Wednesday, August 25, 2010

Contest Senyuman @ Happy Birthday Farisyah

Saya nak join contest lagi satu, ok. Ini Contest Senyuman. Contest ni dianjurkan oleh Cik Jue.

Untuk mengetahui syarat penyertaan, sila klik sini atau klik gambar bawah atau klik pada side bar yer.



So gambar yang bertuah yang telah saya pilih adalah,

.

.

.

.

.

Tada!!!

Nama: Muhamad Rayyan Danish
Umur: 10 bulan

Gambar ni diambil masa Rayyan 8 bulan. Senyum macam nak mengorat orang la pulak. Pakai serban ni yang tak tahan tu. Hahaha...

Ok, closing date contest ini adalah pada 8.09.10 jam 5.32 ptg.

Tuesday, August 24, 2010

CONTEST SAYA DAN BABY oleh Cik Awynn

Saya pun nak join contest jugak.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh klik sini atau klik gambar kat bawah ni atau klik kat side banner untuk syarat penyertaan yer. Contest ini dianjurkan oleh Cik Awynn.


So, gambar yang bertuah ini adalah, jeng jeng jeng..

.

.

.

.



Ni pic saya dan Muhamad Rayyan Danish. Masa ni si Rayyan tengah seronok tangkap gambar macam paparazzi kiri kanan, tak tau nak pandang kamera mane satu sebab ada banyak kamera. Hahahaha.. Ayat pun panjang ni ha. Masa ni Rayyan 8 bulan.




Closing date: 9 Sept 2010

Monday, August 23, 2010

You Deserve It

Aku tak pernah jealous kan kau.

Seriously shit, aku tak pernah langsung nak cemburu kan kau.

Tapi boleh tak kau fikir, apa yang kau dapat selama ni, setimpal ke dengan apa yang kau buat?

Setimpal?

Sebelum tidur, kau fikir balik dosa dosa yang kau buat, kau fikir dalam dalam dan cakap, "Betul ke apa yang aku buat selama ni?"

And think again, do you really deserve it?

Well, maybe you'll say yes kalau kau dah jual tubuh kau.

Aku akan tepuk tangan dan cakap,

"Well, you deserve it"

Monday, August 16, 2010

Kisah Adik - Part I

Adik aku Wan ni kelakar dalam keadaan dia tak sedar. Dulu aku penah post entri pasal dia ni.

Sape tak baca lagi, klik SINI.

Kalau dulu diorang ni bertunang, sekarang dah kawin dan bakal ada anak dalam bulan 11 nanti. InsyaAllah...

Adik ipar aku Huda ajak Wan pergi Nagoya kat Carrefour Wangsa Maju sebab nak beli kain langsir. Yang si Wan kata takde Nagoya kat Carrefour pun.

Si Huda kata ADA.

Si Wan kata TAKDE.

Siap bergaduh la diorang laki bini pasal nak pergi Carrefour.

Wan boleh kata,

"Mana ada Nagoya kat Carrefour. Kalau nak pergi Nagoya, kena pergi Nagoya Textiles"

Hadoyaiiiii.. Sape yang dengar memang terbahak la. Tak pasal pasal kena bahan Wan haritu.



p/s: Nagoya kat Carrefour tu memang la Nagoya Textiles, cawangan kat Carrefour Wangsa Maju.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Di entri ini, saya ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

dan

SELAMAT BERPUASA

kepada semua keluarga, kawan-kawan dan seluruh umat islam di seluruh dunia.

Semoga diberkati Allah s.w.t.



p/s: Ucapan termasuk kepada musuh. Hehe

Monday, August 9, 2010

Bodoh

Bapak aku pernah cakap,

Phrase (1)
"Kalau kau nak tinggi, kau kawan dengan orang tinggi. Kalau kau kawan dengan orang rendah, memangla kau rendah"

Masa tu aku sekolah rendah. Asalnya aku tak percaya sangat, tapi bila pk balik dan tengok balik, yer memang kawan-kawan aku semua lebih kurang sama tinggi dengan aku, semua kecik dan renek je. Takde pun yang tinggi tinggi. So, ada logiknya kat situ, kot.

