Wednesday, August 4, 2010

Moment With Newborn Baby Contest

Saya pun nak join contest jugak! Time kasih buat Ibu Qaisara & Danial yang promote. Hehehe...

Ada rezeki ada la kan, tak salah mencuba.



Sape sape nak join atau nak tau syarat-syarat contest, boleh juga, sila ke sini.


Baiklah, mari terus ke gambar anak saya!!!



Nama Bayi: MUHAMAD RAYYAN DANISH
Tarikh Lahir: 22 Oktober 2009 (Khamis)
Berat semasa dilahirkan: 3.38 kg
Umur Ketika Gambar Diambil: 5 hari
Nama Ibu: NURHASNI BINTI ALIAS
Email: asknie85@gmail.com
Kisah Di Sebalik Gambar:
Masa ni letak benang/tisu basah kat dahi nak hilangkan sedu. Kadang hilang sedu, kadang tak. Tapi alhamdulillah, sepanjang berpantang, tak pernah lagi Rayyan buat hal. Rayyan sentiasa di hati ibu! (Oh yer, Rayyan tido sebijik ikut ayah, moncong. Hehehe)

Thursday, July 22, 2010

9 Bulan Sudah

Hari ni genap Rayyan 9 bulan! Cepatnya masa berlalu, kan?

Yang penting, IBU SAYANG RAYYAN.

I LOVE YOU SO MUCH!

MUAH MUAH MUAHHH!!!

I really love this pic. So cute! Muahh!!!

Sunday, July 18, 2010

In Love, Again

Aku dah jatuh cinta.

Aku dulu pernah kutuk kawan kawan yang minat giler pada Robert Pattinson. Edward Cullen la, Twilight kejadahla. Itu semua sebab aku tak pernah tengok, aku tak minat cite vampire mende ni semua.

Pandangan aku berubah, hari tu.

Buat pertama kali aku tengok cerita Twilight (padahal cerita dah lama, sekarang dah siri ke-3).

Pertama kali aku jatuh cinta pada vampire.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bagi aku Edward Cullen tak handsome. Muka penyek. Dah la pucat giler.

Tapi aku suka dia. Cinta dia pada Bella. Macamana dia jaga Bella. Sangat protective. Dia sentiasa ada bila Bella dalam kesusahan. Tambah pulak satu family Cullen siap jaga Bella dari dibunuh group vampire lagi satu.

Gile best. Aku suka Edward Cullen. Bila tengok dia lama lama, handsome pulak. Dengan pandangan mata dia. Aduhhhhhhh!

Dah dah. Cukup cukup.





Yang penting aku nak tengok sambungan cerita ni. Ishk, macam orang gila meroyan dah aku.

Kan best kalo Encik Tingkerbell boleh bawak aku terbang terbang.



p/s: Terbang dalam mimpi jelaaaa...

Thursday, July 15, 2010

Bila Dah Lama Tak Update Blog

Dah lama betul aku tak update blog ni. Dah bersarang dah tikus, lipas dan cicak siap buat geng main sorok sorok ngan main masak masak lagi kat sini.

Hish, siap ade bau busuk ni. Siap buat port kencing berak plak kat sini!




Dah dah, syuh syuh!




Aku nak bersihkan blog nih.

Thursday, May 20, 2010

Sikit Je

One of my office mate pergi Langkawi esok. Teringat pulak aku masa masa indah kat Langkawi. Memang sangat best. Dan 3 hari 2 malam sangat sangat tak cukup untuk bercuti ke sana. Sebab banyak sangat tempat untuk dilawati memandangkan Langkawi memang bandar bersejarah.

Dan Pantai Chenang yang sangat indah dan best gila bila dapat cuci cuci mata. Wahh...

Biarlah gambar menceritakan segalanya...

Nak pergi Island Hopping. Tunggu di tempat yang dijanjikan.

Rayyan masih rilek, walaupun naik bot yang sangat laju dan hampir tertonggeng. Aduh.. Ibu yang risau, Rayyan rilek je tido.

Dah sampai Tasik Dayang Bunting. Yeay!!!

Ini kat Rumah Beras Terbakar.

Kelakar bila Yayah adik aku tanya, "Mana terbakarnye, takde pun". Hahahahaha.. So hilarious.

Gambar naik cable car, takde. Sebab masing masing takut. Dah sampai puncak baru snap pic. Huhuhu...

Turun dari cable car, main main dengan rusa.

Hadapan Kota Mahsuri

Kuci kuci ku...

Balik naik feri. Semua dah tertido. Aku je tak.

Rayyan maintain comel.

Masa pergi ni pun bulan Januari 2010. Rayyan kecik lagi. Baru 3 bulan. Kecik kecik dah jalan jauh yer Rayyan.

Malas aku nak detail cerita pasal ke Langkawi ni. Banyak sangat. Terlalu banyak. Cukuplah sekadar aku bagitau aku dah ke Langkawi. Dan Langkawi memang sangat best. Yeay!

Oh ya. Semua orang tau Langkawi adalah negeri bebas cukai. Masa ke Langkawi ni pun ada shopping sikit sikit. Tapi tak beli barang banyak sangat pun sebab takde masa. Duit pun kering sokmo.

Masa tengah tengah menunggu adik dan kakak ipar aku shopping cokelet, aku terdengar sorang akak ni cakap kat handphone dia. Aku terdengar pulak akak ni bersembang.

"Kau kat mana? ............... Aku tak tau la aku kat mana ni. Macam mana nak jumpa kau ni? ............... Ok, aku sekarang ada kat kedai 'Duty Tax Free' ni. Aku tunggu kau kat sini"

Ok, aku gelak masa tu. Tapi agak tak baik gelakkan orang jadi aku cover sikit gelak aku.

Sikit je.