Friday, May 25, 2012

Friendly Match, PKNS vs Astro Arena

Dah lama tak update blog kan? Ari ni baru la free sket nak update. Cerita lama lama tu, nanti pikir balik macamana nak buat karangan dan flashback okeh!

Malam tadi, Encik Tingkerbell ajak pergi Padang PKNS kat Kelana Jaya. Ikutkan malas nak ikut sebab letih balik kerja, pastu pergi jauh jauh semata nak tengok game bola je. Tapi pikir balik, nak bagi Rayyan jalan jalan, okey la. Ikut jela.

Dalam kul 8 lebih kami gerak, 8:30 malam dah sampai stadium. Tengok tengok semua player dah bersiap tangkap gambar nak start game. (Aku lapar belum makan lagi ni. Tapi sabar jela.)

Actually ni bukan la lawan bola sepak professional player pun. Setakat staf PKNS je. Kebanyakannya ramai senior la, otai otai, pendek kata orang lamo la. Player untuk Astro Arena plak aku nampak la pengacara dia ada main, lain lain tak kenal sangat. Tapi yang aku paling kenal Johan Rajalawak ngan Ray deejay Eraradio.

Ikutkan Encik Tingkerbell kena main sekali sebab PKNS bagi dia jersi. Jersi siap nama, siap seluar, stoking bola pun kasi. Sume free. Tapi Encik Tingkerbell kan injured. Mana bole perform lagi dah macam zaman muda muda dulu. Keh keh keh.

Selalu bola amik masa 90 minit. 45 minit first half, dan 45 untuk second half. Tapi memandangkan ni permainan friendly biasa and ramai orang lamo lamo, main 3 set, setiap set 20 minit. Total permainan 60 minit jek. Kira orait la. Takde la aku pun nak menunggu lama kan.

First half best. PKNS leading 2-0. First gol tak tau sape gol kan tapi second gol Rusdi Suparman yang gol kan. Aku kenal dia sangat sangat sebab masa dia main untuk Selangor dulu, aku suka dia. Hehehehe.. Sekarang dah tua tapi still mantap lagi beb.

Rayyan yang tengok bola pun sebok sebok sorak sebab dengar orang lain sorak sorak. Bukan main lagi dia angkat angkat tangan marah marah player. Pastu siap amik air mineral letak tepi padang. Senang player nak amik air. Hahahaha comel Rayyan. Lupa nak snap pic sebab sebok tengok orang main bola. (Apa lah ibu ni)

Tapi yang kelakar nya, ada sorang player PKNS pakai jersi nombor 9816. Bayangkan jersi kat belakang baju tu selalu paling banyak dua nombor je. Macam laki aku pakai jersi nombor 55. Orang tu pakai 9816! Aku nak snap gambar nak bukti tapi tak sempat. Lagi pun orang tu tengah main, camne nak amik gambar. Jauh. Bayangkan nombor sampai 4 digit kat baju. Serius kelakar weih. Hahahahhaah

Okey second half plak terus 2 sama. Letih agaknya orang tua bermain. Hehehehe.. Masa Johan dapat bola, mula la penonton sorak sorak. Ada jela yang jerit jerit "Steadyla Mak Jemah!" adoiiii kelakor.

3rd half plak PKNS kalah 2-3 dengan Astro Arena. Okey la tu. Setakat main santai santai. Aku terus ajak Encik Tingkerbell gi makan. Lapar wei tak makan lagi. Dia pun tak makan lagi. Ingat nak makan kambing panggang yang diorang dah sediakan untuk semua orang, tapi aku malas la. Ajak je balik terus. Makan kat Keramat je.

Oh yer, mari layan gambar. Ni je yang sempat snap pun...

Rayyan sebok nak ikut ayah.

Eh, mana Rayyan ngan Ayah ni?

Okey dah nampak Rayyan dengan Ayah.

Dah habis. Semua pakat nak amik gambar.

Okey Rayyan mengada malu malu. Padahal dari tadi dok awan nanonanonanonano je tadi.

Johan dah banyak kali cakap Rayyan, Rayyan. Tapi Rayyan masih malu malu.




p/s: Maaf Encik Tingkerbell. Ini je gambar yang termampu. Maafkanku.


p/s/s: Kalau Zizan ada, maybe aku yang tergedik gedik nak amik gambar dengan dia. Tapi setakat Johan, hari hari jumpa depan ofis ni. 


p/s/s/s: Rumah Johan depan ofis aku je. Hari hari aku nampak dia. Sekian, terima kasih.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

1 comment:

  1. bestnya jumpa abang Johan hari2! haha! daerah mana tu? dia peramah tak kak?

    ReplyDelete

Takkan baca je kot? Komen tak nak?