Bapak aku ada cakap jugak,

Phrase (2)
"Kalau kau nak pandai, kau kawan dengan orang pandai. Kalau kau kawan dengan orang bodoh, memangla kau bodoh"

Kalau phrase (2), yes aku setuju. Sebab mental kita memang dipengaruhi dengan orang sekeliling. Cara percakapan, apa kita cakap, cara kita berfikir, yes memang betul kalau kawan kita tu cakap macam tu, mostly kita akan terpengaruh dan terikut ikut.


Tapi,


Bila kita dah berkawan baik, tiba-tiba ada masalah kecik yang menyebabkan kita bermasam muka atau tidak bertegur, pendek kata dah tak berkawan rapat macam dulu, jangan la kau keluarkan statement tu (Phrase 2).

Nampak sangat kau nak kata kawan yang ko rapat selama ni rupanya bodoh,





KAN?





Sebab tu kau dah tak nak kawan lagi dah kan, sebab kawan kau ni dulu bodoh kan?





Kesimpulannya: Sekarang ni siapa yang lebih bodoh sebenarnya?



p/s: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Hari ni dengan esok last la entri kutuk mengutuk. Nak masuk bulan pose dah. Lepas raya boleh sambung balik. Hahaha

Thursday, August 5, 2010

Baby BIRU Contest

Join contest lagi. Yeay!

Baby Biru Contest, sape nak join. Nak tau macamane nak join, atau syarat-syarat, sila klik sini atau klik pada gambar di bawah yer.




Ini gambar Baby Biru ibu yer...



Nama: Muhamad Rayyan Danish
Umur: 9 bulan

Rayyan said, "Saya nak Chicken Wing......."

Hehehe...

Boss, Oh Boss

Kat ofis aku ni banyak isu pasal bos. Tak sangka pulak aku kawan aku, Qemar pun ada isu pasal bos jugak. So terlintas kat kepala hotak ni nak cerita pasal bos aku.

Yes, I am proud to say that I love working with my boss. Aku suka bos aku. Tapi tak pernah plak aku terlintas nak jatuh cinta, atau nak berskandal atau menggedik gedik kat bos aku semata nak dapat increment lebih. No!

Mulanya kerja kat company ni, aku agak frust bila dapat tahu ada orang lain yang gaji lebih tinggi dari aku, tapi kerja so-so je. Pernah sekali aku menangis kat workplace aku sebab terlalu tension dan pressure yang teramat. Ditambah lagi bila fikir gaji tak setimpal dengan apa yang aku buat untuk company ni. Memang frust.

Mulalah masa tu rasa nak berhenti kerja, nak cari kerja lain, nak keje government, bla bla bla. Tengah pressure la katakan.

Pandangan aku semua tu berubah bila bos aku panggil untuk bagi surat increment.

(Company aku bagi increment bulan 7 lepas, patutnye awal tahun, kan)

First thing first, bos aku cakap.

"This increment is based on your performance September last year. Actually, I just wanna give you increment less than RM50. You have a very bad performance."

Aku diam. Alamak, ape nak jawab ni. Diam jela.

Dia tambah lagi, "very very bad"

Hotak la nak kutuk aku depan depan ni. Sabor jela. Diam jek.

"But I made some changes before I confirm your increment. Because early this year you've change a lot. You have totally changed. What happened to you? What did you do?"


Aku tergamam. Huh?! "No, I didn't do anything. Just do things as usual. Maybe last year I was pregnant. So, didn't do well"


"No
lah! Previous year before also you didn't do well"

Cis!~ Kutuk aku!

"I think because your status as a mother la. You've become more responsible, more effective, not forgetful like last time, now you're doing great"

Dia tambah lagik.

"Of course when you become a mother, you won't forget to feed your baby, right? Same like work la!"

Aku pun OOOOO jela. Camtu ek?

So, bla bla bla bos aku sembang hebat dengan aku dah macam best friend plak. Dia tanya macamana kerja sekarang. Enjoy ke tak? Aku pun berceritala macam cerita dengan kawan, tapi opss, ada batas yer.

Perkara yang buat aku bangga sangat adalah, increment aku adalah jauh lebih tinggi dari awal dia nak kasi. Mungkin die nak kasi aku RM30 je kot. Tapi lepas dia tukar, pergh, memang cakap terima kasihla bos.

