???
KAH KAH KAH KAH TERBAHAK GELAK SAMA LA NGAN AYAH NYA PUN GELAK SKALI. HAHAHHAHAHA
p/s: Eilman cakap tak salah, betul dah cuma dia confuse.
Thank you for spending time reading this entry yaw!
Kisah AskBenJr #1 : Holiday
Rayyan: Ibu, ada lagi 10 hari lagi ni. 10 x 24 berapa?
Ibu: 10 x 24 jadi 240 lah.
Rayyan: Alaaaa lama lagi.. ada lagi 240 jam.
Ibu: (Ko dah kenapa...)
Thank you for spending time reading this entry yaw!
Monday, July 18, 2016
Tragedi Berdarah: Raya Kedua - 7 Julai 2016
Dulu aku pernah post Tragedi Raya Ke-4 tahun 2011. Post ni. Kot belum baca la.
Tapi itu terjadi kepada Rayyan. Anak sulung. Masa tu anak masih sorang lagi la. Kini tragedi hari raya kembali lagi. Ishk ishk ishk...
This time terjadi kepada anak ke-3, Eilman Adha.
Jarang cerita pasal Eilman kat blog ni sebab dah 2 atau 3 tahun lebih rasanya tak berblogging kan.
Eilman sekarang dah setahun 8 bulan dah.
Dipendekkan cerita, raya kedua patutnye dah berjalan raya. Tapi Encik Suami pulak demam teruk. So pagi kami duduk rumah je. Petang tu decide pegi la rumah makcik kat area situ jugak. Lagipun bukan jauh, Encik Suami boleh drive lagi. Dekat je dengan rumah.
Macam biasa la kalau dah anak 3 ni, lasak lain macam. Semua lelaki pulak tu.
![]() |
| Ni lah anak kami. Eilman Adha, Syauqie Naeem, Rayyan Danish. |
So dipendekkan cerita.
Masa tu ramai sedara dah balik termasuk mertua. Rayyan si abang sulung ikut la mertua sebab rumah last untuk beraya hari tu, memang rumah mertua. So nanti semua sedara akan ke rumah mertua nanti.
Dalam petang gitu, aku tengah makan dengan sepupu lain sambil borak borak. Si kecik Eilman ni berlari lari la kat ruang tamu. Ke depan, ke belakang, depan, belakang. Macam biasa.
Tiba-tiba aku dengar gedegang bunyi berlanggar. Encik Suami terus panik sambil pegang kepala Eilman, and jerit, "Berlubang berlubang berlubang berlubang"
Aku gegas la berlari ke arah Eilman. Dalam hati "amende la yang berlubang"
Rupanya, dahi Eilman dah berlubang. Masa tu tak nampak berlubang sebab Encik Suami dok tekan dahi tu nak elakkan darah keluar. Sekali Encik Suami lepaskan, meleleh darah laju ke pipi macam air mata. Perghhhhhhh darahhhhhhhhh banyaknye mengalirrrr....
Darah tumpah ke baju, ke tudung aku. Amik ais dan balut dengan tisu sebab nak stopkan bleeding, tapi darah still keluar. Darah kat tisu punye banyak sebab memang darah non-stop keluar. OMG! Syauqie kebetulan ade sebelah, tengok je kejadian. Tiba-tiba dia menangis, sebak agaknye tengok adik berlumuran darah.
Encik Suami dah gegas keluar amik kereta nak bawa ke hospital.
Sebelum keluar, aku mintak pakcik kasi plaster, nak tutup luka tu. Elok je letak plaster kat dahi, diam pulak Eilman. Eh, budak ni. Tadi beriya nangis sakit. Ni diam pulak.
Syauqie pulak tinggalla kat rumah makcik kejap. Nanti mintak tolong sepupu jagakan, then bawak Syauqie ke rumah mertua terus.
Klinik of course semua tutup. So destinasi takde lain, Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak jela.
Dalam perjalanan tu, (yes, Encik Suami bawak laju gila, panik mungkin) Eilman diam je. Siap duduk belakang tengok kartun Upin Ipin. Tapi ade gak la die tiba-tiba tunjuk dahi, sambil cakap, "Tit tit"
Sakit la tu...
Sampai hospital, refer emergency. Tunjuk luka kat dahi, diorang cakap deep cut and suruh terus pegi bilik rawatan.
Doc check, dia kata letak gam je.
Fuh, ingatkan kena jahit. Risau gak sebab nampak tadi macam dalam sangat luka.
