Thursday, April 12, 2012

Berhantukah Pejabatku?

Nak dijadikan cerita, Isnin lepas 9hb April, aku balik lambat sikit dari kebiasaan. Yela, bos ada. Lagipun bos ada kat ofis seminggu sekali, lain lain hari semua dia kat Brunei. Terlalu sibuk. So, why not seminggu sekali je aku stayback temankan bos kerja kat HQ ni. *tangankatbahumatapandangatas*

Nasib lah Yanti ada. Boleh temankan. Sampai kul 7 gak la aku stayback. Dah kul 7, baik gerak balik. Kang dah maghrib susah pulak nak turun pergi parking lot yang agak berhantu tu. (Peh! Ayat nak seram bagai)

Memandangkan nak ke parking lot, aku kena pergi tingkat 3, boleh la aku singgah tingkat 3 jap nak drop dokumen kat pigeon hole. Untuk budak budak yang baca entri aku ni mesti tak tau pigeon hole tu apa. Bukan 'lubang merpati' okeh! Pigeon hole tu menatang ni. Sila rujuk gambar di bawah. (Siapakah yang terasa budak budak tu ha? Hahahahahaha)

Lubang Merpati a.k.a Pigeon Hole.

Tapi kat ofis aku takde la banyak begini. Ada dalam 12, atau 14 lubang je untuk setiap department dan bos bos. Nama bos aku atas kanan sekali, tapi bos bos lain atau department lain aku tak ingat la susunannya.

Masa tu pukul 7 malam. Aku memang dah sedia maklum bahawa level 3 ni memang 'ada benda' tapi aku buat bodo buat dek jek. Lagi lagi pukul 7 ke atas. Memang la 'benda' tu lagi nak keluar tunjuk diri.

Aku masuk department admin yang memang dah sedia gelap sebab semua dah balik. Masa aku bukak pintu tu, benda pertama yang aku dengar adalah bunyi air. Bunyi air yang ada udara keluar tu, macam bunyi 'gulp gulp gulp gulp' tu. Alaaa.. Kalau korang kentut dalam air, ada keluar bunyi, bunyi macam tu la.

Aku tau kat situ memang ada water dispenser. Kalau ambik air tu, memang akan keluar bunyi gulp gulp gulp tu. Tapi masalahnya, berbunyi, tapi mana ada siapa kat level 3 yang amik air pun! Sila rujuk gambar untuk siapa tak tau water dispenser tu apa. -_-"


Ini water dispenser yer adik adik.

Okey, aku masih lagi bersabar dan tabah bila aku dengar bunyi bunyian itu. Dalam keadaan gelap gelita aku mencari nama GGM kat pigeon hole tu. Memang tak nampak. Apsallah bengong sangat tak nak bukak lampu kan? Bijak sangat kan nak tengok dalam gelap gelap. Bajet superman ke ape?

Dalam dok mencari nama tu, aku dengar pulak bunyi 'seseorang' tengah buat kerja. Bunyi seperti orang selak kertas, bunyi meja diketuk, menaip keyboard la. Aku siap toleh sambil fikir, "Siapalah pulak buat kerja dalam gelap ni." Aku pandang tempat Kak A, sebab bunyi tu memang datang dari tempat Kak A. Aku ingat Kak A masih kerja tapi tak logik la pulak buat kerja dalam gelap kan.

Aku masih lagi mengadap depan pigeon hole. Masih lagi tak jumpa nama yang aku cari sebab gelap. Walaupun aku dah dengar bunyi bunyian tu, aku masih gagah lagi berada di situ.

Dalam masa yang sama, bunyi air, bunyi 'orang' tengah buat kerja tu masih ada. Makin lama makin kuat. Makin lama makin galak bunyi meja diketuk. Ah sudahhhhhhhh...

