Friday, March 23, 2012

Kenapa Encik Tingkerbell Selalu Lambat Pergi Kerja

Source: Encik Gugel



Kalau Shahrizal Jaszle boleh bagi alasan ni, aku rasa Encik Tingkerbell pun boleh bagi alasan macam ni kat bos dia kalau dia pergi kerja lambat.

Hehehehehehehe...

Baca kisah mamat ni sepenuhnya di SINI.



p/s: So fucking damn ridiculous.

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #16 : Jarak Selamat

Source: Google

Pastikan jarak selamat anda. Jangan pandu terlalu laju bila berhampiran dengan motorsikal atau basikal di jalan raya.

Peringatan untuk anda dan diri sendiri juga.




p/s: Al-Fatihah buat Rafizi Hamdan, 37 yang telah meninggal dunia ketika berbasikal di MRR2 berhampiran susur masuk ke Taman Melawati. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala akibat dilanggar kereta yang dipandu laju.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, March 20, 2012

Gelagat Lucu Rayyan

Dah lama tak cerita pasal si kecik cutie pie Muhamad Rayyan Danish kan? Sekarang dah pandai dah. Walaupun tak reti cakap lagi. Cuma tahu sebut perkataan sepatah sepatah je. Tapi dia boleh la jugak hafal ABC sekejap je. 123 pun sekejap je dia master. Cuma ada pelat pelat sikit la. Kelakar pun ada Rayyan ni.

Huruf paling susah dia nak sebut adalah huruf W. Rayyan pronounce W as 'wikiwiki.' Adoiiiiyaiiii... Jauh sangat tu bunyinyaaaa...

Nombor 8 sebut 'apam.' Tapi sekarang dah okey sikit, sebut 'apan.'

Nombor 9 paling kelakar. Dia sebut 'emenyan.' Dah macam sebut kemenyan pun ade gak.

Perangai Rayyan sekarang, kalau dia tak nak sesuatu tu, dia akan sebut NO sambil tunjuk jari telunjuk dia. Comel je. Yela jari dia kan kecik je, so bila buat tunjuk dari telunjuk tu, jadi comel lah! :D


Ni kisah Rayyan:-

KISAH 1

Biasalah lepas kerja makan malam dengan family mertua. So, mak dan bapak mertua nak balik rumah, selalunya salam salam nak balik lah kan. Bapak mertua saja nak sakat Rayyan. Naik motor ayahnya ni. Rayyan memang dah tau motor tu motor ayah dia. Dia marahnya atok dia tu. Sambil nangis nangis tarik atok dia suruh turun dari motor. Sebab dia nak naik motor dengan ayahnya, Encik Tingkerbell tu.

Atok Rayyan ni saja sakat lagi buat buat nak bawak motor tu. Kami sekeluarga suruh je Atok Rayyan ni bawak je motor tu. Tengok apa Rayyan nak buat. Rayyan makin kuat nangis sebab marahkan atok dia bawak motor tu.

Atok die bawak la motor dulu ke depan. Yang kelakarnya, Rayyan ni bole nangis nangis semahunya sambil cakap "no no no no no no" dengan jari telunjuk dia goyang goyang kiri kanan kat atok dia. Air mata meleleh leleh dah tapi sempat nak cakap no no no no no tu yang tak tahan tu. Kelakar la plak tengok gelagat dia. Hahahahaha!


KISAH 2

Ada satu malam tu, tengok konsert mania kat Astro Ria. Encik Tingkerbell takde sebab sibuk kerja. Dok la layan lagu lagu best kat konsert tu. Masa tu Atilia nyanyi lagu Gelombang. Best lagu tu. Aku pun siap nyanyi skali la.

Tiba tiba Rayyan datang dekat, dia tutup mulut aku dengan tangan comel dia tu, sambil cakap "NO!" Sebelah tangan tutup mulut aku, sebelah tangan lagi jari telunjuk dia tunjuk kat aku. Aku tolak tangan dia, aku nyanyi lagi. Dia tutup lagi mulut aku, cakap "NO!" sekali je. Macam cara tegas.