![]() |
| Ni masa dia diam. Lepas bukak plaster. Doc nak check. |
Lepas tu (tak tau nak mention terms, MO ke, nurse ke) diorang cuci luka, and masa tu la melalak tak ingat dunia sambil sebut, "ibu yah ibu yah ibu yah" sampai la ke sudah. Letak gam, letak pelekat sket, plaster, baru diam. Terus diam plak tu.
Siap nyanyi nyanyi skali lagu Didi & Friends. Berjoget sekali. Padahal dahi dah macam tu dah. Haduii..
So jumpa doktor, doktor just cakap 3 hari tak bole basahkan area luka. Appointment lagi skali untuk wound inspection and dressing hari Ahad. Cukup 3 hari.
Keluar hospital, kami terus ke rumah mertua. Jumpa Rayyan dan Syauqie kat sana. Berakhirlah tragedi berdarah, tapi lepas tu berplaster laaa..
![]() |
| Hari ke-3, 10 Julai 2016. |
Ni la rupa lepas 3 hari. Dah kering. Checkup patut Ahad kan, sebab 3 hari. Tapi kami pergi checkup Sabtu petang. Sebab Ahad ade plan lain. Nak holiday. Nanti cerita.
Yang dasat tu si Eilman ni, Selasa dah hantar nursery, pengasuh cakap, dahi berdarah meleleh Eilman pegi kopek. Gatal agaknye kot. Aduiyaiiii...
Thank you for spending time reading this entry yaw!
Thursday, May 19, 2016
All 5 of Us (2015)
Saturday, July 25, 2015
Muhamad Eilman Adha bin Muhamad Syahbani
Akhirnya post jugak gambar Eilman dalam blog ni. My third son.
Eilman sekarang as at today, dah nak masuk 9 bulan lebih nak masuk 10 bulan dah. Dah ada gigi dua batang kat bawah, dah merangkak laju, dah duduk dengan tegapnya, dah cuba cuba berdiri dan berjaya berdiri sendiri selama 2 saat gitu. Dan dah rajin menapak nak jalan. Ade la dalam 4 tapak paling banyak dia dapat lepas.
Umur baru 3 bulan dah mengengsot ke depan. Dengan laju hokeh, kiranya umur 3 bulan dah tak boleh tidur atas katil sebab dia sangat laju bergerak. Samada bergolek, mengengsot, dan sebagainya.
Mulut sekarang boleh tahan pot pet pot pet bahasa dia, makan sangat banyak, pandai gelak bila buat lawak, pandai tepuk tepuk bantal, tepuk tepuk kaki macam nak bergendang, budak baik sangat.
Panjang akal budak ni. Tak banyak ragam, senang jaga, nangis bila nak susu dan nak tido. Cukup makan, cukup susu, dia boleh layan diri main sorang sorang tak kacau ibu. Tak perlu nak berkepit 24jam dengan Eilman ni. Berbeza SANGAT dengan abang Syauqie dia.
Pendek kata jaga Eilman ni senang sama macam jaga Rayyan masa kecik.
Macamana senang beranak Eilman, (sekali push je!) macam tu punye senang gak la jaga dia.
![]() |
| Umur sehari. |
![]() |
| Dalam pantang. |
![]() |
| Dalam pantang. |
Walau macamana ragam anak anak yang masing masing lain, ibu tetap sayang semua anak ibu okey.
Gambar gambar ni semua gambar dalam pantang. Next entry la baru masukkan gambar lepas pantang sampai la sekarang dah 9 bulan lebih.
Macam biasa, gambar semua ada kat instagram @askniealias. :)
Thank you for spending time reading this entry yaw!
Wednesday, June 24, 2015
Ramadhan Datang Lagi
Ramadhan datang lagi.
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa di seluruh dunia. Chewah, macam la seluruh dunia baca pulak ape aku tulis ni.
Tahun ni pertama kali beraya 5 beranak. Baju raya kami 5 beranak semua dah siap. Alhamdulillah, sebab awal awal tahun dah settlekan baju raya nak tempah. Hehehehe..
Blog ni dah lama sangat bersarang. Nak tukar header, nak tukar itu ini semua dah susah gara-gara office dah block website.
Ni pun publish entri pakai handphone.
Takpela. Nak buat macamana.
Tahun ni ikutkan tak berapa nak beraya sangat sebab bajet takde. Banyak shortage this year, bajet semua lari. Panjang cerita.
Oh yer, dalam blog ni takde langsung gambar Eilman kan? My third boy. Takpela, nanti ada masa kat umah mak ke, publish post kat umah mak jela yer. Tu pun kalau ada masa. Heheheh
K bai.
Thank you for spending time reading this entry yaw!
AsknieAlias™
Thursday, October 16, 2014
Pengalaman Bersalin Anak Ketiga - Part 2
Sambungan dari Part 1.
