Monday, May 28, 2012

Himpunan Jutaan Belia - Putrajaya Mei 2012


Note: Ini adalah entri bergambar. Maafkan gambar yang kurang kualiti sebab pakai handphone jer.


Semua sedia maklum kerajaan kita telah mengadakan Himpunan Jutaan Belia - Putrajaya Mei 2012 pada 23-27 Mei lepas. Ikutkan malas nak join benda ni, tapi dah bosan malam tu. Aku ajak gak Encik Tingkerbell pergi Sabtu lepas. Saje jenjalan malam malam. 

Mula mula Encik Tingkerbell berat hati nak pergi sebab dia malas nak drive jejauh ni. Tapi aku pujuk pastu aku buat muka seposen plak kan, dia ikutkan jugak kata bini dia ni haaa... Hehehehe




Lepas maghrib, kami makan dulu kat port biasa. Faizah Tomyam. Tomyam terbaik sebab tu kami pergi hari hari sini kalau nak makan malam. Hehehehe.. Habis makan dalam kul 9, agak lewat gak la kalau nak Putrajaya. Ingat nak cancel je. Tengok wayang je malam ni, esok siang pergi Putrajaya. Bila pikir balik sejuta kali, esok siang pergi mau panas terik. So teruskan jela pergi Putrajaya malam tu gak.


Makan 1

Makan 2

Makan 3 (Rayyan snap)

Makan 4 (Rayyan snap)

Gerak dari kedai makan kul 9 malam. Sampai sana dalam 9:50 malam cenggitu. Encik Tingkerbell parking plak kat perkarangan masjid tu. Jauh weih nak jalan sampai kat tempat banyak orang tu. Kira exercise di malam hari la kan.

Eh layan gambar jela. Malas nak citer panjang.


Ayah belikan Rayyan pistol kuar belon. Hehehe

Masjid Putra

Jalan, pastu tekan peng peng.

Peng peng lagi.

Tiap kali jalan peng peng, kata Rayyan.

Masa ni Erry Putra nyanyi lagu Sudah Cukup Sudah. 

Rayyan tergamam tengok persembahan.

Rayyan tergamam lagi.

Persembahan pertama kitorang nampak.

Peng peng lagi kata Rayyan.

Ada ular kat salah satu booth. Rayyan takut.

Encik Tingkerbell jumpa kawan kerja kat booth A&W.

Jumpa kawan, ape lagi tapau la root beer float free kan? Masa ni Encik Tingkerbell dah malas nak jalan lagi. Aku suruh gak jalan sampai habis satu tempat tu.


Ini namanya 1 Malaysia.

Alamak, ayah ni suka jalan tau bila nak snap pic.

Tak tau apa nama tempat ni tapi cantik sangat.

Rayyan kejar belon 1.

Rayyan kejar belon 2.

Pandai Rayyan senyum kan?

Tak tau mende. Snap je  masa tengah pit stop.

Hubby and Wifey. :)

Dataran ape ni ntah.

Oh saya nampak Fizo Omar. Hehehehehe

Masa pit stop ke berapa ntah.

:)

Rayyan ngan belon angry bird.

Rayyannnnnnnnn!

Muka budak penat.

Okey kesimpulan yang boleh buat. Bagi aku best sebab ini lah masa untuk keluar jenjalan dengan suami dan anak. Jarang sangat aktiviti ni kami buat sebab samada masing masing malas, atau panas, atau takde duit.

Tapi ni setakat jalan cuci mata, tengok konsert, tengok artis, tengok lampu, bawak Rayyan jalan. Okey la kan. Encik Tingkerbell pulak takde nak mengomel sangat. Selalu dia kuat mengeluh sebab penat.

Rayyan pun ceria je malam tu. Tapi yang tak larat tu, dah nak balik tu nak berdukung pulak dia. Ha tu memang tak larat sebab jalan jauh woooooo... Tu yang banyak pit stop tu. Rasa macam dah turun 10 kg. Nasib gilir gilir dukung. Hehehehehe.. Pastu bole plak meragam nak beli belon angry bird. Selagi tak beli, dia tak nak masuk dalam kereta.

Kami takde tengok sangat pun apa barang jual. Nanti berkenan, nak beli plak. Baik tak yah. So jalan jalan je. Sambil sembang sembang. Precious moment. :)



p/s: Masa balik tu, kawan Encik Tingkerbell call. Masa tu Encik Tingkerbell tengah drive. Aku dengar dia cakap, "Aku baru balik dari Putrajaya ni ada hari belia. Saja bawak bini aku jalan jalan." Omaigod, terharu wei. Pergi Putrajaya sebab bawak bini jalan. Bukan sebab bawak anak jalan. Hehehehehe

p/s/s: Encik Tingkerbell ni nampak je garang dengan aku, cakap aku pun kadang kadang tak nak terima, tapi deep inside I know he loves me. :) Laki mana tak sayang bini kan?



Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?