Wednesday, January 16, 2013

I'm Officially Announcing...



Sebenarnya aku ada good news untuk dikongsikan bersama pembaca. Chewah. Bajet ada pembaca. Puiiihhh!

Ramai dah tau actually, tapi aku masih belum announce secara official kat blog ni. Yela, blog ni kan bacaan aku jugak di masa hadapan. Kot kot aku hilang ingatan one day, kalau aku baca blog ni, at least aku boleh la kenang kenang balik ape yang pernah berlaku dalam life aku kan.

Ha aku dah mula nak mengarut dah ni.

Straight to da point.

As at today, 16th January 2013, I am


PREGNANT 18 WEEKS


Aku dah melepasi first trimester which is trimester yang agak penuh dengan dugaan. Loya, muntah, macam biasa la. Tapi tak seteruk Rayyan dulu, sampai kena admit hospital masuk air lagi. That's why aku jarang nak update blog. Takde mood, takde idea, sakit kepala, pening kepala, angin dalam badan, sume benda berangin tak boleh nak makan and the list go on and on...

Test positive dari Klinik Pusrawi, Taman Permata masa check up pregnant dengan Encik Tingkerbell.

Sekarang sedang melalui 2nd trimester dan sedang menikmati keindahan proses pembesaran perut. Dah start rasa baby gerak since 17 weeks aritu. It's amazing. :)

Well, si abang baby ni, Muhamad Rayyan Danish dah mula menunjukkan tingkah laku yang agak luar biasa dari biasa iaitu, manja gila, kuat merajuk, manja sangat, manja, manja, manja. Perghhh.. Bayangkan selama ni dia selalu buat derk je dengan ibu dia kalau main, sekarang dah tak macam tu. Manja sesangatttttttt... Sket sket nak buat muka, sket sket ajak main. Lepas tu suka cubit pipi aku sambil cakap, "Coooomel Ibu." Pastu dia cubit lagi, cakap plak, "Coooomel sangatttt." Hahahahaha.. Pandai Rayyan. Ibu memang comel. Wakakakka..

And yang paling terharu sangat, lately ni dia suka sangat cium perut. Dia akan mintak nak cium cakap, "Ibu, nak cium baby."

Geli jugak la bila die selak kain baju semata nak cium perut. Ku tahankan geli tu Jebat!

Kepada Rayyan, walaupun Ibu akan ada baby baru nanti, Rayyan tetap Ibu sayang jugak. Ibu sayang anak-anak Ibu.

18 Weeks.

Besar ni rupanya baby dalam perut ni yer.

Kepada sesiapa yang membaca, tolonglah doakan aku semoga selamat dan sihat sepanjang melalui tempoh berbadan dua ni. 

Oleh kerana aku pernah mengandung dan beranak sebelum ni, maka aku terbayang bayang kesakitan nak bersalin tu. Semoga dipermudahkan macam bersalin Rayyan dulu. Aminnn...






Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?