Tuesday, July 17, 2012

Joran BH Sempena Ulang Tahun Berita Harian ke-55

Tarikh: 8 Julai 2012, Ahad
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa

Patutnya lama dah aku taip entri ni. Tapi sebab terlalu sibuk sangat sangat dengan projek baru handle ni. Argghhhhh tension siot. Aku lah DC, aku lah admin, aku la secretary, belum campur kerja sendiri. Lagi la bertambah tambah kerja nihhh...

Kalau siapa rajin baca Berita Harian, mesti tau mereka adakan sambutan ulang tahun Berita Harian. So, ada la pertandingan memancing. Family-in-law of course kalau ada mancing ke ape, mesti join. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan.

Kalau tak silap, start memancing kul 8 pagi sampai 1 tengahari kot. Tapi aku, Encik Tingkerbell dan Cutiepie datang kemudian jela sebok sebok. Heheheh.. Dapat tau Pak Su dapat ikan patin 5.175kg. Ranking no. 2 tuh. Baru 10 minit, dah dapat ikan. Rezeki kan.

Sampai la kul 1 tengahari still takde orang beat berat ikan Pak Su. Alamak, gambar ikan takde. Hehehe

Eh, layan gambar yer. 



Rayyan, ingat comel ke tu?

Okey la, comel la comel la.




Masa ni kami nak pergi Chow Kit jap cari barang.

Rayyan gembira sebab dapat beg baru.

Amboi, seronotnya Rayyan berjalan dengan beg baru.

Kami 3 beranak takde la dok menunggu kat tasik tu dari kul 8 sampai kul 1. Kami bertiga keluar pegi Chow Kit cari barang memandangkan keesokan harinya Encik Tingkerbell nak fly pergi Sarawak. Tu yang Rayyan dapat beg EMBI BIRD. (Rayyan cakap)

Dalam tengahari tu kami ke Tasik Titiwangsa balik untuk penyampaian hadiah.


Kuning. Rayyan takut betul.

Purple. Rayyan takut gak.

Maskot Berita Harian. Konon tak takut.

Padahal takut. Bukan main nangis nangis pastu.

Perempuan kuning plak. Rayyan pelik ni.

Serius lah aku cakap, pompuan kuning ni tak gerak gerak langsung!!! Yang purple ngan kuning tadi ade la gak gerak gerak kan. Auntie ni statik siot!!! Dah la panas gilaaaaa!!!! Tak panas keeeeerrrr???!!! Aku plak emo.

Rayyan mengada.

Rayyan tak nak pandang kamera.

"Hai, saya ada beg embi bird," kata Rayyan.

Manja la tu Rayyan.

Aku lambat. Ada Along, Aaron Aziz and Fasha Sandha.

Sebab ramai sangat orang dan panas sangat. So aku malas nak pegi stage amik gambar. Last last pegi gak sebab nak amik gambar Pak Su.

Ha! Paksu amik hadiah tempat ke-2 untuk kategori ikan patin. RM200.

Yeay! 


From left: Wanie, Dila, Mak Su, Mal, Pak Su.

Reporter BH interview Pak Su jap. Wiwiiitttt!

Okey, ni hadiah untuk tempat ke-3 kategori ikan ketutu. RM100.

Hadiah Utama! Naib Johan keseluruhan. RM4,000.

Zoom sket!!! Mak Su and Pak Su kat stage.

Ni lah Johan. Ikan patin 5 kilo lebih. Lebih bape gram je dari paksu. Dapat RM12,000 tuuuhh.. Gile la. Mancing je pun.

Macam trofi anugerah berita harian paling popular je rasa. Hahahaha

Okey, nak menyebok k.

Samalah, nyebok gak ni.

Okey, aku pun.

Okey, kami menunggu untuk cabutan bertuah plak. Kebetulan mak mertua punya nama naik! Tapi umi sakit kepala, dalam kereta je. Kakak ipar naik pentas amik hadiah on behalf. Okey la tak menang mancing, menang lucky draw kan!


Yeayyy!!!
Sis-In-Laws in da house! Kak Q and Wanie.

Kami bergambar kenangan. Dengan hadiah hadiah yang superb banyak gilaaassss!

Memories.
Zoom sket!

Lepas tu kami semua lepak bawah pokok makan cendol dan laksa! Woi panas gila woi! Nasib ada cendol.

Encik Tingkerbell melayan anak.

Laksa! Ni pun dah makan baru nak snap. Heheheh

Okey sebok nak snap gak. 
Kesimpulannya, hari tu panas gila sampai aku tak bole bukak spek hitam sebab nanti contact lens aku cair. Memang panas nak mam. Nasib pakai lengan panjang kalau tak, maunya lengan aku bertambah tambah hitam.

Paksu bawak balik hadiah banyak gilaaaa! Dengan ikan mancing tadi lagi, joran 3 ketul, hamper besar 3. Duit cash RM4,300. Walawehhhh...

Pastu, memancing ni nasib je. Kalau tuah dapat ikan, memang habuan menang menanti la. Ni baru johan dapat RM12K. Ada gak yang buat johan RM20K. Memang ikut luck laaa. Mertua aku bape kali menang mancing gak. Ribu riban gak. Masuk surat khabar banyak kali.

And letih gilaaa. Balik rumah pasang aircond. Pastu tido. Hahahaha... K bai!


Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?