Thursday, February 3, 2011

Movie Review #2: Haq

Memandangkan semalam adalah half day kerja, dan kakak ipar aku telah menawarkan untuk belanja tengok wayang kat galaxy ampang (again), so aku on jer la. Nama pun belanja.

Aku kena pilih antara dua movie, iaitu Homecoming atau Haq. Homecoming ni aku tak tau la cerita macamana. Cerita cina tapi ada Afdlin Shauki. So, aku kata aku pilih Haq dan petang tu, 3.30 petang kitorang layan la.

Aku tak tau nak cakap apa pasal cerita ni tapi satu je perkataan untuk cerita ni;

BORING

I am so damn bored with this film. Perjalanan cerita lembap, slow, lebih kurang sama kalau tengok cerita Jepun. Tapi cerita jepun pun, walaupun lembap, aksi aksi dalam ceritanya dah boleh cover balik.

Tapi cerita ni lemah. Plot lemah. Klimaks takde. Macam haram.

Percaya tak aku dah tertidur sekejap dalam wayang sebab aku ngantuk sangat tengok cerita ni yang tak ada apa-apa yang boleh menyegarkan mata aku.

Dan aku tak paham langsung cerita ni. Aku kena fikir, Haq ni anak sape, sape Bad dengan Haq, adik beradik ke, sepupu ke, mak Bad ni sape. Kenapa mak bad panggil Tuan Haji, pastu tiba tiba ada watak Aina plak. Sape plak Aina ni? Anak sapa? Semua kena fikir sendiri. Gile tak boleh blah.

Ingatkan masa ending, semua tu terjawab la. Macam ada flashback ke, tapi hampeh. Haram.

Bad mati, dah habis cerita. Laaaaa.. camtu je?

First time la aku tengok wayang yang ramai ramai penonton dalam wayang yang mengeluh. "Haih.... lembap.... slow.... "

Aku dengar budak budak belakang aku pun mengeluh benda yang sama yang aku cakap dalam wayang. Mengantuk tak boleh cakap la. Serius mengantuk.

Persoalan yang masih tak terjawab walaupun movie dah habis;

  1. Apa hubungan antara Haq, Bad, Tuan Haji, Mak Lang, Aina? Aku still tak faham.
  2. Bola yang berapi tu, apa motif? Apa benda tuh? Macam bangang! Serius macam dragonball je aku rasa.
  3. Apa motif orang bertopeng naik van tu? Kejap culik Aina, pastu culik Zahra. Haaa?
  4. Apa jugak motif orang yang nak belasah Bad? Bukan memang Bad jahat ke? Aku ingat Bad la dalang penculik tu. Ni apa lagi?
  5. Bad dengan cermin ada muka die tapi gelak jahat. Apa tuh? Apa tuh?
  6. Scene menari. Hah?? Tiba tiba pulak kata Haq pandai menari.
  7. Pastu Haq pandai main piano plak. Siyot.
  8. Kata Haq dengan bapak die je ada kuasa. Tapi apsal Bad pun ada kuasa skali? Macamane die dapat kuasa? Dari bola tuh ke? Tak paham la!
  9. Ending gile pathetic.
Banyak lagi aku nak list out kat sini. Kang muntah plak bace. Susah plak.

Bintang? Aku bagi 0.5 out of 5. Pathetic kan?

So, don't waste your time watching this movie. Baik tengok Homecoming. Kakak ipar dan adik ipar dah tengok, diorang kata tengok banyak kali pun tak menyesal. Tapi tengok Haq? Serius menyesal.

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, February 2, 2011

Happy CNY To All, Especially To My Boss

Dengan ini, aku ingin mengucapkan

"Selamat Menyambut Tahun Baru Cina"

kepada semua yang berbangsa buddha yang menyambut perayaan ini.

Especially to My Boss, walaupun dia tak pernah bagi aku angpow. Dah tiga tahun kot aku kerja bawah dia tapi dia tak pernah sekali bagi angpow tiap kali raya cina. Hahaha..

Takpela, aku paham bos memang kedekut orangnya. So bila dah lama-lama ni, aku tak heran sangat la. Takpela bos. Aku tak kesah.

Janji bulan 7 ni ko kasi aku increment lebih sket. Kalau ada lah.

Teringat aku kisah semalam...

Dialog antara BOS AKU dan AKU

Boss interkom aku dari bilik dia,

"Asknie, where is my balance?"

"Balance? What balance?"

"I passed your claim 300 ringgit for petty cash, remember?"

"OOOOOO, ya! I forgot"

"Haiiyaaa.. U want to cheat me aa?"

"NO LA BOSS! Seriously I forgot! Ok, I pass to you now"

Aku pun amik la duit RM31.65 balance boss aku. Hamik ko, 5 sen pun aku bagi ko. Terus aku masuk bilik bos bagi kat dia.

"Here boss, your balance RM31.65"

"Aiyyaa.. No need la pass to me. This is your angpow"

Muka aku pun dah berbunga. Bagi aku RM11.65 untuk angpow pun jadi la.

