- Aku pregnant hampir 3 bulan sudah. Morning sickness makin kurang, so tiap hari boleh la pergi kerja macam biase tapi kadang-kadang lambat tu lagi la dah terbiasa.
- Tiap kali lunch, atau dinner, mesti perut aku akan naik dengan buncitnya. Sebelum makan tak la besar sangat, tapi bila lepas makan, akan ketara mara lah perut aku macam dah pregnant 5 bulan. (ade orang tegur suda)
- Nak kena beli bra baru. Bra dah tak muat dah. Hihihi
- Esok (Sabtu) ada family day Selaman (office my dad in law) kat Kemensah. Mak aku diupah untuk masak Nasi Goreng Kampung. Tapi mak aku mana tau nasi goreng kampung. Aku suruh buat je nasi goreng mak yang sedap tu, tambah je kangkung. At least ade la duit poket tambahan untuk mak aku bulan ni. Alhamdulillah. (Janji sedap yer mak!)
- Ahad ni nak pergi Pesta Buku kat PWTC. Mula-mula En Tingkerbell tak kasi pergi. Akhirnya setelah pujuk rayu dan tips tips dari adik aku Apis, akhirnya berjaya memujuk En Tingkerbell. Terima kasih Apis! Tips dan bodekan kau berjaya. Alang-alang jumpa Nana. Weh, lame gile tak jumpa ko la Nana. Windu aku!!!
- 21 April ni (Selasa) ade Secretaries Week kat Quality Hotel. Artis Kris Dayanti. Gile mahal satu kepala RM500++. Pergi jela, dah dapat pergi. Bukan aku bayar. Company bayar kan. Tema company kitorang warna coklat. Alaa.. malasnya nak cari. Hentam jela baju-baju buruk aku. Tambah plak baju aku HAMPIR SEMUA dah tak muat!!! Nyesal beli baju fit fit. Konon seksi la. Seksa dah sekarang.
- 23 April (Khamis) aku ada appointment dengan doktor for the 2nd time. Last time pergi baru dalam 8 weeks pregnant. So masa scan tu, kecik je baby. Nampak kepala dia and tangan kaki die tengah membentuk lagi. Yang paling terharu nampak jantung dia berdegup. Masyaallah, ada benda hidup dalam perut aku! Serius perasaan rasa lain sangat. Doktor ada print gambar scan baby tu tapi dah stapler kat kad pemeriksaan doktor. Ada kat rumah. Siapa nak tengok datang rumah k. Haha.. Tak sabar nak tengok baby lagi minggu depan.
- 25 April (Sabtu) ni, aku dan family En Tingkerbell akan pergi ke Port Dickson. Ini kerana kitorang nak survey tempat yang kami sewa tu sebab bulan 12 ni, family in law aku (dalam 8 family kot) akan buat family day. 2 hari 1 malam. Family day ni memang antara family sahaja, bertujuan merapatkan silaturrahim ahli keluarga sendiri. Terus terang aku rasa jarang aku dengar family sendiri yang anjurkan family day. Sebab aku cume pernah dengar family day anjuran office je. Anjuran family sendiri memang aku jarang dengar. And aku beruntung dapat family in law yang pentingkan talian kekeluargaan. Sebab family aku belah abah memang kucar kacir, bergaduh, macam-macam lagi walaupun rumah sebelah je. Cuma family belah mak aku ok, tapi susah sebab masing-masing jauh.
- 2 Mei ni kawan baik aku Siti Fajriah atau aku panggil Sara nak tunang! Unfortunately aku tak dapat pergi hari tu. Sebab sepupu En Tingkerbell nak kawin. Tapi aku akan ziarah Sara 1 Mei malam tu untuk ucapan tahniah dah juga of course la! Nak jumpa, dah lama tak jumpa. Aku ingat lagi, kali terakhir aku jumpa mak dia mase nak berpisah, mak Sara nangis bagai nak rak. Sebab sedih, tak jumpa aku lagi. Adoyai, sentimental la mak ko Sara. Tapi papehal mak ko memang rock!
- 16 Mei (Sabtu) Yani and Azuan nak kahwin!! Dua-dua kawan baik aku masa skolah. Sekarang ni kalau contact memang tak layan. Tengah busy dengan persiapan la konon. Sampai nak hantar kad kawin pun takde masa. Rumah sebelah je pun nak pos pos. Piraahhhhhh!! (Aku merajuk ni!)
Friday, April 17, 2009
Fast Update
Lame dah tak update blog. Serius tiap kali nak update, mesti busy. Arini pun busy tapi buat-buat ada masa walaupun takde masa. Hahaha... These are my latest update and my upcoming programme. Chewah. Macam banyak je benda nak buat.
1 Kritikan
Label:
Fast Update,
Happiness
Subscribe to:
Posts (Atom)