Ishk, sedih aku. Sumbang sangat ke suara aku ni sampai anak sendiri tak kasi nyanyi? Ishk ishk ishk. Aku fikir positif, dia sebenarnya nak dengar Atilia nyanyi. Bukan nak dengar aku nyanyi. Kan?

Bukan sekali tu je. Esok pagi tu, tengok Boboiboy. Aku pun rasa lagu ni macam best, nyanyi jela. Rayyan buat aksi yang sama tutup mulut aku sambil cakap "No." Lagu Boboiboy pun ibu nyanyi tak sedap ke sayang?

Baru aku perasan. Bukan sekali dua dia tutup mulut aku. Kadang kadang dalam kereta pun dia ada buat macam tu. Kadang kadang dia buat tak tau je kalau aku nyanyi. Sesetengah lagu je yang dia larang aku nyanyi. Aku rasa si Rayyan ni fokus la nak dengar lagu tu. Kan kan kan.



p/s: Suara aku tak sedap sangat ke? *nangis*


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Monday, March 19, 2012

Tips Penggunaan BlackBerry

Sebelum ni aku post entri kenapa aku pilih BlackBerry, sekarang aku bagitau macamana nak jaga BlackBerry ni. Ni pun forward dari ВВМ user. :)

Tips agar BB kita tak lembab dan operasi tetap lancar dan stabil, kerana BB bukan HP biasa, tetapi sebuah Smartphone. Tips ini untuk semua jenis BB, baik Curve, Bold, Torch mahupun Storm. Berikut tipsnya:-

Logo Menu BlackBerry

1. Usahakan tiap 2-3 hari sekali, cabut bateri BB, dan biarkan selama 1-2 minit, ini fungsinya untuk membuang dan menghapus sisa-sisa file yg tidak terpakai akibat proses chatting mahupun browsing.

2. Lakukan secara rutin Clear Log Event dengan cara tekan ALT+L G L G. Akan muncul dilayar hasil log, tekan logo menu , pilih Clear Log (jika bahasa inggeris), atau bersihkan Log (jika bahasa melayu), tekan Clear.

3. Lakukan juga secara rutin Cleaning Memory, dgn cara, pilih Options, Security Options, Cleaning Memory, tekan logo menu , pilih Clean Now.

4. Tiap 2-3 hari sekali, lakukan Host Routing Table, dengan cara pilih Options, Advanced Options, pilih Host Routing Table, tekan logo menu , pilih Register Now.

5. Dan setelah step ke 4 di atas,lakukan juga tiap 2-3 hari sekali Diagnostic Test, ini sangat penting. Kerana inilah bukti apakah BB kita berhubung dgn operator, baik PIN, Register maupun Email. Dengan cara, pilih Options, Mobile Network, setelah itu tekan logo , pilih Diagnostic Test, lalu tekan lagi logo menu , pilih RUN, biarkan sampai proses berjalan Completed, jika hasil proses ada yg NO, ulangi lg agar hasil smua YES.

Itulah tips agar BB kita lancar, stabil dan tidak lembab. Semoga bermanfaat. Ingat, tips di atas bukan cuma diusahakan, tetapi wajib, agar BB kita lancar dan tidak lembab. Coz BB bukan HP GSM biasa. BB (Blackberry) adalah Smartphone.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 16, 2012

Kenapa Aku Pilih BlackBerry

BlackBerry? Android?

Tiba tiba rasa nak post jugak benda ni. Sebab aku ada terbaca satu blog, mengatakan Android lebih baik dari BlackBerry. Di mana aku rasa macam tak adil sebab terang terangan dia cakap BlackBerry tu sangat tak best. Okey, itu pendapat masing masing lah kan. Tak salah kalau nak kata Android bagus, sebab masing masing ada kelebihan dan kekurangan.

