Monday, December 23, 2013

Mana Adik, Mana Abang?

Kesinambungan dari previous entri.

So, dah tengok gambar Syauqie kan. Ni progress berat baby dari lahir sampai 6 bulan. Membesar dan memberat dengan jayanya.


Berat baby.

6.3 kg.

6.7 kg.

7.4 kg

Opss.. Masa 5 bulan, 7.8 kg, lupa nak update pic kat instagram. Hehehehe


8.3 kg.

Compare Rayyan dengan Syauqie masa baby dulu, Syauqie lagi tembam tembun dan lagi semangat badan dia. Tengok la berat dia macamana. Nak dukung sekarang pun dah tak larat.

Kan entri sebelum ni ada mention, muka Rayyan ngan Syauqie masa 5 bulan sama sangat. Ni la buktinya!


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Masing masing 5 bulan. Mana satu adik mana satu abang???





Haaaa lebih kurang sama kan muka diorang. Kiri tu Syauqie, kanan tu Rayyan. Baju pun kebetulan sama.

Biasa la, dapat anak jantina sama ni, baik recycle je baju. Takde la membazir. Kannnn... Hehehehe..

Tunjuk Rayyan gambar ni, pandai pulak Rayyan dia kata kiri tu Syauqie kanan tu Rayyan. Pandai abang. Lagipun gambar kanan tu masa pakai henpon cap ayam so gambar blur la. Belah kiri pakai Note II. Okey la sikit kualiti. Yela, 4 tahun lepas mana nak pakai henpon canggih. Henpon biasa je..

Anyway, sayang dua dua comel Ibu nih... :)



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, December 20, 2013

Muhamad Syauqie Naeem - Newborn to 6 months

Hari ni nak update cerita pasal anak je. Boleh tak? Especially Syauqie la sebab dia punye cerita dalam blog ni macam sikit sangat. Kesian dia. Uhuk uhuk.

Makanya, entri kali ini adalah entri bergambar. Progress my baby Syauqie ni dari bulan ke bulan.



7 Hari - Baru lepas cukur rambut. :)

Genap sebulan dah Syauqie.

2 bulan dah.

3 bulan.

4 bulan.
 4 bulan sebenarnya Syauqie dah start meniarap dan guling guling kan badan. Lasak budak ni. Boleh tahan gak lasak dia. Nasib la awak comel dik...


5 bulan. Sebijik macam abang Rayyan masa kecik.

Suka gambar Syauqie pakai cap terbalik ni. Comel sangat. Sebijik macam abang Rayyan masa 5 bulan dulu. Siap buat comparison lagi. Nanti la next entri.


5 bulan. Meniarap dan golek golek sampai bawah kerusi.

6 bulan!

6 bulan.

Since Syauqie 5 bulan dia dah gigit gigit benda. Jari, atau apa apa je yang die dapat die gigit. Orang kata gusi gatal nak tumbuh gigi. Genap je Syauqie 6 bulan, terus ada gigi! Gigi dah keluar.

Seram gila nak susukan badan Syauqie. Sebab bila dia dah kenyang, atau dia tak nak menyusu badan, dia akan gigit, lepas tu tarik tepi. Wooooooooooo.. Menjerit woooooooo.. Sakit wooooo die gigit nenen Ibu diaaaaaa...


Syauqie dah golek golek ke bawah kerusi macam biasa.

Gotchaaaaa!

Golek golek lagi bawah katil pulak.

Gambar bawah katil ni okeh lagi la. Masuk kaki dulu. Lepas tangkap gambar ni, angkat la die balik letak atas toto macam biasa. Ibu pegi dapur sambung keje. Sekali hilang.

Cari cari, dia kat bawah katil lagi. Tapi kali ni kepala dia bawah katil. Kaki je terjulur keluar!!! Serius tak sampai hati nak tangkap gambar. Dibuatnya dia lemas ke, dah la bawah katil tu berhabuk. Tak pun, dibuatnya die tolak sket kaki dia, mau satu badan terus dah kat bawah katil. Lagi haruuuuuu. Sabo jela.

Angkat die keluar, boleh lagi sengih sengih. Seronok la tu bawah katil. Gelap jek yeh.

Kali ni golek golek sampai tersangkut bawah almari. Dah tak bole gerak. Tapi bole gelak lagi.

Bawah almari kat rumah mak ni port favorite. Ntah ape yang die suka sangat ntah. Sampai tersangkut badan dia yang ketul ketul tu. Lemak tebal.

Latest Syauqie 6 bulan. Baru lepas cocok.

Masa ni kami anak beranak outing kat JJ AU2 Keramat. Ibu dan anak selfie la ape lagi.


Family potrait without Ibu.

Masa ni attend wedding kawan Encik Tingkerbell. Event diorang best. Decoration, colour theme, entrance, pelamin, cantik cantik semua. Tapi takde plak tunjuk gambar sini sebab ni entri untuk anak. Hehehehe


Muka mengantuk sangat ni.

Adik Syauqie Naeem dan Abang Rayyan Danish.

Rayyan sebagai abang yang jarak agak jauh la, 4 tahun. Nampak sangat lah abang memang jealous kat adik. Tapi lama lama, nampak pulak dia sayangkan adik dia. Yela, mula mula je tak boleh terima. Lama lama okey la dia kan.

Rayyan pulak memang dah makin lama makin bijak + nakal lain macam sikit. Sebelum ni pelat kuat, tapi sekarang dah pandai la lepas kita ajar satu satu cara pronounce.

Contoh dulu die sebut "ape etomm." Sekarang die dah pandai sebut "assalamualaikum" dengan jelas dan terang. Alhamdulillah...

Pandai anak anak ibu semua nih. :)



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, December 18, 2013

Aku Bukan Blogger. Chewah!

Wow.. Tajuk nak gempak. Eh, haruslahhh...

Last entri aku adalah experience bersalin baby Syauqie la. Punye lama. Syauqie pun dah 6 bulan. Setengah tahun tak buat entri baru kot!

Banyak benda bole share kat sini. Since dah berbulan menyepikan diri dari berblogging. (Ayat macam blogger tegar. Padahal tak. Puiiiii!)

So, ingat nak rajin mengupdate lah lepas ni. Since bosses dah start bercuti (al maklumlah dah hujung tahun ni kan) maka ada lah waktu senggang. Ye dak?

Tapi nanti nanti la. Idea banyak tapi tak tau nak curah yang mane satu.

K lah. Sakit belakang. Malam tadi suruh Encik Tingkerbell urut, dia takmo. Tak reti katanya. Urut lain reti pulak. Eh, eh. Ape ni? K bai.



p/s: Nampak tak banyak sangat bahasa pasar tu. Melayu campur English. Pape ntah.

Thank you for spending time reading this entry yaw!