Then, bidan masuk. Dia pun seluk la bukaan. Kebetulan Encik Tingkerbell pun masuk. Selalu kalau doktor atau bidan seluk, rasa senak sket. Ni aku takde rasa pape dah. Macam tak seluk pun ada.
Dan terus bidan bersuara.
"Dah bukak 9 cm ni."
Aku macam, "Hah? Patutlah rasa macam nak berak sangat dah ni."
Then bidan kata, "Jangan teran lagi. Doktor belum sampai. Sebab doktor Habibah bercuti, so kena tunggu doctor on-call."
Aku tanya, "Siapa doctor on-call?"
"Dr. Asmah"
Ooo.. Aku tau la siapa doktor ni, cuma tak pernah dapat consultation dari dia je. Sebab selama ni semua Doktor Habibah je. Dari Rayyan ngan Syauqie lagi.
Aku tanya doktor Asmah dok mana? Bidan cakap die dok Bukit Antarabangsa.
Aku pun kata la aku pun dari tempat yang sama tadi. Tapi kat Ukay Perdana.
Then aku cakap kat Encik Tingkerbell, "Nak tunggu doktor sampai, mau lagi setengah jam ni." Sebab masa tu dah 10.30 malam dah.
Bidan cakap, aku kena amik gas tahan sakit. Sebab aku memang betul betul nak bersalin dah ni. Cuma tunggu doktor sampai je. Gas tahan sakit ni bukan hilangkan rasa sakit pun. Cuma bidan bagitau aku, amik gas tu supaya elakkan aku dari meneran. Kang aku rasa sakit, aku meneran kang, rahim koyak tak cantik pulak. At least kalau doktor ade, doktor boleh gunting sikit.
Perghh.. Ayat bidan cakap main gunting gunting bawah aku ni macam rilek takde pape je. Hahahahaha.. Then bidan terus prepare siap siap alatan untuk aku bersalin. Pakaikan aku sarung kaki la, macam macam la yang aku tak nampak.
Okey yang tak boleh blah tu, Encik Tingkerbell ni, dah tau bukaan aku dah 9 cm, anytime dah bole nak bersalin dah, die bole cakap die nak keluar jap beli air. Ishkkk.. Nampak seperti melarikan diri tuh.
Contraction memang makin lama makin kuat. Makin lama makin sakit. Gas yang aku malas nak sedut tu pun (malas sedut sebab nanti aku jadi mamai) aku sedut sekuat hati. Contraction hilang je, mula la aku mamai. Mata tak bole nak bukak.
Then, doktor sampai. Alhamdulillahhhh.. Lega sangat doktor dah sampai. Doktor sampai dan dia check tengok aku. Dia tengok bibir ngan mata aku, dia suruh drip air. Dia tanya, tak minum air ke? Aku cakap minum sikit. Takpela, drip air. Takut dehydrated.
Pastu doktor check bawah plak, terus dia kata, "Ha dah boleh dah ni. Eh, suami manaa??"
Aku cakap la dia keluar jap. Ada kat luar. Boleh tak tolong panggil dia? Then ada nurse sorang keluar nak panggil laki aku nih. Rupanya laki aku takde kat luar. Terpaksa aku mintak tolong doktor amik henpon aku dalam beg. Doktor siap cakap sori sebab dia kena bukak beg aku semata nak amik henpon. Tak pasal pasal doktor cakap sori.
Sementara menunggu laki aku yang hilang ntah ke mana, doktor pecahkan ketuban.
*splash* (bunyi efek macam ala ala belon air meletup)
Air ketuban aku merecik ke baju doktor! Meletup ke hape. Nampak sangat membuak buak nak meletup ni. Haa betulla kata orang yang selalu tanya aku macam "Bila nak meletup ni?"
Ha amik ko memang meletup air ketuban aku.
Tergelak gelak doktor ngan bidan berdua. Sebab aku nampak kot air tu percik ke dia. Memang doktor dah pakai apron siap siap tapi kena gak kat lengan baju dia tu. Aku cakap sorry doktor. Doktor kata takpe takpe sambil gelak gelak. Bukan aku boleh control pun air ketuban aku kan.
Sakit contraction dah sampai, patutnya aku dah bole teran dah ni. Tapi doktor suruh tunggu laki aku. Ya ampun, mane la laki aku ni hilang. Contraction hilang, baru la laki aku sampai.
Sekarang sume dah ready, tunggu masa contraction sampai je baru aku boleh teran.
