Note: Ini adalah entri bergambar. Kualiti handphone BlackBerry 9700 sahaja.
Tarikh: 9 Jun 2012, Sabtu
Lokasi: Celi Chalet, Kg. Kemensah
Sabtu lepas, aku, Encik Tingkerbell dan Cutie Pie berkelah kat Sungai Kemensah. Keluarga mertua semua ada. Termasuk la pakcik makcik Encik Tingkerbell.
Kami kat sana dari pagi sampai la ke petang. Kul 8:30 pagi mertua dah sampai. Kami kul 9 baru sampai. Pagi breakfast nasi lemak, Cik Yam masak. Kakak ipar pulak beli lagi nasi lemak 20 bungkus. Ha amik ko. Masing masing tak tau ada bawak nasik lemak.
Kami ni dah banyak kali la piknik kat sini, pernah jugak bermalam kat sini. Sewa semua kawasan lagi masa tu. Cuma kali ni kitorang sewa 1 chalet ngan 1 pangkin/gazebo je. Suasana best sangat walaupun tempat takde la besar mana pun. Best sebab suasana sini macam kampung. Siap ada ayam kampung, Rayyan main kejar kejar ayam tau! Lagipun kat belakang Zoo Negara je. Dari rumah ke sini, baru 5 minit. Satu hari nanti aku nak bawak family aku dan pakcik makcik belah aku plak datang sini.
Sewa chalet baru berapa je untuk pagi sampai petang. Kalau nak chalet, tak tau la berapa. Selalu mertua arrrange kan. Aku lagi minat sewa macam pangkin/gazebo tepi sungai. Lagi selesa. Sewa pangkin/gazebo tu tak sure la berapa. Tapi range dalam 20 - 30 ringgit je kot.
(merujuk kepada Encik Tingkerbell)
Jom layan je gambar.
|
Rayyan muka sembap baru bangun tidur. |
|
Ntah ape ape ntah. |
|
Ha! Ada ayam belakang Rayyan! |
|
Ayah nak ajak Rayyan mandi ni. |
|
Punya lah takut air! |
|
Masa ni tok dapat tangkap sekor ikan! Bagi rayyan pegang pancing. |
|
Rayyan semangat! |
|
Rayyan cakap, "Fish! Fish!" |
|
Amboi suka fish! |
|
Konon macam Rayyan yang pancing laaa. |
|
Okey, atok letak fish dalam jaring ni bagi die hidup dalam air ok. |
|
Rendam kaki Rayyan. Ni pun takut. |
|
Cam whoring! |
|
Rayyan dah bosan. -_-" |
|
Adik ipar dan sepupu dah rasmi mandi dulu. |
|
Wajib pakai pelampung (bagi aku) sebab sangat dalam! |
|
MIL rehat kat chalet tepi sungai jap. Rayyan ni baru pas mandi ni. |
|
Rayyan sejuk! |
|
Rayyan bajet comel! |
|
Okey, Rayyan dah bosan. |
|
Adik ipar, sepupu, kakak ipar. |
|
Rayyan dan Ibu! |
|
Like mother, like son. :) |
|
Mak tok mancing dengan Rayyan setia menanti. |
|
Masa ni tok dapat lagi ikan ni. Rayyan nak pegang joran gak! |
|
Fishhhhhhh! |
|
Okey main bola pulak. |
|
Rayyan dengan Tok Ayah dia main sepak sepak bola. |
|
Macam kat kampung kan suasana. |
Serius memang best. Lagi lagi tang mandi tu. Aku banyak kali lompat lompat dalam sungai tu, terasa macam budak kecik je. Padahal dah mak orang. Gambar je takde sebab takde sape nak snap kan.
Gila lompat tinggi tinggi pastu terjun, pastu terduduk sampai dasar. Dah berdiri, siap jengket, still tak timbul sebab dasar sungai dalam sangat. Tinggi aku 5 kaki je, so aku assume dasar sungai tu 5 kaki setengah la. Hehehehe.. Dah la tak reti berenang. Aku gerak gerak jela badan sampai ke tepi. Bukan semua dalam, kat tepi tepi tu takde la dalam sangat. Bole lagi mandi. Tak mungkin hanyut mandi sini sebab kawasan die kecik je. Alaaaa nanti gi sendiri baru tau la.
Gambar ni aku amik dari flickr someone. Aku google nak cari gak gambar kawasan sini. Mau kena saman aku kalau tuan dia baca. Jangan saman saya. Saya orang susah. Hehehehehe
|
Credit Pic to Azmi Bogart's Flickr. Here's link. |
Gambar dia snap cantik la! Tetiba rasa nak beli DSLR. Eh tetiba. Hahahahaha puiiiiii!!!!!
p/s: Entri senang hati namanya ni. :)
Thank you for spending time reading this entry yaw!
No comments:
Post a Comment
Takkan baca je kot? Komen tak nak?