Monday, April 2, 2012

Aktiviti Hujung Minggu - 31 Mac & 1 April 2012

Adik aku Ikah dah balik dari UiTM Arau Perlis, yeayyyyy!!! Barulah rasa seronot sket dah complete set adik adik aku ada kat KL. Selalunya kalau adik beradik pompuan ni dah complete set, memang ada je aktiviti.

Asalnya aku nak ajak diorang makan Burger Kaw Kaw kat Wangsa Maju. Tapi bila fikir balik, dari membazir masa 2 jam beratur, baik pergi karok. Dah lama tak karok weihhh...

Lepas kerja hari Sabtu tu, aku balik rumah mak pick up adik adik semua ajak pergi karok. Blur gak nak karok kat mana sebab banyak sangat tempat karok dah sekarang. Memandangkan KL Festival City ada, ape lagi. Karok kat Superstar Karaoke, KL Festival City aje laaaa... Dekat je pun.

Serius best kat sini. Tapi lupa nak snap pic la. Ada pic kitorang karok jela.

Dari dulu lagi, kalau nak karok, mesti blur nak lagu apa. Dah siap buat list, tapi bila nak karok je, list lupa bawak. Blur gak nak nyanyi lagu apa. Kat rumah je nanti mesti nyesal, rasa nak karok lagu ni la lagu tu la.

Asalnya nak amik sejam je bilik kecik tanpa refreshment. RM20 jek. Sorang RM5 je. Tapi cashier tu cakap baik amik RM33 sejam, dapat 2 air, 2 makanan. Free setengah jam. So, amik jela promotion yang akak ni dah bagi. :D

Layan pic yooooo...

From Left: Yayah, Adik, Ikah, Me

With my beloved sister, Ikah. :)

Yayah dan Ikah.

Tengah tengah nyanyi tu, mak pulak call. Mak cakap pakcik dan makcik (yang tinggal kat Rompin Pahang) dah sampai. Mak suruh balik cepat. Aku cakap kat mak lagi sejam sebab kitorang baru je masuk ni.

(Karok sejam setengah memang tak cukup. Kami perlu sekurang kurangnya 3 jam.)

Kalau karaoke tak bergaduh tak sah. Dah nama adik beradik. Gaduh sape nyanyi dulu, turn sape nyanyi, kalau nyanyi grouping bergaduh plak masing masing nak part mana, part mana. Kalau amik lagu Alhamdulillah - Too Phat & Yasin tu, memang bergaduh masing masing nak rap. Dah la ade 3 part je rap. Kami ni berempat. Ha memang berebut mic semua nak rap. Belum lagi lagu Beribu Sesalan, bergaduh masing masing. Aku je cool. (Padahal gadoh gak. Hehehehehehe)

Ini belum Apis ada. Mau lagi Apis sorang je conquer nyanyi lagu Faizal Tahir dia tu. Eeeeeiiiii... Sebelum balik ke kereta tu, Apis dah sms tanya "Kenapa tak ajak aku karok???" HAHAHAHAHA SORI APIS. Sape suruh ko takde kat rumah tadi. Hehehehe

So kami balik ke rumah, tengok pakcik makcik sepupu semua ada. Makteh ngan Cik Ani pun ade. Dok pung pang pung pang sembang, ajak makan malam luar. So kami semua beramai ramai menuju ke Cengal d'Garden Cafe, Gombak. Makan ramai ramai, Mak Teh belanja. Terima kasih Mak Teh! Hehehehehehe

Big Family
Sorry Ikah, can't see your full face. Forgive the cameraman or should I say, the kid. :D


So malam tu, Encik Tingkerbell suruh aku tidur je kat rumah mak. Memandangkan memang seharian dia takde hari Sabtu lepas. Kami sekeluarga tidur pukul 2 pagi sebab dok sembang sembang. Biasalah kalau dah dah lama tak jumpa kan. Kul 12 tengah malam tu Encik Tingkerbell sms suruh aku gi cari car wash cuci kereta yang dah berkarat tu. Nasib memang ada car wash bukak 24 jam. Kat Shell Taman Melati. Itu pun beratur gak kereta. Ramai plak orang cuci kereta tengah tengah malam ni kan...

Sebab Ahad pagi pagi nak kena keluar pergi ofis MBPJ hantar pakcik Encik Tingkerbell nak gi umrah. Tak sempat nak cuci pagi pagi. Tu yang suruh cuci gak tengah tengah malam buta.


Nak dijadikan cerita, pagi Ahad dah la bangun lambat. Encik Tingkerbell kata sebelum kul 10 balik rumah. Sekali pukul 8:45 pagi Encik Tingkerbell call suruh balik cepat sebab nak pergi rumah pakcik pukul 9. Masa tu memang la dah bangun tidur, tengah sembang sembang ngan pakcik, makcik, mak sume, belum mandi plak tu. Terus la shoot balik rumah Keramat on the spot.

Pendek cerita, aku sempat siap sepantas kilat. Terus pergi Petaling Jaya. Lepak minum kat Syed Restaurant & Catering yang konon best la bak kata Encik Tingkerbell. Mak dan abah mertua bersama Rayyan dah siap menunggu kami kat restoran. Rayyan dari jauh dah nampak dia jerit jerit, "Ayah! Ayah! Ayah! Ayah" Ibu tak nak plak sebut kan. Kecik ati la kan kan kan. Bila tanya Rayyan, "Ibu tak nak sebut ke?" baru la dia sebut. "Abu. Abu" Ibu lahhhhhhhhhh. Bukan Abu. Ishkkkkkkkkkkkk -_-"

Then kami terus ke Ibu Pejabat MBPJ. Tunggu sampai kul 12 tengahari sebab pakcik ikut rombongan pergi naik bas. Semoga Uncle Lan selamat pergi dan balik nanti. InsyaAllah.

Rayyan main game kat handphone atok dia.

Hamik ko. Terkangkang kangkang ngan terjuih bibir dok ralit main game jek.

With beloved hubby Encik Tingkerbell. :)

Habis semua, kami anak beranak balik rumah. Letih woo dari pagi. So tidur la jap. Rayyan dari pagi sampai petang tak tidur langsung. Sebab petang tu pukul 5 kitorang pergi rumah mak balik. Nak say bye kat pakcik yang datang dari jauh Pahang. Lagipun tak jumpa Rayyan lagi kan.

Malam tu lepas maghrib gegas pulak pergi Studio Ukay Perdana. Rayyan yang memang tak tidur dari pagi, boleh lentok dalam kereta. Ishk, tulah. Suruh tidur tak nak.


Rayyan yang exhausted.

And berakhirlah Sabtu dan Ahad. Ishk. Isnin kerja. Sangat tak best.



p/s: Next week nak karok lagi. Ape lagi jom!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

2 comments:

  1. Haha, tang gambaq tu, yang cantik tu aku takde, bila hodoh tu, ada tp separuh je pulak tu. kfine. best karok!! xD

    ReplyDelete
  2. Wei, ade satu lagi gambaq hodoh mu yang jelir lidah tu. Ingat nak upload nanti ko mengamuk plak. Wakakakakakakaak

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?