Saturday, December 31, 2011

Sedih #3 : Al-Fatihah Buat Atok

Tanggal 29hb Disember 2011 (malam Jumaat) jam 9:30 malam, atok tersayang Zacharia Bin Mat Amin telah pulang ke rahmatullah buat selamanya.

Arwah pergi mengadap Ilahi setelah 99 tahun berada di muka bumi ini. Hampir seabad lamanya atok hidup.

Aku sempat jumpa atok buat kali terakhir di Hospital Tapah hari Isnin, 3 hari sebelum atok meninggal. Waktu tu memang dah tau, atok akan pergi. Aku pegang tangan atok, tapi atok genggam balik tangan aku sekuatnya. Dia dah tak bole bercakap atau gerakkan anggota badan sebelah kanan waktu tu.

Akhirnya atok pergi. Semoga dia tenang di 'sana'.

Marilah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.



AL-FATIHAH
ZACHARIA BIN MAT AMIN
13.06.1912 - 29.12.2011





Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?