Aku dah tak tahan, dalam kelam kabut, aku letak je dokumen tu semua dalam pigoen hole bos aku. Atas kanan sekali. Bukak pintu, keluar, cabut, lari pergi ke kereta kat parking lot, terus pecut balik rumah. Wooooooooo serius tak boleh blahhhhh... Tobat la aku nak pergi level 3 pukul 7 macam tu. Memang takkan laaaaa...

On the way balik tu, aku update status kat BBM dan Twitter mengenai pengalaman berhantu tu. Si Jep BBM aku tanya, "Ko dengar bunyi air ke, bunyi meja?"

Whadda? Jep pun tau pasal bunyi air??? Sah! Aku tak salah dengar. Jep siap cakap, "Kalau nak kerja lewat, paling lambat 6:50 petang. Lepas tu jangan. Nanti macam macam bunyi boleh dengar kat level 3 tu"

Sebelum ni pun Jep penah cerita kat aku, dia selalu nampak kelibat perempuan rambut panjang pakai baju kurung berdiri kat level 3. Timing mesti nak dekat dekat maghrib la ofkos.

Kak Ina yang baca Twitter aku siap call aku terus tanya. Aku cerita dari A-Z, dan dia pun bukak cerita pasal Kak A pun memang selalu kena kacau kat tempat dia tu. Sah! Aku tak salah. Memang tempat Kak A tu haunted. Even kat ofis aku jumpa Kak A, cerita balik, Kak A cakap dia pun selalu kena. Dengar bunyi pintu gedegang gedegung padahal takde orang. Nampak kelibat orang lalu la. Ishk seram kottttt...

Cleaner kat ofis yang selalu datang awal tu lagi la. Selalu nampak pompuan rambut panjang baju kurung pink, kadang kadang duduk kat level 3, kadang kadang berdiri sebelah toilet. Diorang ni lagi tabah sebab nampak depan mata. Aku tak nampak lagi, baru dengar bunyi dah gelabah. Serius, sape tak gelabah kan? Nasiblah aku dengar bunyi je. Kalau aku nampak, mau pengsan aku jerit kat situ. Hehehehe

Adik ipar aku, Huda ex-staff company aku ni. Dia dulu account department kat level 2, lagi la dulu selalu kena sebab dia selalu datang awal ke pejabat. Bunyi meja diketuk la, bila angkat kepala tengok, bunyi tu stop. Nampak kelibat lalu la. Ishkkkk.. Account Manager pun pernah kena masa dia stayback, tinggal sorang sorang kat account department tu. Dengar bunyi orang main suis kat luar bilik dia, bila jenguk ke luar, bunyi tu stop. Bila masuk balik bilik, dengar lagi orang main suis lampu. Ishk gile aaahhh..

Pendek kata, selalu bunyi bunyi dan kelibat ni semua, berlaku kat tingkat 2 dan tingkat 3 je. So far, tingkat lain takde. Syukur la sangat aku dok tingkat 4. Padahal setingkat je dengan tingkat 3 tu. Banyak lagi kes lain aku boleh list down kat sini. Kes lampu terbukak sendiri la, kes lif la etc etc etc.

And the best story pasal kisah seram ofis aku ni adalah, pasal CCTV dengan lif. CCTV kitorang kat ofis ni hanya akan merakam jika ada pergerakan (movement) sahaja dan keadaan terang atau bercahaya. Jika keadaan statik dan gelap, CCTV tak rakam. Blank je skrin.

Nak dijadikan cerita, one of my colleague kena check CCTV sebab ada kes rompakan kat kedai makan sebelah. Tapi lain nak tengok, lain yang jumpa.

CCTV kat lobby rakam kat lif, (jam berapa pagi pun tak tau la. Tapi pagi tu maknanya tengah malam tau. Ofis kosong takde sape sape) lif terbukak, tapi takde siapa tekan butang lif. Seram tak? Seram tak?









p/s: Bagi aku seram weh. Hantu mana plak la yang naik lif ni kannnn...


Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?