Thursday, January 17, 2013
Pregnancy Check Up : 18 Weeks
Memandangkan hari ni aku agak free, makanya aku menaipla kat blog buruk aku ni ha.
Bukan free sangat pun. Kerja ada. Tapi pending ni ha. Dok skype ngan bos, dia tak reply jawapan, makanya jadi pending la. Dah sms, tapi tak reply gak. Busy benor le gamaknya kat sana tu.
Bos aku sekarang most of the time ada kat Brunei. 2 minggu sana, dua hari kat KL. Tu pun kat KL hari Sabtu ngan Ahad time kitorang tengah cuti. Kitorang cuti baru la bos nak balik KL. Dia cuma sign benda berlambak kat atas meja dia jela. Isnin pagi-pagi dia dah fly balik Brunei. 4 pagi dah bertolak pergi airport. Bila masa lah nak jumpa dia kan. Ni pun aku rasa dekat sebulan gak la aku tak tengok muka dia. Harapkan chatting kat skype ngan sms jela kami ni.
So pagi tadi aku pergi check up pregnancy kat Klinik Pusrawi, Taman Permata. 18 weeks. Result blood test pun dah keluar. So, takde masalah. Air kencing, blood pressure, berat, baby dalam kandungan dah start tendang tendang, Alhamdulillah semuanya takde masalah. Okey je semua.
Berat pun naik sejajar dengan kenaikan perut.
20 Nov 2012 - 10 weeks - 47.4 kg
19 Dec 2012 - 14 weeks - 50.6 kg
17 Jan 2013 - 18 weeks - 52.6 kg
Next check up is on 14 Feb 2013. :)
Dah tanya doktor, usia 4 bulan pregnant ni dah boleh nampak boy or girl kan? Doc cakap yes, tapi kalau nak lebih jelas, check masa 6 bulan. Sebab kalau boy masa 4 bulan ni, dia punya anu tak berapa nak jelas sangat. Aku pun mengiyakan ajer.
Lagipun start pregnancy check up 6 bulan, aku akan start check up kat Hospital Pusrawi pulak. Hospital Pusrawi kan doktor pakar semuanya. So panel tak cover untuk checkup pregnancy 6 bulan ke bawah. Sebab tu aku check up kat klinik je buat masa ni. Nanti 6 bulan dah boleh check up dengan pakar. Yeay! Masa tu la dah start scan baby tiap kali check up. :)
Hari ni Encik Tingkerbell cuti. So, dia duduk rumah jaga Rayyan. Tadi lepas checkup kami breakfast la kat kedai nasi lemak sotong. Nasi lemak dia memang sedap sebab sambal dia best. Tapi pagi ni kami bertiga makan lontong. Lontong dia memang sedap sangat sangat. Rayyan makan banyak. Lepas breakfast, aku terus pergi ofis dan Encik Tingkerbell bawak Rayyan pergi mana ntah naik motor.
Tadi call Encik Tingkerbell, tanya dia kat mana. Dia ngan Rayyan kat rumah katanya tak ke mana mana. Padahal tadi aku nampak dia bawak motor pergi tempat lain, bukan menuju ke rumah. Lepas tu aku cakap ngan Rayyan dalam phone. Rayyan pulak cakap, "Ibu, Tayen ade tete polish, ayah biyi." Maknanya, "Ibu, Rayyan ada kete polis, ayah beli."
Hah, kantoi diorang pergi kedai beli kete polis mainan. Encik Tingkerbell dah tak boleh tipu aku dah. Sebab Rayyan dah pandai cakap sekarang. Muahahahahahaha!
p/s: Sekarang mulut asyik mengunyah je. Tak sedar dah makan banyak. Patutla sentiasa kenyang jek.
p/s/s: Mentang mentangla sickness dah takde kan. Memang makan jela keje.
Thank you for spending time reading this entry yaw!
Label:
Expression,
Fast Update,
Happiness,
Lovey Dovey,
Pregnancy,
Sweetie Pie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Takkan baca je kot? Komen tak nak?