Aku dapat tahu pasal IC baru ni pun lepas Buleting Utamang bagitau. Tapi seminggu sebelum berita tu keluar, aku memang dah pergi JPN Taman Melawati nak tukar IC baru memandangkan IC aku ni dah buruk, muka aku tak cantik malah hodoh, senyuman tak ikhlas macam mintak pelempang, takde logo touch n go, chip 64K berkarat, alamat lama tahun tok kadok dan keliling kad dah warna kuning macam kena muntah. So aku buat keputusan nak tukar IC baru di atas sebab sebab yang diberikan tadi.
Muntah 1 |
Muntah 2 |
Takde keje aku post gambar IC lama aku ni. Yela, nak menunjukkan bahawa buruknya IC aku ni kan.
Akhirnya pergi gak aku ke JPN Taman Melawati pada 23hb Disember 2011. Dalam kertas resit (yela kan kena bayar RM10 untuk kad baru) ada tulis, sila semak status kad anda selepas 10 hari dari tarikh resit.
Betul betul lepas 10 hari, aku check laman web JPN tapi sampai ke sudah dalam proses lagi. Sampai la hari ni aku check, baru siap. Nak check senang je pergi SINI.
Lepas 10 hari bekerja - Permohonan sedang diproses. |
Harini, 12 Januari 2012 - Sedia diambil. |
Bukan aku tak caya dengan laman web ni, tapi aku ragu ragu sket. Aku siap call lagi JPN 03-88808066 nak tanya sendiri. Awek tu cakap, "Dah siap, boleh ambil di Melawati." Baru aku percaya. Dengan semangat berkobar kobar sebab aku dah nak muntah tengok IC lama ni kan, aku terus pergi JPN pukul 3 petang tadi.
Nasib bos memang dah keluar pergi site office, aku apa lagi gerak gerak gerak khasssssss... (Nyanyi la sket)
Nasib tak ramai orang. Tak panas bontot aku duduk, nombor aku dah dipanggil. Betapa hancur dan kecewanya aku dengan kad aku. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis, mengundang ang ang ang ang. (Nyanyi lagi)
Gambar aku kelabu weh. Apsal? Kenapa? Why? Kiu? Porke? Senyuman tu memang dah tak ikhlas memang mintak penampar dah sebab akak amik gambar aku aritu sampai 10 kali snap gambar aku. Sampai senyum dah tak ikhlas tapi takpe lagi aku boleh terima. Tapi kenapa kualitinya sangat teruk? Nak nangis tengok gambar sendiri. (Lempang muka sendiri laju laju)
Kenapa gambarku kelabu??? Kamera rosakkah??? |
Belakang dah tentu cantik. |
And one more yang buat aku kecewa adalah, ini kad pengenalan jenis lama. Bukan jenis baru yang digembar gemburkan di berita tempoh hari. Ini bikin panas. Takkan nak aku tukar IC baru lagi skali. Nak kena bayar RM10 lagi sekali. Ha ni betul mintak pelempang ngan penyepak terajang.
Memang tak lah kalau nak aku tukar IC lagi skali. Tunggu kad ni dah bertukar jadi muntah hijau, okey baru aku tukar. Mujurlah aku ni bersabar orangnya. (Erk???) So, aku redha. Bukan aku nak tayang IC ni kat orang ramai pun kan. Lantak pi la. Duduk la ko diam diam dalam wallet aku.
p/s: Nampak sangat beza IC lama ngan IC baru aku. Warna kad lama memang warna biru muntah.
p/s/s: Plastik cover kad pengenalan RM1 aku beli kat JPN tadi. Takut warna bertukar lagi jadi warna biru muntah.
p/s/s/s: Mungkin IC aku tak tukar pun format baru sebab masa aku tukar tu, belum ada lagi pengumuman pasal IC baru ni.
Thank you for spending time reading this entry yaw!
jgn asek salahkan kamera kalo gmbr dihasilkn xmemuaskan ati...sedia lah trime hakikat ...hahahaha
ReplyDeleteBeb, dah terang terangan gambar tu kelabu kot. Memang kamera tu cacat arrrr...
ReplyDelete