How I miss you...
Aku dengan dia tak boleh dipisahkan dulu. Dialah peneman. Dari lepas sekolah, sampai ke politeknik, sampai kerja, aku dengan dia.
Pergi mana-mana pun. Pergi kelas, tengok wayang, pergi kerja, sentiasa bersama.
Sampai kalau aku pergi mana-mana, mesti orang akan tanya soalan yang sama.
"Kau datang dengan K ke?"
"Kau still dengan K lagi ke?"
Tapi bila aku dah tiada apa-apa dengan dia, orang semua akan bertanya.
"Eh, bukan dengan K ke? Kenapa?"
"K kat mana sekarang? Kenapa bukan K?"
Penat aku menjawab soalan semua kawan. Seperti yang dikatakan tadi, K dan aku, tak dapat dipisahkan. Sentiasa bersama suka dan duka. Sakit dan sihat.
Aku takde gambar K, sebab dia pemalu. Aku cuma ada gambar ni je.
Gambar K masa aku tengah speeding. Dahsyat tak??? Hahahaha
Itulah WKM 29**, Kelisa Kuning aku yang sentiasa akan berada di hati.
Ni lah kereta yang aku selalu bawak laju, ni lah kereta yang selalu kena tahan polis, ni lah kereta yang selalu biol (meter dia memang biol) macam tuan dia gak la biol. Hahahaha!
Sekarang pakai kereta besar sikit la, yela. Dah ada anak, nak bawak barang banyak, so perlukan kereta besar sikit la.
Tapi aku tetap akan ingat dengan Kelisa Kuning aku ni. Terlalu banyak berjasa. Walaupun banyak kali gak aku tolak dia tepi jalan sebab sakit, tapi aku paham. Manusia pun tak sentiasa sihat. Mesti sakit gak. Sama la macam Kelisa Kuning aku ni.
Aku sayang K ni sebab, dia trademark aku. Kalau kengkawan nampak kelisa kuning, mesti ingat aku. Betul tak?
K ni selalu sangat touch up. Dulu abah aku pernah bawak K sambil sms, pastu langgar bontot lori. Kemek bonet depan. Tukar la bonet kaler hitam. Smart gak.
Ni haritu abah aku baru touch up dia lagi. Tapi jadi kelakar ade la. Badan kuning, skirting hitam, bonet depan maroon. Gile cam badut. Hahaha!
Anyway, thanks K kerana telah mewujudkan trademark buat diri aku ni.
Kelisa kuning, kau kan tetap di hati.
Thank you for spending time reading this entry yaw!
perghhh laju tue..
ReplyDeletehttp://sinarraudah.blogspot.com/2011/05/sinar-raudah-akan-mengadakan-baby.html