Monday, February 18, 2013

Salah Cakap #8 : Parking Kereta Punya Pasal




Actually ni bukan salah cakap. Tapi salah pronounce sebnarnya. Tapi bagi aku still lawak.

Pelawak yang tak asing lagi. (Malas nak mention, pembaca tegar mesti dah tau siapa dia)

Nak dijadikan cerita kami keluar gi makan. Kat mana lagi, Great Eastern Mall la sebab konon si dia ni teringin nak makan chicken chop kat Cozy tu.

Masa nak masuk parking tingkat bawah ni, dia dah bebel bebel pasal management Great Eastern yang letak kon kon kat tepi jalan (sebab tak nak kasi pengunjung parking tepi jalan situ).

Ayat dia lebih kurang gini,

"Tahape hape ntah diorang ni. Letak kon berderet deret kat sini sama gak. One way gak. Satu je kereta boleh lalu"

Aku kata, "Laa.. Betulla. Diorang taknak kasi sape sape parking kereta tepi jalan ni. Kan ramai suka parking tepi jalan ni."

Dia kata, "Memang la. Tapi tak payah nak menyusahkan diri letak kon banyak banyak ni. Biar je sape sape parking kat sini. Kete mana yang parking tu, CLAIM je"

Aku dah gelak. "Bukan CLAIM la. CLAMP. Sebut CLAMP."

Dia dah bengang, "Alaaaaaaa... Sama jelaaaaa"

Aku menjawab, "Mana ada sama. Lain la. CLAIM lain. CLAMP lain."

Pastu aku nak huraikan tapi aku tengok muka dia macam dah bengang je. Baik aku diam. Tapi aku tetap gelakkan dia masa tu. HAHAHAHAHAHAHA!



p/s: Sila bayangkan dia sebut perkataan yang salah tu dengan konfiden dan tegas. Serius kelakar weih!

Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?