Sebenarnya kelebihan handphone tu tak kira lah BlackBerry atau Android atau iPhone, bergantung kepada pemilik tu sendiri. Tujuan penggunaan handphone untuk apa, dan sebagainya. Dalam pendapat aku, aku cuma boleh bagi pendapat untuk BlackBerry dan Android sebab aku pernah pakai dua dua ni. iPhone, sorry lah. Aku tak pakai handphone mahal mahal sangat ni. Hehehehehe...

Eh jap. Tau tak Android tu apa? Android tu OS (Operating System) untuk handphone (smartphone). Contoh macam komputer, OS dia Windows. Ada Windows 98, XP, 2010, etc. Nak tau lebih, google sendiri yeh.

Hujah hujah aku. Chewahhhhhh!


Source: Encik Gugel


1) Pakej Internet (BIS atau Broadband)
BlackBerry : BlackBerry ada servis untuk BIS (BlackBerry Internet Service). Pakej internet paling murah. Contoh la, memandangkan aku pengguna Celcom Prepaid je (tak mampu nak postpaid) aku langgan pakej BIS RM8/seminggu. Kalau sebulan, baru RM32 jek. And pakej ini unlimited iaitu boleh browse apa apa saja, BBM, instant messaging (YM, GTalk, MSN, ICQ, Whatsapp, etc), Facebook, Twitter, Email, Youtube, eh semua lah. And semua ni 24 hours okey. And oh yes, Hotlink RM20/sebulan. Yang ni memang BlackBerry menang.


Android : Tapi kalau Android pulak, kena amik pakej internet macam biasa kalau nak surf internet. Kalau pakej broadband prepaid yang aku tau, Celcom Xpax, RM18/seminggu. Kalau sebulan RM72. Pergh.. Hotlink atau Maxis pun sama gak rate macam ni gak. Member aku pakai Android, kalau dia nak surf internet, amik pakej RM2/sejam. Tu pun sejam je beb. BlackBerry 24 jam tau! And kalau amik postpaid pun, paling murah internet sebulan RM68 atau RM48. Internet sahaja. Tak termasuk phone call, sms dan mms okey.


2) Performance
BlackBerry : Selama aku pakai ni, laju dan okey je. Jarang phone aku hang la. Kadang kadang yer hang. And kita kena buat Hard Reset (Cabut bateri terus tanpa off hp). Aku pakai BlackBerry 9700 (Bold 2), and sebelum ni pakai Version 5. Memang lama gak la nak tunggu hp on. Tapi lepas dah upgrade version OS6, cepat la pulak handphone aku on.


Android : Masa aku pakai Samsung Galaxy Tab, (sekarang pun pakai gak) banyak kali gak hang. Sampai aku kena reset gak. Tapi bila reboot, memang cepat la on balik. Tak dinafikan.


3) Bateri
BlackBerry : Ramai cakap BlackBerry memang tahan baterinya. Yes aku admit sebelum ni. Tapi lepas aku dah explore macam macam benda dalam BB ni, makin laju bateri habis. Yela, semua aku buat. Email, FB, Twitter, YM, tapi ada cara camne nak control bateri BB ni. Aku je malas. Hehehehe

Android : Kadang kadang tak pakai pun bateri jadi low jugak? Apsal? Aku pun tak paham ngan Galaxy Tab aku ni,


4) Email
BlackBerry : The best email application ever. Laju je email masuk. Aku boleh sync dengan email ofis, gmail pun bole. Nak setup sangat senang as easy as 1, 2, 3.

Android : Nak setup gmail okey la senang memandangkan Google Play (Android Market) adalah dari Google sendiri. Tapi bila nak setup email ofis, agak payah gak. Nak mintak popup la ape jadah la dan ia menggunakan application lain. Sampai aku kena BBM dengan IT Department tanya macamana nak setup email ofis.


5) Video Call
BlackBerry : Memang takde langsung. Tapi, mana ada dah orang nak video call sekarang.

