Friday, June 12, 2009

Roda Tak Impian

Malam tadi, biasalah bersama adik-adik bergurau senda bersuka ria sebelum solat maghrib. (Kitorang memang macam ni, suka lengah lengah solat main main dulu) Abah tak balik lagi, sebab tu boleh lepak lepak lagi. Kalau tak, jangan harap.

So kitorang menconteng kat white board. Main game ala ala roda impian. Aku la master so aku bagi soalan. Aku kan memang terer bab bab main game ni. (Mentang-mentang dah menang besar main Roda Impian TV3, berlagak plak)

Klu: SEBELUM & SELEPAS

_ _ _ _ _ _
_ _ _ _
_ _ _ _ _ _

So adik aku bertiga perempuan tu bergilir gilir mintak huruf masing masing. (Masa ni tak main markah, sebab dah maghrib, tak bole main main gelak gelak sangat)

So sampai la ke huruf yang terakhir jadik camni;

_ _ R M _ N
M A T A
J U L _ N G

Kalo korang, mesti dah dapat jawapan kan? Tiga tiga adik aku sangat sengal sampai tak tau jawapan nih. Aku ulang balik, klu SEBELUM & SELEPAS.

Cis, last last adik aku paling bongsu dapat. Itu pun lepas En Tingkerbell bagi jawapan tersembunyi. Sangat tak adil.

So jawapan yang adik aku beri adalah "Cermin Mata Juling"

Maka aku jerit, "Yeahhhh, betul!!!"

Kemudian Yaya (adik 2nd last) yang dari tadi senyap sunyi tiba tiba bersuara.

"Eh, ade ke?"

Maka kami yang lain lainnya ketawa berdekah dekah termasuk la Mak dan En Tingkerbell.

En Tingkerbell dengan baik hati menerangkan kepada Yaya. "Itukan kategori Sebelum dan Selepas, maknanya Cermin Mata dengan Mata Juling. Bukan Cermin Mata Juling"

Aku terus mengutuk Yaya, "Ko ni kalau masuk Roda Impian betul betul buat malu jela"

Baru dia angguk tanda faham.

Yaya ni memang ada masalah nak faham. Agak lambat sikit. Kami semua memang memahami beliau.





p/s: Kalau betul ada Cermin Mata Juling ni, aku bagi kat kawan aku masa kecik dulu name die Ijan sebab juling sangat. Sampai aku geram aku bole tanya die, "Ko pandang aku ke?" hahaha

p/ss: Bile ntah muka aku nak masuk TV nih. Bulan 7 lambat sangat. Duit pun dapat 2 bulan lepas tayangan. Giler tak best. Lambat, dah sengkek nih. Dapat duit bole beli barang baby. Hihi, lagi 4 bulan ni beb.

Tuesday, June 9, 2009

Kenangan - 1992

Aku dan Wan dah bersiap untuk mengaji di rumah Nek Sah petang itu. Aku dengan baju kurung dan Wan dengan baju melayu. Agak panas jugak la petang ni. Datang satu idea bernas yang tak terhingga. Maka aku luahkan pada Wan, geng terbaik aku masa itu.

"Wan, kita ponteng ngaji nak? Nek Sah tu suka cocok cocok peha ngan lidi la. Tak suka kaklong"

"Jom, nak lepak mana?"

Aku terus mengajak Wan ke belakang kedai Ghaffor. Situ tersorok sikit. Dengan pagar berdaun masa zaman zaman tu. Aku ingat lagi pokok tu ade buah macam ceri kecik kecik kaler merah kalau dah masak. Kalau makan masa tu pun, sedap je rasa. Sekarang tak jumpa dah pokok tu. Mana entah menghilang ditelan zaman.

"Ok, sekarang kita nak tunggu sampai bila?" Wan bertanya. Seakan bertanya kepada bos, kepala segala projek.

Aku pun memberikan idea kepala hotak aku yang sangat bernas lagi.

"Kita kira sampai 100"

Maka kami dengan bersungguh sungguh mengira sehingga seratus.

"Ok, dah 100" kata Wan.

"Kita kira lagi 20 la, banyak sikit" idea bernas aku lagi.

Kami menyambung mengira lagi 20.

"Ok, dah 120 kita kira. Lepas tuh?" Wan tanya lagi. Seakan tidak tahu arah tuju. Mesti nak bertanya kepada bosnya. Aku la tuh.

"Ha dah. Jom kita balik"

Kami pun melangkah kegirangan pulang ke rumah. Projek kali ini berjaya. Ponteng mengaji seakan akan satu projek yang sangat cemerlang. Kami tersenyum gembira.

