Wednesday, November 30, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-3 ♥



Amaran: Entri agak jiwang tapi tak berapa nak karat. Agak agak tak nak muntah, tak payah baca.
 

Hari ni 30 November 2011. Genap 3 tahun kami suami isteri melayari gerbang perkahwinan. (Ayat tau nak poyo jek) Kalau diikutkan, kami dah kenal lebih dari 7 tahun. 4 tahun sebelum kahwin dan 3 tahun selepas kahwin.

Terus terang cakap, walaupun nombor 7 tu macam dah lama sangat, tapi kami masih lagi dalam fasa mengenali antara satu sama lain lagi.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kan?

Gaduh kecik pernah, gaduh besar pernah, gaduh manja pernah. Benda tu biasalah lumrah suami isteri. At the end, baik jugak. Takkan nak gaduh lama lama kan. Fikir anak lagi.

Dalam entri entri aku sebelum sebelum ni, banyak aku cerita pasal Encik Tingkerbell ni. Semenjak dah beranak ni je aku selalu post entri pasal anak. Selalu sangat cerita pasal Encik Tingkerbell, cerita la pulak pasal anak kan. Hehehehe..

Kawan baik aku, yang betul betul kenal Encik Suami aka Encik Tingkerbell ni memang tahu dia macamana. Yes, dia memang tak romantik. Nada suara tau nak tinggi tinggi je. Bila marah, kalau tak bulatkan bijik mata tu memang tak sah.

Perkataan sayang tu toksah cakap lah. Memang bole kira dengan jari berapa kali dia cakap kat aku.

Kalau aku bercerita dengan dia, ada lelaki ngorat ngorat aku. Dia buat derk je buat tak kisah. Macam tak heran je bini die kena ngorat.

Tapi aku tau. Deep down inside, dia sayang aku. Laki mana tak sayang bini weih!

Kenapa aku cakap macam tu?

Walaupun dia tak pernah tunjuk sayang dia kat aku, tiada kad luahan perasaan, tiada bunga, tiada ucapan kata kata sayang, tiada benda benda romantik, aku tetap tahu dia memang sayang aku.

Tak perlu cerita lah. Kalau tak sayang, takkan lah dia sanggup belikan aku SGT kot kan?

Belikan aku kasut sport yang agak mahal jugak walaupun aku cakap tak payah beli mahal mahal. Aku nak beli RM30 jek.

Dia nampak je macam tak amik berat hal aku, tapi stalk aku senyap senyap kot. Blog ni, ikutkan, dia tak pernah amik tau, tak pernah nak baca pun. 

Eleh, tapi orang tau. Senyap senyap awak baca kan? Kan? Kan? Betul betul berubah jadi stalker dah laki aku ni.

Encik Tingkerbell ni nampak je tak jealous. Tapi kuat jealous tau! Banyak bukti menunjukkan dia jealous tapi mati mati dia tak mengaku dia jealous.

Banyak lagi sebenarnya tapi takkan nak cerita sini. Malu saya. ^_^ Malu juga Encik Tingkerbell yang baca entri ni. :P

Pendek kata, walau apa pun yang awak buat, orang tetap sayang kat awak. Thanks for everything.

Akhir kata, 


HAPPY 3RD YEAR WEDDING ANNIVERSARY SAYANG!

Tepek la satu pic kami. Muka tak bole nak blah. :P



Muarrrhhhhh Muarrhhhhh! ♥♥♥




p/s: Tadi call Encik Tingkerbell wish Happy Anniversary. Dia gelak jek. Siot. Bukan nak wish balik. :D


Thank you for spending time reading this entry yaw!

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je kot? Komen tak nak?