Tak lama je lepas tu, contraction datang, amik nafas 2, 3 saat dan terus aku push sekuat hati aku dan selama mana yang boleh. Sambil doktor cakap, "Haaaa pandai awak teran, sikit lagi sikit lagi."
Dan terus baby keluar. Sekali push je wei! Perghhh.. Memang nak keluar sangat nih. Hanya sekali push.
Tepat jam 11 malam, malam raya, 4 Oktober 2014, Aku dengar baby nangis. Sekejap je dia nangis tu. Laki aku kat seblah berulang ulang cakap Alhamdulillah. Aku juga. Yup, baby boy lagi. 3 hero dah aku dapat nih.
Dah settle baby, tali pusat dah potong, dah sedut lendir bawak keluar, baby yang hot dari oven diletakkan atas dada aku biar dia rasa badan ibu dia. Sambil tu doktor jahit 'bawah' aku ni. Terasa ngilu benang. Tak sakit sebab dah bius, tapi rase cam ngilu je bila benang tu ditarik.
Alhamdulillah, selamat semua. Mata aku pun segar lagi. Yela, dah puas makan kan. Tenaga still ada lagi. Sementara doktor dok jahit bawah tu, aku sembang sembang ngan Encik Tingkerbell.
Aku: Tadi pergi mana? Hilang pulak.
ET: Pergi Petronas sebelah. Beli air cincau. Dahaga. Kedai bawah semua dah tutup.
Aku: Tak pasal pasal doktor amik henpon orang dalam beg suruh call awak masuk labour room cepat.
ET: Alaa.. Tadi hospital ada call gak, suruh masuk labour room cepat. Isteri nak bersalin.
Aku: Haa kan.. tak pasal pasal hospital pun call. Ke nak melarikan diri sebenarnya?? Hahahaha
ET: Ishk, mane ade. Dahaga la. Rasa nak muntah sebab tadi makan kelam kabut. Orang mane bole makan kelam kabut nanti nak terkeluar balik.
Aku: Tau tak tadi sebnarnya dah boleh teran dah. Tapi doktor suruh tunggu suami gak.
ET: Tau. Tadi kan orang lalu kat blakang doktor. Nampak dah kepala baby. Eeeiii...
Aku: Eh, yeke? Crowning eh? Dah crowning la tu. (Sila google birth crowning kalau tak paham terms ni)
ET: Entah. Eh jangan cerita la. Geli la. Rasa nak muntah ni. Eeeeiii
Aku: Alaaa.. patut amik gambar je. Nak gak tengok camne.
ET: Mane boleh amik gambar la. Eeeiii.. geli.
Aku: Hahahaha..
Sempat gak la bergelak gelak lepas beranak. Lepas doktor habis kerja, bidan plak dok buat kerja dia. Aku pun tak tau dia buat apa. Then, bidan cakap dah boleh azan dan iqamat baby. Lepas tu boleh susukan badan terus.
Pelik gak, sebab selalunya susukan baby lepas baby dah siap mandi, dah bedung baby siap siap. Tapi this time, fresh fresh camtu terus susukan. Pastu dok tunggu tunggu, sampai pukul 1 pagi baby tak mandi lagi.
Aku think positif je. Tak cukup staff, lagipun aku dengar bunyi CTG bilik sebelah kuat gila. Maybe ade patient lain tengah operation ke ape ke. Lagipun malam raya. Siapa nak kerja kan?
Masa aku bersalin pun ada 2 orang je. Doktor ngan bidan. Masa Rayyan dan Syauqie dulu, meriah labour room. Sume sorak sorak bagai.
Dipendekkan cerita, aku dipindahkan masuk ke wad post natal kat tingkat 6, dalam pukul 2 pagi. Kesian kat laki aku sebab dia dah ngantuk gila sebnarnya. Dah la aku dok merengek rengek lapar la nak makan la ape la. Padahal dah melantak banyak nasi himpit tu. Lupe plak. Lepas beranak confirm lapar. Huhuhu
Tetiba rasa dejavu lagi. Katil ni pun katil sama aku dok masa lepas beranak Syauqie tahun lepas. Hahahaha.. Banyak jodoh ngan no 4 nih. No IC baby nanti confirm 141004-14-XXXX.
![]() |
| Katil tahun lepas, 2013, bersalin Syauqie dengan Doktor Habibah. |
![]() |
| Katil sama tahun ni, dengan Dr. Asmah Yun. |
Papehal pun, selamat datang ke dunia ni sayang.
![]() |
| Muhamad Eilman Adha Bin Muhamad Syahbani. |
Gambar baby? Nanti nanti lah okey. :)
Thank you for spending time reading this entry yaw!


























