Wednesday, May 25, 2016

Happy 8th Year Anniversary!

Susahnya bila komputer dah tak boleh nak update entri. Terpaksa guna phone yang comel sangat ni. But it's ok. Aku tengah bosan ni so boleh la layan phone. Bos jap lagi masuk so what? Tak bole? Hashtag jangankecamsaya.

So 29 May 2016 ni hari Ahad, genaplah aku bekerja dengan company ni selama 8 tahun. Agak agak bos aku bosan tak dengan secretary dia ni? Hopefully tak la sebab aku nak kerja lama sini. Hahahaha.

Harapan? Hmmm. Sempena anniversary aku ngan TRC ni, aku just berharap dapat berkhidmat lebih lama tambahan ekonomi makin gawat ni. Nak cari kerja lain pun pikir sejuta kali kot. Banyak aku boleh cerita pasal kerja aku kat sini, bukan takat as secretary je, as QS, Quality Unit, despatch, driver, semua aku buat. Cuma tak cerita je.

Nak cerita pasal anak kat sini pun banyak aku nak cerita. Lagi lagi si kecik Eilman tu yang akal makin banyak tu. Tapi sebab tak selesa pakai phone, agak sakit hati gak la kalau nak bercerita atau letak gambar.

Ok next time cerita lagi. Kbai.



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Thursday, May 19, 2016

Update Entri by Bloguma


Saje nak post entri kat sini guna apps dari Apps Store. Best ke tidak ke. Cantik ke tidak ke. Walaupun phone kecik, tapi nak gak try. Hahahaha



Ni plak add text with picture. Me and my sis. Yup, we're working at the same place. ✌🏻


Okey, try tengok dulu camne result entri ni.

Kbai.




AsknieAlias



All 5 of Us (2015)


This is our family.


This is our picture last year Raya Aidilfitri 2015. Tahun ni tak tau la tema warna apa pulak. Still belum decide. Any suggestion?

Rasa macam dah takde readers dah. Tapi sukati la. Ni diari aku kan?


AsknieAlias

First Entry for 2016



Dah berzaman rasa tak bersiaran kat blog ni. Ni pun post entri guna email. Tak mampu nak online kat rumah, busy anak ada 3.

Kat opis pun tak mampu since website blogger kena block. Macam kelakar je, tu pun nak block. Bapak ah kedekut.

Agak agak kalau rasa dah bosan nanti, aku update la cerita apa apa. Aku dah anggap blog ni macam diari aku dah. Sebab bila makin tua ni, makin banyak benda lupa. So bila baca balik entri entri lama, baru boleh flashback kisah kisah yang aku kongsi sini.

Tak pun, kasi anak anak aku baca satu hari nanti. Huhuhuuhu mesti comel kan?



K update lagi next time.

Daaa..


Thanks for reading this entry yaw…
AsknieAlias™

Saturday, July 25, 2015

Muhamad Eilman Adha bin Muhamad Syahbani





Akhirnya post jugak gambar Eilman dalam blog ni. My third son.

Eilman sekarang as at today, dah nak masuk 9 bulan lebih nak masuk 10 bulan dah. Dah ada gigi dua batang kat bawah, dah merangkak laju, dah duduk dengan tegapnya, dah cuba cuba berdiri dan berjaya berdiri sendiri selama 2 saat gitu. Dan dah rajin menapak nak jalan. Ade la dalam 4 tapak paling banyak dia dapat lepas.

Umur baru 3 bulan dah mengengsot ke depan. Dengan laju hokeh, kiranya umur 3 bulan dah tak boleh tidur atas katil sebab dia sangat laju bergerak. Samada bergolek, mengengsot, dan sebagainya.

Mulut sekarang boleh tahan pot pet pot pet bahasa dia, makan sangat banyak, pandai gelak bila buat lawak, pandai tepuk tepuk bantal, tepuk tepuk kaki macam nak bergendang, budak baik sangat.

Panjang akal budak ni. Tak banyak ragam, senang jaga, nangis bila nak susu dan nak tido. Cukup makan, cukup susu, dia boleh layan diri main sorang sorang tak kacau ibu. Tak perlu nak berkepit 24jam dengan Eilman ni. Berbeza SANGAT dengan abang Syauqie dia.

Pendek kata jaga Eilman ni senang sama macam jaga Rayyan masa kecik.

Macamana senang beranak Eilman, (sekali push je!) macam tu punye senang gak la jaga dia.

Umur sehari.

Dalam pantang.

Dalam pantang.





Walau macamana ragam anak anak yang masing masing lain, ibu tetap sayang semua anak ibu okey.

Gambar gambar ni semua gambar dalam pantang. Next entry la baru masukkan gambar lepas pantang sampai la sekarang dah 9 bulan lebih.

Macam biasa, gambar semua ada kat instagram @askniealias. :)



Thank you for spending time reading this entry yaw!