Android : Memang ada dan bila ada skype, lagi sonang kan. Ok Android menang.


6) Applikasi
BlackBerry : Orang rajin macam aku je tau sebenarnya ada banyak application yang best best kat BB Application World. Sama rajin atau tak je.

Android : Banyak jugak application dari Android ni. Sama jelah. Banyak game best boleh main. :)


7) Web Browsing
BlackBerry : Skrin kecik, so tak berapa nak puas hati la kalau browse website. Tapi boleh je choose Column View, okey je kalau nak baca.

Android : Kelebihan utama Android. Skrin besar dan puas hati. Okey la Android menang. Hehehe


8) Syncing dengan PC
BlackBerry : Sangat sangat senang untuk sync contacts, calendar, music, video antara PC dan BlackBerry. Sebagai seorang secretary, sangat penting untuk aku tahu segala schedule bos, tak kira la aku kat rumah atau pejabat.  Data data kat kalendar selalunya aku key in dalam Microsoft Outlook, macam meeting, flight schedule, appointment, seminar, personal matter. Install je BlackBerry Desktop Software kat pc, sync dengan outlook kat pc, semua data tu ditransfer masuk ke BlackBerry aku. Termasukla contacts. Senang kerja k.

Android : Aku pernah try sync Microsoft Outlook aku dengan Galaxy Tab aku in case BlackBerry aku problem. Tapi sampai sekarang aku tak dapat nak sync kan. Kena ada software lain kena install, pastu kena beli plak tu. Celah mana aku nak sync. Sampai skg tak dapat. Okey, Android kalah. :P


9) QWERTY keyboard & Touch Screen
BlackBerry : Senang nak menaip pakai QWERTY keyboard je. Takde masalah okeyyyy!

Android : Touch screen sangat susah. Skrin boleh comot, nak tekan lain, lain yang keluar, selalu sangat terjadi. Bagi aku, touch screen sangat menyusahkan okeh kalau nak menaip.


Kesimpulan
Kesimpulan yang aku boleh buat kat sini, sebelum nak beli BlackBerry atau Android, fikir dulu kita guna untuk apa. Kalau korang memang kaki games, kaki browsing internet je, digalakkanlah Android. Sebab kalau main game, dengan Android memang lagi best la tak dinafikan langsung.

Tapi kalau secretary macam aku, aku galakkan pilih BlackBerry sebab sangat senang untuk access internet 24 hours, email, calendar, contacts, dan paling best application BBM tu sendiri. BBM sampai lebam. Nak send pic pun pakai BBM je, tak yah MMS. Even nak anta voicenote pun BBM jek. Nak buat BlackBerry tu macam walkie talkie pun bole install je BeepUs.

Sepanjang aku guna BlackBerry ni, aku dah takde niat nak tukar handphone lain. Dah setahun lebih aku pakai, so far takde masalah lagi. Ada masalah pun takde la teruk sangat pun. Ini pun aku beli BlackBerry 2nd hand tau. Bukan 1st hand. Lagi laaa...

Aku banyak guna BlackBerry ni untuk BBM, Facebook, Twitter (sangat sangat), email, mengingat jadual bos 24 jam (calendar), WhatsApp, YM (kadang kadang). Tapi ni pun dah terlalu banyak dah bagi aku. Aku tak perlu macam macam application, game memang tak sentuh langsung. Camera kadang kadang je sebab aku nak snap pic pastu upload Facebook atau Twitter. Tu jela. Nak blogging pun senang. Pakai email dari BlackBerry lahhh! :) 

Tapi main reason adalah no 1, 8 dan 9. Sebelum beli apa apa, fikir fikirkan, dan selamat beramal. Hahahaha :D




p/s: Ini entri rajin menaip namanya.

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday #15 : I Miss You

I Miss You.


I miss you my blog. Lama dah tak post entri kat sini. Lain kali yeh. :)


Thank you for spending time reading this entry yaw!