Tuesday, July 17, 2012

Joran BH Sempena Ulang Tahun Berita Harian ke-55

Tarikh: 8 Julai 2012, Ahad
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa

Patutnya lama dah aku taip entri ni. Tapi sebab terlalu sibuk sangat sangat dengan projek baru handle ni. Argghhhhh tension siot. Aku lah DC, aku lah admin, aku la secretary, belum campur kerja sendiri. Lagi la bertambah tambah kerja nihhh...

Kalau siapa rajin baca Berita Harian, mesti tau mereka adakan sambutan ulang tahun Berita Harian. So, ada la pertandingan memancing. Family-in-law of course kalau ada mancing ke ape, mesti join. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan.

Kalau tak silap, start memancing kul 8 pagi sampai 1 tengahari kot. Tapi aku, Encik Tingkerbell dan Cutiepie datang kemudian jela sebok sebok. Heheheh.. Dapat tau Pak Su dapat ikan patin 5.175kg. Ranking no. 2 tuh. Baru 10 minit, dah dapat ikan. Rezeki kan.

Sampai la kul 1 tengahari still takde orang beat berat ikan Pak Su. Alamak, gambar ikan takde. Hehehe

Eh, layan gambar yer. 



Rayyan, ingat comel ke tu?

Okey la, comel la comel la.




Masa ni kami nak pergi Chow Kit jap cari barang.

Rayyan gembira sebab dapat beg baru.

Amboi, seronotnya Rayyan berjalan dengan beg baru.

Kami 3 beranak takde la dok menunggu kat tasik tu dari kul 8 sampai kul 1. Kami bertiga keluar pegi Chow Kit cari barang memandangkan keesokan harinya Encik Tingkerbell nak fly pergi Sarawak. Tu yang Rayyan dapat beg EMBI BIRD. (Rayyan cakap)

Dalam tengahari tu kami ke Tasik Titiwangsa balik untuk penyampaian hadiah.


Kuning. Rayyan takut betul.

Purple. Rayyan takut gak.

Maskot Berita Harian. Konon tak takut.

Padahal takut. Bukan main nangis nangis pastu.

Perempuan kuning plak. Rayyan pelik ni.

Serius lah aku cakap, pompuan kuning ni tak gerak gerak langsung!!! Yang purple ngan kuning tadi ade la gak gerak gerak kan. Auntie ni statik siot!!! Dah la panas gilaaaaa!!!! Tak panas keeeeerrrr???!!! Aku plak emo.

Rayyan mengada.

Rayyan tak nak pandang kamera.

"Hai, saya ada beg embi bird," kata Rayyan.

Manja la tu Rayyan.

Aku lambat. Ada Along, Aaron Aziz and Fasha Sandha.

Sebab ramai sangat orang dan panas sangat. So aku malas nak pegi stage amik gambar. Last last pegi gak sebab nak amik gambar Pak Su.

Ha! Paksu amik hadiah tempat ke-2 untuk kategori ikan patin. RM200.

Yeay! 


From left: Wanie, Dila, Mak Su, Mal, Pak Su.

Reporter BH interview Pak Su jap. Wiwiiitttt!

Okey, ni hadiah untuk tempat ke-3 kategori ikan ketutu. RM100.

Hadiah Utama! Naib Johan keseluruhan. RM4,000.

Zoom sket!!! Mak Su and Pak Su kat stage.

Ni lah Johan. Ikan patin 5 kilo lebih. Lebih bape gram je dari paksu. Dapat RM12,000 tuuuhh.. Gile la. Mancing je pun.

Macam trofi anugerah berita harian paling popular je rasa. Hahahaha

Okey, nak menyebok k.

Samalah, nyebok gak ni.

Okey, aku pun.

Okey, kami menunggu untuk cabutan bertuah plak. Kebetulan mak mertua punya nama naik! Tapi umi sakit kepala, dalam kereta je. Kakak ipar naik pentas amik hadiah on behalf. Okey la tak menang mancing, menang lucky draw kan!


Yeayyy!!!
Sis-In-Laws in da house! Kak Q and Wanie.

Kami bergambar kenangan. Dengan hadiah hadiah yang superb banyak gilaaassss!

Memories.
Zoom sket!

Lepas tu kami semua lepak bawah pokok makan cendol dan laksa! Woi panas gila woi! Nasib ada cendol.

Encik Tingkerbell melayan anak.

Laksa! Ni pun dah makan baru nak snap. Heheheh

Okey sebok nak snap gak. 
Kesimpulannya, hari tu panas gila sampai aku tak bole bukak spek hitam sebab nanti contact lens aku cair. Memang panas nak mam. Nasib pakai lengan panjang kalau tak, maunya lengan aku bertambah tambah hitam.

Paksu bawak balik hadiah banyak gilaaaa! Dengan ikan mancing tadi lagi, joran 3 ketul, hamper besar 3. Duit cash RM4,300. Walawehhhh...

