Friday, April 13, 2012

Cuti Pertabalan Agong Bersama Wanita Hari Ini dan Drum Simfoni

Semua sedia maklum, 11hb April lepas adalah hari cuti umum sempena pertabalan agong. Aku? Tak sempat tengok apa apa pun kat TV sebab sibuk berada di set Wanita Hari Ini yang dibuat siaran langsung dari Muzium Kesenian Islam Malaysia. Sumpah muzium ni cantik sangat. Toilet cantik, lobby, hall, tapi tak amik gambar pun sebab tak teringat! :D

Chewah, ayat macam la aku pulak yang masuk TV. Padahal Drum Simfoni. Aku biasalah tumpang glemer jek.

Preparation for Wanita Hari Ini live.

Siaran selama sejam tu sumpah aku tak dengar pape sebab hall tu luas, dan yela orang yang melawat situ, foreigner ada, budak sekolah ada, jadi bising. Aku dok main tab, dok sembang sembang je dengan member.


Diorang ni memang gila sket. Sebelum start show.

Tetamu jemputan ada la Maizurah Hamzah tapi tak amik pic ngan dia pun. Takde nafsu nak tangkap gambar ngan dia. Hahahahahaha!

Tetamu jemputan yang best sebnarnya Fara Fauzana aka Fafau ngan Tasha Shila la. Ha diorang ni aku ada la gak rasa berkobar nak tangkap gambo bersama. :D

Alep ni kalau tak menyebok tak sah kan???


Adakah Tasha Shila senyum kat aku masa aku snap pic ni?

Lagu penutup, Ayat Ayat Cinta - Rossa.

Masa ni off record. Siaran tamat, tapi Fafau ngan Tasha Shila saje join nyanyi. 

Aku ada video diorang nyanyi aku rakam. Tapi takde la pulak aku nak post sini kan. Macam jakun sangat la plak aku ni.


Siaran tamat. Tangkap gambar la.

OMG! Fafau!!!

OMG! Tasha! ...dan Arep! 

Arepppppppp!!! Semak ahhhh pic koooooooooooo!!! -_-"


Sumpah pic ni smart! Mari teka mana Zarina Shahrin???

Masa snap pic smart kat atas ni, aku ingat lagi masa ni Tasha dok pegang pegang laki aku. Ok fine, aku tak jeles. -_-"

Habis je siaran, kitorang balik. Diorang yang lain lain pergi makan kot. Kami kena balik studio kat Ukay Perdana. Amik Rayyan yang family-in-law dah amik, lagi pun ada meeting sempena rombongan pertunangan sepupu, Am ke Bentong 21hb April nanti.

Dalam kul 6:30 petang baru la aku, Encik Tingkerbell dan Rayyan balik ke rumah. Sempat snap pic dalam kereta dengan si kecik yang dah pandai posing nih! :D


Rayyan kata "Haaaaaa"

Rayyan kata "Hooooooo"

Okey tu je nak cerita. Hehehehehehehe...




p/s: Budak budak jangan jeles kayyyyyy!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?