Thursday, March 13, 2014

9 months, Syauqie Naeem Fully Breastfeed





Salam sayang pembaca sekalian,

(Macam ramai sangat baca. Kah kah kah)

Alhamdulillah, Muhamad Syauqie Naeem baby ibu sekarang dah 9 bulan, dan 9 bulan lah Syauqie fully breastfeed. Which is sangat membanggakan sebab masa Muhamad Rayyan Danish dulu cukup cukup je 6 bulan, then dah campur susu formula.

Niat asal memang nak bagi Syauqie susu badan secara ekslusif selama 2 tahun. Tapi apakan daya. Memang setakat 9 - 10 bulan je. Masuk bulan ke 11 ni nanti beli susu formula dah. Ibu tak mampu nak produce susu badan lagi.

Okey, ade sebab kenapa stop susu badan. Atas saranan doktor, diri sendiri yang tak nak (kuat mengempeng Syauqie ni, kuat gayut) dan juga mind set yang menyebabkan terus merudum susu badan.

Ada peristiwa satu hari tu, kejadian yang mengejutkan aku dan suami, which is aku down sangat sangat sangat hari tu. Dan dan tu gak, nak pam susu badan, terus takde susu. Selalu sekali sesi dapat 6 oz. Tapi hari tu memang pam kuar 2 oz je. Mental dan emosi memainkan peranan penting gak dalam penghasilan susu badan, so jangan main main k.

Oh ya, kenapa stop susu badan? Mesti ramai tertanya tanya. Chewahh.. Ada sebab, okey. Ada sebab. Bukan sengaja.

Cuma belum bersedia nak berkongsi lagi. Nanti la yeh.

Oh yer, latest pic of my baby Syauqie.

Baru lepas nangis. Mata tu berair tu. Tapi terus gembira bila duduk tepi tingkap. Syauqie memang suka duduk tepi tingkap tengok orang luar. Pastu termenung.

Wajah skema. Ni boleh buat gambar passport ni. Hahaha tengokla dagu yang berlipat tu.

Cheeky. Muka gatai nak kena geget.

Sekarang kuat susu, (sebab tu susu badan cepat habis. Hahahaha) kuat makan, (ini serius, kuat makan) dan dah pandai main dengan abang Rayyan.

Kalau malam, mula la dia start bergurau ngan abang dia. Kelakar tengok gelagat dua beradik ni, comel sangat. Cuma tak rakam video je. Kalau rakam, lagi kenangan best.

Syauqie ni satu lagi, kuat menyakat. Oh serius kuat nyakat macam bapak dia gak. Dia suka sakat abang dia. (Macam tak caye kan, tapi percayalah)




p/s: Bapak borek, anak rintik.

p/s/s: Muka Syauqie ngan bapak pun sebijik sama.


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Saturday, February 22, 2014

Doakan





:'(

Ini semua dugaan dari Allah.

Doakan aku tabah menempuhi semua ini lagi 4-5 minggu. Terima kasih Encik Suami aka Encik Tingkerbell kerana memahami dan melayan Ibu ni sebaik mungkin.

Walaupun Ayah ni ngelat sket nak jaga Syauqie (sebab Syauqie is quite cranky and fussy) tapi Ayah tolong jaga Rayyan dah kira okey dah.

Doakan aku sihat seperti biasa yer sahabat sekalian.

:)



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, February 19, 2014

Smart Boy, Rayyan!





Petang semalam lepas balik kerja, mak cerita kat aku. Mak kata, cikgu sekolah Rayyan ada bagitau, katanya Rayyan dah tak nakal dah sekarang.

Yela, sebab masa first day Rayyan sekolah, cikgu sendiri cakap kat aku, "Nama budak nakal ni senang hafal. Macam Rayyan, Acap, Aiman. Ha ni sume budak nakal ni."

Tapi cikgu mention gak, bukan nakal sangat pun. Nakal budak budak, biasalah. Nak membesar kan.

So bila cikgu cakap macam tu, katanya Rayyan dah tak nakal, aku macam Wow! Tetiba baik plak nih. Bagus nye. Lagipun masa nak bayar yuran bulan 1 aritu, aku pun cuti, memang ingat nak jumpa cikgu sembang sembang pasal Rayyan. Dah ya, memang cikgu bagitau Rayyan ni nakal sikit. Suka kacau budak lain, lepas tu tak nak mengaku buat salah.

Pastu kalau suruh buat ape ape, semua benda tak tau. Padahal dia tau, cuma saja je nak menyakat cikgu. Alah, kat rumah pun sama. Kalau suruh Rayyan buat pape, dia mesti jawab Rayyan tak tau. Padahal tau je. Memang saje.

Dan mak aku cakap gak, hari hari sebelum Rayyan pergi sekolah, mak pesan. "Rayyan jangan nakal nakal kat sekolah tau." Mungkin sebab tu Rayyan tak nakal kot. Rasanyalah.