Sampai di rumah,

"Aik, cepatnye balik?" Mak yang sedang sapu sampah ketika itu kehairanan kami balik agak cepat dari biasa.

"Alaa mak. Tak ramai orang. Kitorang je yang ade mase mengaji tadi" pantas aku menjawab dengan bijak.

"Ooo..." Mak terus sapu sampah. Buat donno saja dengan kami.

Yes! Ini bermakna misi berjaya. Tiada siapa syak apa apa. Bagus.

----------

Setelah bertahun tahun berlalu. Baru aku terfikir. Kenapa 120 saat je? Bukan tu 2 minit je ke? Logik ke dua orang mengaji hanya untuk 2 minit? Dah la aku mengaji Quran, adik aku Muqaddam.

Sah, aku sangat bijak masa darjah satu.

Thursday, May 28, 2009

Hari Ini Hari Paling Bengang

Aku tak tau nak cerita macamana. Tapi harini memang hari paling sakit hati. Setelah berbulan-bulan aku tahan, hari ni la rasa paling teruk sekali.

Tak tau la nak cerita macamana. Mungkin sebab aku pregnant, so naluri aku ni lagi cepat terasa. Dah la aku ni cepat penat. Naik turun tangga sekali pun dah penat gile babas. Macamanala nak aktif macam dulu. Dulu siap bole lari-lari naik turun tangga.

Tak payah la kot aku cite dengan siape yang aku bengang ni. Cukup la 2, 3 orang kat ofis ni yang tau aku bengang dengan siapa. Adik aku Apis pun tau aku bengang dengan siapa. Siap kutuk-kutuk lagi dalam YM.

Ishk, tak boleh marah orang ni banyak banyak sangat. Tak pasal-pasal muka baby aku nanti ikut muka dia. Bak kata Wanie, kalau hensem macam *Ahmad takpela jugak. Hahaha...

Tapi masalahnya aku bengang sangat ngan dia nih. Dah la hari hari ngadap muka dia. Kalau dia bos, takpe la jugak aku paham. Bos la katakan. Nak kata bos pun, bukan bos. Ramai ar tak suka dia ni. Bossy semacam. Bos aku pun tak seteruk dia nih.

Aduh... mintak mintak la dia ni pergi la request assistant lain. Mintak la secretary ko sendiri. Jangan kacau aku. Aku ni tak larat.

Hah! Ade cadangan. Yanti la jadi secretary. Bole?? Hahaha..


*Ahmad = bukan nama sebenar

Tuesday, May 26, 2009

Kisah Bitch Dalam Rumah Aku

"Mak!! Rin bawak masuk jantan dalam rumah!!" aku menjerit kerana terkejut melihat kelibat mereka berdua yang sedang berjalan perlahan menuju ke bilik.

Terus aku marah dan meninggikan suara ke arah anak kesayangan abah ni.

"Hoi! Ko ingat kau siapa nak bawak jantan masuk dalam rumah ha? Kau ingat kau jalan senyap senyap nak pergi bilik tu, aku tak tau? Aku nampak la bodo!!"

Jantan tak tau malu yang mendengar jeritan aku tu, terus melarikan diri. Turun tangga dan terus keluar. Tak senonoh punya jantan. Dahla masuk rumah aku senyap senyap. Bila aku marah, tau pulak nak lari. Aku tak sempat kejar. Laju je jantan tu lari.

Aku ingat muka jantan tu. Aku cam. Jangan ingat kau terlepas.

Rin diam je. Dia tau dia salah. Mungkin dia ingat takde siapa kat rumah. Tapi dia tak tahu aku dan mak ada kat rumah. Berani pulak tu nak masuk dalam bilik. Nasib baik sebelum diorang masuk bilik, aku dah sergah dulu. Kalau tak, tak tau la. Entah beromen dalam tu pun kitorang tak tau.

Mak aku yang dengar jeritan aku terus ke depan. Mak pun marah. Mak marah lagi teruk dari aku. Mak siap pukul Rin. Rin diam je. Terus Rin berlari ke beranda.

Aku geram betul. Rin buat muka selamba je. Memang geram.

Aku dan mak bising. Mak memang marah. Marah betul. Berani betul Rin buat perangai.

"Dah, mulai hari ni. Jangan bagi Rin keluar rumah langsung!" kata Mak.

Mak bising lagi, "kalau dia mengandung, jangan harap dia nak duduk sini. Mak buang dia dengan anak-anak dia skali!"

Jadi, Rin dikurung dalam rumah. Tak boleh keluar. Sebab mak tau. Kalau Rin keluar jugak, mesti dia cari jantan lain untuk puaskan nafsu dia.