Banyak kali gak aku cakap Thanks kat dia.

Dia cuma jawab, "No, no Asknie. You deserve it"

Lama jugakla borak dengan bos. Bos aku kata, kalau aku maintain performance aku, appraisal tahun ni dia promote naikkan gred then of course naik lagi la tangga gaji aku ni ha. InsyaAllah...

Doakanla...

Apa yang bagus bos aku ni,
  1. Dia jarang marah aku. Kalau aku buat salah, dia tegur cara betul. Marah jarang sekali.
  2. Walaupun jarang marah aku, die selalu marah sub-con, selalu marah orang lain. Tapi aku TAK PERNAH kena tempias. Kan sesetengah bos, kalau sorang kena marah, habis semua kena sembur gak. Bos aku pandai control anger. Depan aku boleh senyum lagi, padahal baru lepas marah sub-con atau colleague lain.
  3. Bos aku appreciate apa yang aku buat. Semua benda yang wajib aku serahkan, atau benda yang dia mintak, apa apa je, mesti akan ada perkataan "Thanks" keluar dari mulut dia.
  4. And macam aku cerita tadi, dia akan berikan kita pulangan berbaloi dengan apa yang kita berikan pada dia. Maknanya, kerja aku bagus, bagusla appraisal aku atau increment aku. Kalau kerja macam taik, jangan harap dia nak bagi respon yang baik jugak.
Kelemahan bos, satu je.

SANGAT SANGAT TERLAMPAU GILE BABI KEDEKUT.

Kedekut jela, tapi sejak aku kerja bagus ni, baik hati plak dia nak kasi aku elaun telefon tiap tiap bulan beb. Hahaha...

Actually encouragement and motivation macamni la yang ramai staf perlukan. Baru ada semangat nak kerja. Since bos aku cakap gitu, baru aku ada semangat nak kerja sikit. Kalau tak, menangis je kot kerja aku tiap bulan.

Tak semua bos macamtu. One of my colleague punye malang dapat bos yang kerjanya asyik nak condemn orang je.

Patut ke seorang bos cakap macam ni,

"saya dah extend contract awak ni. saya ingatkan awak ni, supaya awak tu bersyukur sikit"

Actually banyak lagi. Tapi malas nak taip. Cari la sendiri.

Banyak sangat konflik dalaman kat ofis ni. Lain kali la cerita kalau ada masa.





Baik aku berhenti. Nanti ada orang tertidur plak baca.

Cuties Stripes and Line Contest

*Update: Tukar pic kepada 1 pic je. Hehe.. Sowi

Nak join jugak, sebab kebetulan memang ade pic dengan Rayyan berbaju belang. Hehehe..

Sila klik pada banner di side bar atau di gambar bawah ni kalau nak join jugak, ok!



Baiklah, ini gambar belang belang ibu dengan Rayyan. Hehehe...

Nama Baby: Muhamad Rayyan Danish
Umur: 9 bulan

Tapi pic ni masa Rayyan baru 5 bulan. Suka pic ni sebab expression muka Rayyan ada macam macam. Hahaha...


Closing Date: 15th August 2010

Wednesday, August 4, 2010

Moment With Newborn Baby Contest

Saya pun nak join contest jugak! Time kasih buat Ibu Qaisara & Danial yang promote. Hehehe...

Ada rezeki ada la kan, tak salah mencuba.



Sape sape nak join atau nak tau syarat-syarat contest, boleh juga, sila ke sini.


Baiklah, mari terus ke gambar anak saya!!!



Nama Bayi: MUHAMAD RAYYAN DANISH
Tarikh Lahir: 22 Oktober 2009 (Khamis)
Berat semasa dilahirkan: 3.38 kg
Umur Ketika Gambar Diambil: 5 hari
Nama Ibu: NURHASNI BINTI ALIAS
Email: asknie85@gmail.com
Kisah Di Sebalik Gambar:
Masa ni letak benang/tisu basah kat dahi nak hilangkan sedu. Kadang hilang sedu, kadang tak. Tapi alhamdulillah, sepanjang berpantang, tak pernah lagi Rayyan buat hal. Rayyan sentiasa di hati ibu! (Oh yer, Rayyan tido sebijik ikut ayah, moncong. Hehehe)