"Here, your angpow RM1.65. Hehehe.. Enough right? Hahahaha"

Then aku nampak RM30 tu dia masuk poket. Bajet gelak ketawa dia tu lawak sangat la?

"OK la, thank you boss"

Aku ingat nak aje cakap, "Kedekut la bos ni. So stingy." Tapi aku takut plak efek kata-kata aku pada increment bulan 7 nanti. Tak pasal pasal, takde increment.

So, buat buat muka gembira je sebab dapat angpow RM1.65.

Tapi bos aku bab lain ok, cuma bab duit je memang kedekut taik idong masin. Banyak lagi cerita kalau nak cakap bab berkira ni. Mau boleh buat buku khas dedicate untuk bos aku nih. Hahaha!!!

Okla, hari ni halfday kerja. Esok dah raya cina. So lepas ni nak enjois!!!

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Monday, January 31, 2011

Welcome To The Club, Naffsikah!

Akhirnya, my sis dah ada blog!!! Welcome to the club, Ikah.

Masih lagi baru dan still belajar lagi berblogging dan camne nak edit edit page blog. Ok la tu.
(Macam la aku pandai sangat berblogging. Hahahaha!)

Anyway, she post about 3, 4 entry already. But this one entry is the most interesting.

Introduction to our family!

Happy reading!!!



xoxo

Sunday, January 30, 2011

Bila Seharian Hujan Turun

Hari ni dah lebih dari 12 jam hujan turun kat luar. Lama tuh.

Dok rumah dengan suami dan anak je.

Anak dah tidur lena sebab hujan kat luar. Sunggu lena tidur.

Sejuk. Sejuk sungguh.

TV takde cerita best pulak tu.

Bukak lappy, takde masa. Malas.

Makan pun dah sudah.

Nak tidur? Dah tidur lama dah tadi.

Still hujan. Sejuk.






Nak buat apa yer?






"Awak... nak peluk... sejuk ni..."





xoxo

Saturday, January 29, 2011

Hati Aku Mengecut

Masa aku sekolah dulu, aku ada satu perangai yang aku rasa semua orang kat sekolah tak suka.

Aku dulu KUAT MERAJUK. SANGAT KUAT MERAJUK.

Yela, mungkin masa tu aku masih kebudak-budakan. So, apa yang aku buat tu, hanya lah untuk tarik perhatian orang je.

Aku ingat lagi, aku pernah tak tegur kawan baik aku selama 2 minggu. Hanya sebab dia kata aku 'pendek.'

Yer aku rendah. 152 atau 153 cm je kot. Dulu aku tak boleh terima orang cakap aku macam tu. Aku akan jadi marah, dan akan merajuk tak bertegur dengan orang tersebut berminggu-minggu malah pernah berbulan. Even diorang sendiri pun tak tahu kenapa aku tak tegur diorang. Padahal diorang tak tahu aku kecik hati pasal perkataan 'pendek' tu.

Itu aku, dulu...

Tahun berganti, makin lama aku makin sedar. Kenapa aku perlu kecik hati? Kenapa aku perlu merajuk tak tentu pasal sampai tak bertegur orang? Dengan kawan baik pulak tu.

So, aku berubah. Tapi aku berubah jadi lain. Aku jadi kasar dan aku agak pedas.
Kasar tu aku memang dari dulu kasar kot. Mak la yang kata.


Kalau orang ejek ejek aku atau kutuk kutuk aku, aku akan balas;

Eleh, kata aku pendek. Ko tu tinggi sangat ke?

So, ada aku kisah?

Ko ada masalah ke?

atau lain lain lagi. Ini tak pedas sangat. Tapi selalunya kata-kata aku ni agak kasar dan pedas. Ulang lagi, pedas. Malas nak cari contoh.

Sekarang ni, orang lain yang selalu kecik hati dengan aku. Sebab kata-kata aku itu.

Sampai aku sendiri tak sedar aku dah buat orang lain kecik hati.

And truth to be told, aku dah lama tak ada perasaan kecik hati lagi dah. Sebab aku akan balas balik.

Tapi hari ni aku macam terkedu.

Tiba-tiba aku kecik hati.

Tak tau nak salahkan siapa.

Siapa yang buat aku?

Aku terkedu sampai menitiskan air mata.

Sampai hati...

Sampai hati korang kecikkan hati aku.

Aku cuba nak besarkan tapi tak boleh. Air mata yang tumpah.

Jadi aku biarkan tumpah. Tumpahlah wahai air mata, tumpah la sepuas-puas hati kau.

Baru puas.

Lepas tu? Entahlah.

Aku tak tahu la samada aku boleh tegur korang atau tak nanti. Sebab hati aku dah tercalar sangat. Dah terluka dah pun.

Jangan risau lah. Aku professional. Aku masih lagi boleh tegur korang. Cakap pasal kerja, cakap pasal benda penting.

Tapi, mungkin dah tak sama.

Yer, takkan sama.




Terima kasih semua, terima kasih sangat-sangat.


p/s: Mungkin perasaan ini sementara je. Lama-lama aku ok la. Sebab aku tak reti merajuk lama-lama. Yela, dah lama tak merajuk la katakan.

xoxo