Entah, ni la satu-satunya kucing paling menggedik yang pernah kitorang bela.

Pernah sekali dalam tahun lepas, 3 jantan bergilir gilir puaskan nafsu si Rin ni. Kitorang satu keluarga intai dari tingkap. Selamba je depan pintu rumah. 3 ekor beb. 3 ekor jantan.

Aku ingat lagi, sekor jantan kaler hitam mata buta sebelah, sekor kaler kuning kurus kurap, sekor kaler hitam tempang. OKU pun ko nak belasah ke Rin????? Gile la ko. Memang kuat seks la ko ni betina.

Tapi kes yang berlaku baru ni paling hebat. Jantan hitam yang besar aku tak pernah tengok masuk dalam rumah tetiba selamba je masuk dalam rumah naik tangga nak masuk bilik dengan Rin ni.

Mane tak aku menjerit terkejut. Sebab aku tak pernah tengok jantan nih. Si Rin bawak masuk jantan. Memang la aku marah, mak aku pun marah.

Bila aku dengar suara Rin dalam 2, 3 hari mase tu mengiau mengada ngada, aku tau dah. Suara gedik panggil jantan. Siyes geli siyot.

Rin ni tak de la cun mane. Kurus kering. Sebab tu kitorang panggil Rin. Actually Rin stands for Ring. 'Kering' Tapi tak paham aku. Kurus kering pun banyak jantan nak.

Pada hari kejadian Rin bawak masuk jantan, malam tu pulak kitorang nampak 3 jantan lagi datang malam malam bertenggek depan rumah. Serius gile ar. Kucing mana ntah. Si Rin suka la tu. Pastu menggeliat menggeliat gedik dia. Siyes la gedik.

Aku cite kat mak semua. Mak kata, kalau dia mengandung memang mak buang.

Sebab last year masa Rin buat perangai dengan 3 jantan tu, Rin mengandung pun. 4 ekor. Memang comel ar. Tapi 3 pendek umur. 2 kena langgar kete, sekor mati keracunan kot. Sekor je survival. Ada lagi kat rumah. Nasib jantan so mak aku tak kesah.

Sekarang ni, tunggu jela. Rin mengandung ke tak. Tapi Rin ni memang hebat la. Macam bitch. Gedik gile gatal nak mampus. Tu la yang abah sayang. Anak kesayangan abah. Sebab dia pandai bodek abah. Nyampah.


p/s: 'Kitorang' tu merujuk kepada aku dan adik-adik aku. Tu sume pun sayang gak si gedik nih.

Monday, May 25, 2009

Aku dan Baby

Entri sebelum ni kira luahan hati aku sebab ada salah faham antara aku dan En Tingkerbell. Tapi biasa la asam garam rumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri. Chewahh!!! Macam poyo pulak ayat bila aku sendiri yang sebut.

So, lepas je aku post entri aritu, aku terus balik umah. En Tingkerbell biasala. Balik lewat sket pukul 8 malam gitu. Aku tunggu je dia balik. Macam biasa, dia sampai rumah, masuk bilik, pergi mandi. Aku, still depan tv.

Tiba-tiba, die ngomel. Awak, tolong urut kaki. Sakit la. Wah wah. Orait... dah ok la nih. Kalau dah bercakap dengan aku, consider dah pulih la segalanya.

So, aku bertungkus lumus la buat apa yang patut untuk suami kesayangan. Sambil-sambil tu bersembang gak kami. Wah, back to normal! Tapi dia buat macam takde gado atau salah pape pun.

Tapi malam sebelum tidur, dia ungkit gak perkara yang membuatkan dia marah aku. Cuma bezanya lebih 'cool' dari sebelum ni. Agak lama jugak dia membebel. Tapi aku cuma senyap dan dengar je. Lebih baik senyap. Kalau aku melawan, memang takkan berdamai la kami. Bak kata mak mertua aku, "Syahbani ni api. Kalau As bagi api jugak, lagi teruk la. As kena jadi air."

So, aku pun jadi la air. Hehehe.. Maka malam itu kami tidur berpelukan semula. Yuhuhuuu!

Mungkin sebab musabab dia berbaik adalah kerana pagi esoknya kami ada medical check up. Nak check up baby ni. Sihat ke tak. Walaupun kaki dia sakit, jalan pun macam siput, dia tetap temankan aku ke hospital. Mesti dia pun nak tengok baby jugak kan?