Pastu, memancing ni nasib je. Kalau tuah dapat ikan, memang habuan menang menanti la. Ni baru johan dapat RM12K. Ada gak yang buat johan RM20K. Memang ikut luck laaa. Mertua aku bape kali menang mancing gak. Ribu riban gak. Masuk surat khabar banyak kali.

And letih gilaaa. Balik rumah pasang aircond. Pastu tido. Hahahaha... K bai!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, June 14, 2012

Friendly Match, PKNS vs MASC


Tarikh: 14 Jun 2012, Rabu
Lokasi: Padang PKNS, Kelana Jaya


Kalau sebelum ni aku ada post pasal friendly match PKNS vs Astro Arena, minggu ni kita ada friendly match PKNS dengan MASC. Apakah itu MASC? Malaysian Artist Sports Club. Wowww! Artisssss! :O

Dah nama pun artis kan. Mesti la aku tergedik gedik nak pegi kannnn. Tapi Encik Tingkerbell dah pergi dulu dari ofis. Nak tak nak, aku kena drive sendiri bertemankan Rayyan dan adik adik. Nak dijadikan cerita, handphone berihitam aku jatuh petang tu, pastu lcd skrin aku retak. Maka secara rasminya handphone aku rosak!!!

Sebelum gerak pergi padang PKNS tu, aku singgah dulu Wangsa Walk memandangkan handphone ni adalah nyawa. Dengan harapan aku bole repair on the spot, pastu gerak pergi padang. Bole la ber cam-whoring nanti. Sekali cina yang repair handphone tu cakap nak repair kos harga RM190!!! Kepala hotak la mahal gila. Dengan kecewa aku pulang (sebab nak pick up Rayyan dan adik), dan redha dengan handphone yang rosak. Handphone cuma boleh receive call dan buat call tanpa nampak kat skrin apa apa. Sedih weiiiiii T_T

Dari rumah, singgah dulu mekdi drive thru sebab lapar sangat. Sampai padang PKNS dalam pukul 9:15 malam kot. Serius aku bawak kereta laju gila bai. Sebab tu sekejap je dah sampai. Janganlah laki aku baca entri ni. Masak aku, masak.

Sampai je sana, nampak dah Encik Tingkerbell. So kami lepak ngan dia la.

Game dah start dalam 10 minit kot. Aku nampak la artis yang bermain di padang dengan gagahnya. Antaranya Jep Sepah, AG Hotfm, Kamal Adli, Shahir AF, Seelan Paul, Zahid AF, Faiz Rajalawak, Azrul Cham RL, Am Rajalawak, Ridzuan Hashim, Danny X-Factor, Aidid Marcello, Zuan Wartawan Melodi, dan beberapa artis veteran yang aku tak tau nama. Hehehehehe..

Sedih wei. Kalau handphone aku baik, aku dah snap macam macam gambar. Yela, anak AG main ngan Rayyan wei. Main tab je. Hehehehe..

Keputusan perlawanan, PKNS 6 - MASC 4. Hahahahaha baik punyaaaaa!

Habis game, sesi makannnn.. Ini la masa untuk bergambar kenangan. Pinjam handphone adik yeh!



Hai Shahir! Saya nebes ni.

Okey saya control nebes eh.

Adik aku snap. Azrul Cham.

Curi gambar Zahid. Adik aku minat gila Zahid.

Zahid lagi. Lain bole tak dik?

Hai Kamal Adli. Saya berdebar sangat la. Tetiba.

Hehehe... Malu la saya awak rapat rapat. Hahahaha! Tau la saya pendek.

Ehhhh Rayyan adaaaaaa! Dan Nabilah. -_-"


Rayyan sebenarnya sebok je tetiba datang sebab tengok semua nak tangkap gambar. Macam tau tau je.

Ikutkan aku dah jumpa Jep Sepah nak bergambar ngan dia. Tapi die segan sebab dia pakai towel jek. Dah sape suruh pakai towel. Tau amik je gambar masa dia tak perasan.




p/s: Jep Sepah memang kelakar.


p/s/s: Kamal Adli sangat gorgeous!!! Dan sporting. Shahir pun. 


p/s/s/s: Memang sengaja nak snap pic ngan diorang ni je. Lain lain takde terniat pun.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday #18 : Like Mother, Like Son




Gambar dah lama nak upload tapi manjang lupa. :D







Alahai cam buruk je rupa aku ni. Hahahaha XD


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Salah Cakap #4 : Kipas


Encik Tingkerbell takde kat rumah semalam. Dia pergi Tampin, Negeri Sembilan ada game bola Piala Presiden. So balik rumah lewat sket. Start malam kelmarin kipas kat ruang tamu dah tak boleh on. Masalah apa ntah. Tu yang Encik Tingkerbell sms.


(1)

(2)

Sampai hati cakap bini ngok. Hahahahahaha!


Thank you for spending time reading this entry yaw!