Thursday, March 13, 2014

9 months, Syauqie Naeem Fully Breastfeed





Salam sayang pembaca sekalian,

(Macam ramai sangat baca. Kah kah kah)

Alhamdulillah, Muhamad Syauqie Naeem baby ibu sekarang dah 9 bulan, dan 9 bulan lah Syauqie fully breastfeed. Which is sangat membanggakan sebab masa Muhamad Rayyan Danish dulu cukup cukup je 6 bulan, then dah campur susu formula.

Niat asal memang nak bagi Syauqie susu badan secara ekslusif selama 2 tahun. Tapi apakan daya. Memang setakat 9 - 10 bulan je. Masuk bulan ke 11 ni nanti beli susu formula dah. Ibu tak mampu nak produce susu badan lagi.

Okey, ade sebab kenapa stop susu badan. Atas saranan doktor, diri sendiri yang tak nak (kuat mengempeng Syauqie ni, kuat gayut) dan juga mind set yang menyebabkan terus merudum susu badan.

Ada peristiwa satu hari tu, kejadian yang mengejutkan aku dan suami, which is aku down sangat sangat sangat hari tu. Dan dan tu gak, nak pam susu badan, terus takde susu. Selalu sekali sesi dapat 6 oz. Tapi hari tu memang pam kuar 2 oz je. Mental dan emosi memainkan peranan penting gak dalam penghasilan susu badan, so jangan main main k.

Oh ya, kenapa stop susu badan? Mesti ramai tertanya tanya. Chewahh.. Ada sebab, okey. Ada sebab. Bukan sengaja.

Cuma belum bersedia nak berkongsi lagi. Nanti la yeh.

Oh yer, latest pic of my baby Syauqie.

Baru lepas nangis. Mata tu berair tu. Tapi terus gembira bila duduk tepi tingkap. Syauqie memang suka duduk tepi tingkap tengok orang luar. Pastu termenung.

Wajah skema. Ni boleh buat gambar passport ni. Hahaha tengokla dagu yang berlipat tu.

Cheeky. Muka gatai nak kena geget.

Sekarang kuat susu, (sebab tu susu badan cepat habis. Hahahaha) kuat makan, (ini serius, kuat makan) dan dah pandai main dengan abang Rayyan.

Kalau malam, mula la dia start bergurau ngan abang dia. Kelakar tengok gelagat dua beradik ni, comel sangat. Cuma tak rakam video je. Kalau rakam, lagi kenangan best.

Syauqie ni satu lagi, kuat menyakat. Oh serius kuat nyakat macam bapak dia gak. Dia suka sakat abang dia. (Macam tak caye kan, tapi percayalah)




p/s: Bapak borek, anak rintik.

p/s/s: Muka Syauqie ngan bapak pun sebijik sama.


Thank you for spending time reading this entry yaw!