Macam biasa check up. Aku ke kaunter, bagi kad appointment dan kesihatan. Aku pergi ke tempat check air kencing. Aku bagi nurse tu air kencing aku pagi tadi yang aku dah bawak bekal siap siap. Kalau tak, aku nak kena kencing kat hospital. Tak nak la. Buat lambat je. Then timbang berat. Pastu check blood pressure. Then tunggu giliran la untuk jumpa doktor.

No giliran 2001. So aku orang kedua. Kalau orang pertama, no 2000. Nombor 2 tu pulak mewakili nombor bilik. Nombor bilik untuk doktor pakar masing masing. Doktor pakar yang aku pilih adalah Dr. Habibah. Doktor akan sampai pukul 10 pagi. Sekarang 9.30 pagi. Aku dan En Tingkerbell gi breakfast dulu.

Selalunya Dr. Habibah ni lambat. Jadi aku dan En Tingkerbell naik atas pukul 10.10 pagi dan tengok, dah nombor 2003! Alaaa.. terlepas. Aku bagitau pada nurse, dan dia cakap lepas ni dia panggil aku. Ok, so tunggu kejap laa.. Kalo awal tadi, dah balik awal dah. Huhuh..

Alhamdulillah, doktor kata aku sihat. First check up (2 bulan) berat aku 37kg. 2nd time check up (3 bulan) berat naik 38.5 kg. So Khamis lepas kali ke-3 check up (4 bulan) berat aku naik jadi 51kg. Tekanan darah ok, kesihatan aku ok.

Doktor tanya, samada aku dah rasa menendang ke? Memandangkan aku first time pregnant, macamanala aku nak tau macamana rasa ditendang. Aku cuma cakap tak tau. Tapi ada masa masanya aku rasa perut macam dijentik. Doktor kata, "betulla, kalau awak rasa berdetik tu, dia tendang la tu."

Mungkin baby kecik lagi. Aku tak rasa sangat. Tapi memang betul perut ada rasa macam berdetik dari dalam.

Then aku berbaring untuk scan. Doktor just sentuh kaki, tekan tekan perut sikit, kemudian dia cakap "Bagus, awak sihat." Then dia bagitau, "Sekarang ni baby awak 17 minggu. Your baby ada di area bawah pusat."

So aku pun mengiyakan je. Patutla, pernah sekali aku tidur tiba-tiba terjaga sebab rasa bawah pusat tegang sangat. Terus tak bole tidur masa tu. Ke kiri, ke kanan. Bangun turun bawah minum air sejuk sebab badan panas. Sampai En Tingkerbell terjaga tanya kenapa. Aku cuma cakap, "perut tegang, tak bole tidur"

Tiba masa untuk scan pulak. Doktor cakap "Dah tau ke jantina ape? Saya dah bagitau ke belum last month?"

Aku cakap, "Belum doktor. Laki ke perempuan?"

Doktor cakap, "Ni lelaki ni. Nampak tak dia punya? Kecik bulat tu."

"Eh, nampak nampak," nada aku macam excited giler. Haha

"Ok, baby sihat. Cukup dua tangan, dua kaki, kepala, ini uri awak, tali pusat. So kepala baby ada kat belah sini yer." die tunjuk perut kiri aku.

"Nampak tak kaki dia. Sebelah kakinya bend, sebelah lurus. Ini tangan dia. Eh eh, tangan dia macam ultraman tu," doktor seloroh. Tapi aku memang nampak tangan die macam gaya nak fire raksasa la. Ni gara-gara belalang tempur la ni. Selalu sangat aku sebut 'henshin' nih.

Bila dah puas hati dengan baby aku yang doktor kata sangat sihat ini, aku dan En Tingkerbell balik. Aku dibekalkan dengan obimin dan caltrate.

Aku terus ke ofis, dan En Tingkerbell ke tempat kerja dia juga sebab ada kerja nak disettlekan walaupun dia ada MC untuk seminggu. Hish...

Oh, tiap kali check up doktor memang akan scan dan akan print dan stapler di kad kesihatan. Tapi aku tak sempat nak masukkan dalam blog. Takpela ek. Ni pun curi curi online kat ofis. Hehe...

So sekarang, teruskan kehidupan macam biasa. Next check up 18hb Jun. Tak sabar la nak tunggu next month.

So far, En Tingkerbell tak cakap lagi nama anak nak apa, atau panggilan apa. So agak agak dia nak dipanggil apa? Mama Papa? Ibu Ayah? Umi Babah? Ma Pa? Entah.. Tunggu jela... :þ

Ralat: Berat aku 47kg dan 48.5kg bukan 37kg dan 38.5kg masa first and 2nd check up. Harap maklum yer. ;)