So, aku pun memulakan perbualan ngan Rayyan.

I: Rayyan nakal tak kat sekolah hari ni?

R: Takkkk.. (jawab selamba)

I: Kenapa Rayyan tak nakal?

R: Nanti masuk api kerake. (pelat tak boleh blah). Nanti terbakar. Haaaa.. (siap depa depa tangan)

Ha part ni aku gelak. Sebab takde sape antara kami, samada aku, Encik Suami atau mak aku sendiri cakap pasal api neraka. Ha ni mesti cikgu yang bagitau ni.

So saje je aku tanya lagi.

I: Habis tu, siapa yang nakal kat sekolah?

R: Acap. Satu je. (siap tunjuk jari 1) Acap. Acap nanti masuk api kerake.

I: Laa.. Kenapa? Acap buat apa?

R: Acap amik air Upin Upin Yayen. (Bekal botol air Upin Ipin Rayyan) Acap amik beg Spiderman Yayen.

Hahahaha.. Aku gelak je ngan mak. Rayyan mengadu la ni. No wonder Rayyan tak nakal dah sekarang. Takut api neraka rupanya.

So balik rumah. Aku ngan bebudak dua orang je kat rumah. Encik Suami balik lambat sebab jaga tiket bola PKNS vs Kelantan untuk Piala FA.

Macam biasa la, kalau dah kami bertiga kat rumah, kelam kabut jela. Boleh pulak Rayyan sakat adik dia, nasib adik dia tak jatuh terhantuk kepala. Tangan aku ni plak laju je menampor pipi Rayyan. Sorry Rayyan. Tangan laju gile. Tak sempat nak pikir. Sebab dia buat adik dia sampai Ibu dia ni terkejut tengok. Tu yang laju je tertampor.

Rayyan pegang pipi dia, sambil pandang muka aku buat muka kesian. Aku plak masih hangin, suruh die pergi jauh jauh. Dok belakang sana.

Tak lama lepas tu, Rayyan tetiba datang duduk sebelah. Nak mintak maap la tu.

Aku pun dah reda. Aku tanya dia baik baik.

I: Kenapa Rayyan buat adik? Rayyan tak sayang adik ke?

R: (Diam tak jawab)

I: Rayyan nakal sangat ni kenapa? Rayyan nak masuk api neraka ke?

R: TAK NAKKKKKKK!!! (terus dia baring kat peha aku)

Tak lama pastu, dia mintak susu. Lepas tu dia kata, "Yayen nak tido. Yayen nantok yah."

Lepas Rayyan tido, Syauqie pun tido. Lega dah Ibu dia nih.

Bila pikir balik, kesian kalau gertak gertak Rayyan pasal api neraka tu. Actually saje je cakap tu. Tak sangka dia memang takut sangat ngan api neraka tu. Mesti cikgu dia cerita macam macam.



p/s: Lepas ni boleh takutkan Rayyan lagi macam ni lah. Tapi Encik Suami dah pesan, jangan selalu sangat.

p/s/s: Rayyan masih pelat. Sikit sikit. Tapi takde la macam dulu. Kalau nyanyi lagu pun, mesti nak lidah tebal macam Ajai. Huruf 'esh'. Hahahaha


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Wednesday, February 12, 2014

Congrats My Dear Best Friend, Miza!




My dearest best friend Hamizah Mohd Hanif, dah selamat bersalin semalam 11 Februari 2014, Selasa jam 8.35 pagi. Another baby girl! Alhamdulillah.

So secara rasminya Miza dah ada dua anak. Samalah kita. Geng! Hehehe..

Macam aku, 2 boys. Ko Miza, 2 girls. Takpe, next time no 3 lain gender plak ok. Huhuhu..

Maybe Sabtu ni boleh lah aku pi melawat. Tak sabar nak tengok muka baby. Sebab masa baby Hannah baru lahir dulu, muka sebijik ikut Fahmi. Pastu lama lama ikut Miza plak.

Anyway, congrats my dear friend!



p/s: Tunggu turn bila pulak Diba, Bad and Wanie pregnant. For Zati, I know your jodoh is out there somewhere. He's finding his way to meet you. :)




Thank you for spending time reading this entry yaw!

Tuesday, February 11, 2014

Good News is Always Good





Berita yang baik, selalunya baik.

Semua ini dirancang baik oleh Maha Pencipta. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Teringin untuk berkongsi dengan semua. Tapi apakan daya, tidak semua berita baik perlu dikongsi bersama. Ada waktu boleh bercerita, ada waktu, tidak juga.

Cuma mampu tersenyum, dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Anggap ini semua satu lagi ujian Allah untuk hambaNya. Perlu tabah mengharungi semua ini.

:)



p/s: Luahan kosong di petang hari.

Thank you for spending time reading this entry yaw!